Hari ni aku gerak ke Bangi, petang dalam pukul 3, my lil bro ada interview kat Ilsas ala kat Uniten gak. Lepas2 tu, insyaAllah kami semua gerak ke Shah Alam pula tumpang tidur rumah Kak Nor, my cousin. Soon Kak Nor dah nak due dah :) Tak sabar nak tunggu kehadiran si kembar, insyaAllah. Suppose nak 'dibawa keluar' this week (36 weeks dah) but berat both baby2 tak cukup 2kg. So, postponela nampaknya.
Esoknya, Jumaat insyaAllah pagi2 tu nak gerak ke Langkawi pula. Mudah2 an kami semua selamat pergi dan pulang. 4 hari 3 malam. Without my lovely hubby :( Takpe2, semoga perjalanan kami selamat dari sebarang bahaya dan bahana... AMIN.
May be selama kat Langkawi tu aku tak online sebab malas nak bawak my lappy (sudah ditinggalkan di rumah). Apa gunanya bawak modem broadband ke hulu ke hilir? :P
Thursday, November 05, 2009
Jom Langkawi!
created by Huda at 8:00 AM 2 chit chats
Labels: Holiday
Wednesday, November 04, 2009
Baby kembung perut
Kembung perut memang sering terjadi di kalangan baby2 kan. Husna juga tak terkecuali. Aku selalu juga duk surf bout this thru internet. Cari2 info dan sebab berlakunya kembung perut. Since dalam hari lagi Husna dah alaminya. Kata my mom, mungkin ada sangkut paut dengan cara penanaman uri Husna hari tu. Kalau ikut orang2 lama, elok disimpan di dalam bekas yg dibuat dari tanah kan... for example pasu ke, bekas dari tanah liat ke. Tp kes Husna ni masa tu, simpan dalam bekas besi (if im not mistakenla) aku tidur lagi keletihan melahirkan Husna masa proses tanam uri Husna tu.
So, uri Husna tu MUNGKIN tak berapa nak serasi. Not sure bout this. Tu yg MUNGKIN jadi salah satu sebab Husna sering kena kembung perut. Tp bila dah semakin membesar ni, dah kurang sikit sakitnya tu. Dah jarang dia nangis malam2. Just ada masa dia demam and batuk2 kebelakangan ni, kembung perutnya datang lagi. Mengeras jadinya. Tak kentut2. Cara nak mengatasi, aku sapukan dengan minyak yu yii cap limau :) Lepas tu, Alhamdulillah lega sikit rasanya. Tak de dia nangis menjerit2 lagi.
Sapu vicks pun bagus. Tp hati2 yer dengan penggunaan vicks, jangan sapu kat hidung baby (not suitable for baby under 2 years old). Else, aku baringkan dia dengan cara terlungkup (baru try 2 malam lepas). Ok juga. Dia tak la menangis kuat2. Mungkin dia rasa lega. Si kecik ni since dah start makan, ada masa perut dia masuk gak angin. Agaknya lapar... erm Husna ni macam mana nak cakap ek? Ikut suka dia nak makan ke tak. Hehe. Ada kala banyak gak dia makan bila disuap, sometimes tu langsung tak nak... Dia tak suka kut. Ada info aku dapat, try colimix (baby 6 months above aje boleh). Terbaik takat ni. Tak pernah lagi try. Gripe water pun ok. Tp dulu2 masa aku dan adik2 ku zaman baby2, my mom tak pernah bagi. Sebab my mom ada terbaca kat isi kandungannya mengandungi sedikit alkohol (my mom was2, so tak pernah bagi kat kami). Sekarang ni mungkin dah tak ada. Aku pun tak sure. Tak tengok lagi gripe water tu :)
Itu aje nak share... :)
created by Huda at 9:21 AM 5 chit chats
Labels: Baby dan Umi, Kesihatan
Tuesday, November 03, 2009
Husna turn 7 months
03.11.09. Husna turn 7 months today! :)
Alhamdulillah. Membesar dgn sihat. Sedang belajar untuk duduk. Kesian sbb tengah berlatih nak duduk tu kadang2 kepalanya tersembam ke lantai. Tak stabil lg kan.
Dah banyak vocab yg disebut eg. ababa. Suka lambai tangan kat orang (sebut tata dia akan wave). Aku tengah fikirkan cara nak kurangkan Husna tengok iklan kat TV tu. Dah jadi habit dia, tengok iklan sampai tak berkelip mata. If dihalang, dia pandai pulak tunduk or tegakkan kepala sebab nak gak tengok tv tu :)
Banyak benda sebenarnya yg Husna dah achieve but im not in mood nak menaip. Tengah duk usha2 Langkawi. Soon nak ke sana. Jalan2. InsyaAllah this Friday will be there. But abah Husna not coming along :( Tak pela, ibu abah and adik ada pun dah ok! Later leh ajak abang sekali pergi. Ni konon2 nak soping tp we will see apa yg akan dibawa balik oleh me and ibu :)
Happy birthday 7 months Husna sayang from ummi and abah :)
created by Huda at 2:03 PM 2 chit chats
Labels: Baby dan Umi
Sunday, November 01, 2009
Husbandku ke Bakun
Pagi2 tadi dah gerak from rumah ibu abah kat Johor ni tuju ke KLIA. Menghantar abang yg diarahkan oleh hq untuk training di Bakun, Sarawak. Sedih rasanya. Long time dah tak jauh2 dgn abang macam ni. Since ada Husna mana ada kami jauh2 sangat except during confinement time hari tu.
Abang kena start kerja esok kat sana. So pagi tadi sampai KLIA around 9am. Abang nak chek in sebuah aje beg besarnya. Sebuah lagi hand luggage berisi quran, kain pelikat dan laptop abang. Mak abah in law pun ada datang hantar (kebetulan mereka datang visit my sis in law kat Sg.Buloh). Agak lama kami akan berjauhan macam ni. 3 months gitu (what?until end of January). What to say? Dah namapun arahan, kalau tak pergi kang takut kena black list susah lak kan.
Flight abang pukul 11.35am. Abang sampai Bintulu lebih kurang jam 1.40pm. Dah ada staff yg tunggu abang di sana. Then mereka bawak abang and membernya tour explore kat Bintulu. Mungkin abang shopping2 sikit since kat Bakun tu tak ada kedai katanya. 3 jam lebih trip from Bintulu ke Bakun, penat dalam kereta kata abang. Jalan pun tak berapa elok. Bila sampai kat Bakun, bilik yg disediakan kata abang macam bilik hotel. Okla kan :) Tv besar, ada ASTRO (perlu ke?) hehe... dan ada fridge. But talian internet tak ada. But if bawak broadband boleh aje nak access cause kat Bakun tu ade 3G signal. Mantappp! So buat masa ni tak dapatla nak chatting2 with him thru tenet. Tak pe, handphone ada... call or sms aje :)
About Husna... hope sangat dia tak terlalu merindukan abahnya tu. FYI, Husna tersangat rapat dgn abang. Husna pandai sebut abah rather than called ummi (aeiou... a dulu kan). Sepanjang petang tadi tak ada pulak dia meragam. Tp aku noticed, dia tak nak jauh2 dari aku. Mesti sedih bunyi nangisnya. May be dia perasan abah dia tiada. Mudah2 an bila abang balik sekali sekala nanti dia tak pulak buat muka pelik or tak cam siapakah itu?
Untuk abang, Huda doakan abang diberi keselamatan dan kesihatan yg baik sepanjang berada di Bakun dan moga selamat pulang ke pangkuan kami sekeluarga later2 on. Take care of urself! Selalu2 la give me a call or sms or missed call :) Will miss u a lot! Muaahhhh!!!
created by Huda at 8:19 PM 2 chit chats
Labels: Baby dan Umi, Kehidupan, Outstation, Suami Isteri
Thursday, October 29, 2009
Kedemaman
3 days ago Husna got cough and flu. Dah pergi klinik and chek up. Tak ada apa2 masalah, musim demam rasanya plus our place yg kiteorang stayed ni hampir sangat dengan kilang2 Petronas nun. So, baby2 memang mudah kena sakit duk bernafas dalam suasana yg kurang sihat. Orang dewasa pun senang gak kena sakit sebab persekitaran yg tidak berapa bersih ni (abang jom pindah tempat lain).
Aku pun tak terkecuali kena demam semalam. Dengan badan yg tak berapa nak sihat, malam kena bangun tengok2 kan Husna dan bf dia. Memang kena maintain strong bila tengok anak tak sihat. Tp, sometimes tu memang aku tak leh tahan sangat bila tengok dia nangis... aku pun turut menitis air mata. Anak kita ni umpama nyawa kita kan. Pilu aje rasa...
So far hari ni, Husna dah sihat sikit. Boleh senyum2 dah :). Dalam keadaan demam2 hari tu still leh lagi main2 sampai duduk bawah coffee table (orang dah pandai menyelusup) Aku pun so far, dah tak demam sangat, batuk still ada lg...hidung still tersumbat sikit. Alhamdulillah, mudah2 an both me and Husna lekas2 sembuh. Soon, abah Husna akan berada jauh from us. Kang dah tak de sape nak belai2 kami time sakit :( (sedih bila think bout this)
psst: tqvm for kengkawan yg doakan both ummi and Husna kat facebook and ym. Hope both of us get well soon, insyaAllah...
created by Huda at 8:55 AM 6 chit chats
Labels: Baby dan Umi, Kesihatan
Tuesday, October 27, 2009
Happy Birthday, abahku!
Alhamdulillah. Genap 60 tahun umur my abah this year. Suka dan syukur sangat sebab abah boleh main2 dgn his 1st grandchild, Husna. Abah baru je baik demam dan batuk since Ramadhan hari tu. Mudah2 an abah dianugerahkan kesihatan yg baik oleh Nya.
Aku dan adik2 doakan abah akan sentiasa menjadi penyokong dan pendorong kuat kami untuk melakukan sesuatu yg baik. Sentiasa mengingatkan kami tentang perlu dan wajibnya melaksanakan perintah Nya. Sentiasa mengingatkan kami agar bekerja dgn jujur agar berkat pekerjaan yg kami lakukan. Alhamdulillah, kami gembira menyambut ulang tahun kelahiran abah. Moga abah sentiasa bahagia di samping ibu dan kami anak2 mu ini. Selamat hari lahir abah! :)
created by Huda at 2:55 PM 2 chit chats
Labels: Ucapan
Online Contest - Senyuman Ceria si Comel

Mari ramai2 masuk contest ini!
Online Contest - Senyuman Ceria si Comel, jgn lengahkan masa untuk sama2 join contest yg dianjurkan oleh smileykidz photography
Caranya mudah... just upload seberapa banyak pics ur baby kat entry masing2. Make sure all the pics tu baby tengah smile dan ceria :) but hanya SATU sahaja yg the best akan dinilai.
Here those pics yg ada dalam Husna's folder :) (copyright tau, jgn curi!)



Umur: 6 bulan
** For those yg nak join jom klik here untuk lihat syarat2 dan terma contest. Deadline contest till 31st Oct '09 ni! Jangan berlengah lagi!!!
created by Huda at 11:25 AM 2 chit chats
Labels: Contest
Sunday, October 25, 2009
Got Boobies?
Dalam sejarah keluarga sy dan ibu sy setakat ini tidak pernah lagi yg mempunyai kes breast cancer. Alhamdulillah. Tp sy ada seorang rakan baik yg mana, ibunya menderita penyakit ini. Sy ingin meminjam ceritanya untuk menjadi tatapan dan ingatan kepada kita semua yg bergelar wanita. Mengikut fakta kajian, breast cancer di zaman alaf baru ni menyerang tidak mengira umur dan status wanita itu.
Berkenaan kawan baik sy itu, ibunya sudahpun selamat menjalani pembedahan membuang breast sebelah kirinya. Sy dapat rasakan sudah tentu ibunya menghadapi kesakitan itu dengan redha kerana tidak nampak walau setitikpun air mata kesedihan. Ya! Benar. Seelok-eloknya bila kita menghadapi musibah atau kesakitan, kita disarankan untuk bersabar, tabah dan redha dgn ketentuannya. Tp sy sendiri tidak pasti adakah sy juga akan sekuat itu apabila berdepan dgn perihal seperti ini?
Apa yg paling ditakuti kita tidak pernah ambil peduli perihal ini sehinggalah secara tiba2 ada di kalangan yg terdekat dgn kita mendapat breast cancer, pada masa itu barulah kita akan terfikir adakah aku juga mungkin akan mendapat breast cancer?
Pemeriksaan berkala boleh kita lakukan sendiri di rumah. Ada beberapa langkah mudah yg boleh kita lakukan sendiri.
- berdiri di hadapan cermin dan tengok jika ada sebarang perubahan fizikal yg pelik
- secara berbaring rasakan sebarang perubahan yg berlaku dan rasa puting jika ada pendarahan atau lelehan
- di bawah ketiak kita boleh merasa sebarang ketulan (jika ada)
- ulangi langkah di atas untuk breast yg sebelah lg
Bersempena dgn bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini, sy juga ingin bersama2 turut serta dgn AliceWonders.com menyertai Got Boobies? ini untuk mengingatkan kita semua bahawa pencegahan awal mungkin akan dapat menyelamatkan diri kita dan keluarga serta rakan2 terdekat dari breast cancer. Lakukan pemeriksaan kesihatan at least sebulan sekali bg mereka yg masih didatangi haid (7-10 hari selepas selesai haid) dan kpd ibu2 kita yg sudah keputusan haid mungkin boleh menetapkan 1 tarikh yg sesuai utk melakukan pemeriksaan kesihatan pada setiap bulan. Mulakan ia dari sekarang dan amalkan gaya hidup yg sihat!

created by Huda at 9:28 PM 2 chit chats
Labels: Kesihatan
Friday, October 23, 2009
Amukan dan tumbuh gigi
Aku ada di kampungku, Kluang hari ini...malam tadi balik kejap together with abang, Husna ibu and abah (my parents ada kat Paka since last 2 weeks kan) So pagi tadi sempat berlari2 ke Tabung Haji sebab nak create account untuk Husna :)
Husna dah ada account Tabung Haji dah...hehe (entry ini khas untuk tatapan
Husna bila dewasa kelak) Half of the money yg dia dapat time raya sudah dimasuk ke dalam itu. Ada saki baki tu insyaAllah nak masuk kat somewhere (may be nak invest mana2 saham yg best) Sambil menabung boleh tanamkan minat Husna untuk menunaikan hajj nanti :)
Lately ni, Husna suka benar mengamuk2. Mengamuk macam mana? Erm...dia macam tak senang duduk. Tp ada masanya la, bukan dalam 24 hours tu asik mengamuk. Semalam bagi Husna mamam biskut jejari. Aku cakap, "gigit yer sayang jangan telan aje kang tercekik" :) Husna pun macam faham kut, dia pun apa lagi gigitla biskut tu. Aik? Terkesima kejap sebab dengar memang betul2 dia gigit that biscuit. Dah ada gigi ke si kecik ni? Ignore saja.
So, this morning...bagi lagi dia mamam biskut tu. Ok this time, ibu take over my job. Sambil suapkan biskut tu, ibu pesan lagi kat Husna..."gigit yer sayang...slow2 mamam..." gitula lebih kurang. Memang betul Husna gigit. Apa lagi? Aku dan ibu pun cepat2 chek her teeth tu. Wah! Ada 2 batang yg masih segan2 lagi nak tumbuh di bahagian bawahnya :) Dah ada gigi tu cuma belum tumbuh dgn sepenuhnya (sori gambar gigi Husna tak dapat diambil dek kerana si kecik itu asik mengamuk bila kita usik mulutnya) later insyaAllah...patutla adakalanya, terasa sakit my tut tu macam digigit2 oleh Husna. Ok lepas2 ni dah boleh start beli tooth brush for Husna ni :)
Husna juga sedang aktif untuk practice merangkak. Berdiri jangan cakapla, suka2 nak panjat atas badan abah or ummi. Kalau tak pun dia nak try berdiri dgn memanjat coffee table. As for my opinion, tak kisahla apa jua yg our baby nak buat dan try to achieve...kite as parents just give them some guide and supports so that diorang boleh lakukan dgn sebaik2nya :) seronok kan tengok all of their achivements depan mata sendiri dan sambil tu dont forget untuk selalu doa yg baik2 for them :)
created by Huda at 1:10 PM 2 chit chats
Labels: Baby dan Mamam, Baby dan Umi














