Tuesday, August 30, 2005

malam merdeka..


malam merdeka..aku duk depan laptop ni ha..tak wat ape2.rasa menyesal lak tak balik ke kg halaman(kg aku di bandar Kluang).menyesal dah tak berguna..so mlm ni aku melayan perasaan sorang2.member aku ajak g bukit ampang,countdown merdeka tp aku yg malas nak bersesak2.isk3..so better stay at home and chatting with someone..mm..sape ek?chat ngan khaizam la.dia ni pun tak kuar gak,duk kl dah lame..tp aku tanya bukit ampang kat ner..dia tak tau..huhu..sian dia:-P..
2 minit yg lalu,aku dpt sms dari abg..dia dah sampai kg dia.best nye dia balik kg..aku gak yg tak balik2.lame lak dia cuti smpi ari jumaat.tak perla,nak wat cam ner..dia mmg rajin balik kg.
4 hari lg aku bakal konvo..aku cam malas lak nak konvo ni.tak tau apsal..tp disebabkan mak ayah aku nak dtg,aku semangat sikitla.tak kisah la tak dpt bunga ke apa..asalkan aku happy!hidup mesti diteruskan!!jln biar ke depan,jgn ke belakang--spt ayat dlm iklan petronas..hehe..
ape2 hal pun,aku ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA KE 48 UNTUK NEGARA KU YG TERCINTA--MALAYSIA!!..wish smua org supaya sentiasa bahagia dan sejahtera!!adios!

::nurana::

Saturday, August 27, 2005

Nothing..



pagi ni aku bangun awal sbb cousins aku dua-dua nak dtg jmpe aku..huhu..pas bersihkan diri,aku ngadap laptop kesayangan.online YM status aku invisible coz xramai member yg online pagi2 ni.kul 9am,cousin aku,kak nor dtg..kiteorg g breakfast roti canai kat restoran yus kajang.bnyk benda kiteorg sembangkan..isu2 semasa dan peribadi masing2..nasib baik kak nor aku ni jenis understanding..leh share mcm2 ngan dia..hik3..pas lepak ngan dia about 1 hour,aku balik semula ke uniten.then kali ni waiting for along aku lak.dia may be dtg dlm kul 11.aku duk ngadap lg laptop ku yg cute ni..hehe..so kul 11 lbh tu along pun dtg dgn abg kam,kiteorg g antar surat agreement ytn.maka selesai la hal2 surat agreement aku dgn ytn,skang ni just tunggu duit loan tu masuk..huhu..dptla rasa kaya sekejap-kaya dgn duit loan..hik3.
tak seronok langsung duk sorang2 kt bilik ni,biha osmate aku dah balik johor,bena kuar,wani pun kuar..apsal aku x kuar ek?ntah la..duk umah rase aman..hehe-xde jammed,xkuar duit,xpenat berjalan,etc.ape lg,skang ni aku duk kacau bf kesayangan..hik3..kacau through sms jer la..dia jauh,x same tmpt ngan aku.xdpt nak kacau depan2.kla ade masa kang aku coret2 lg.tunggu ade mood baru leh coret2.assignment tgh berlambak+test ade lg 2 pas semester break ni..hik3..buat jgn x buat!!..konvo xsmpi baper ari lg ni..relax2!!k adios!

::nurana::

Saturday, August 20, 2005

Thinking...


nice la..esok ptg ade lab-kelas ganti pasal last week jerebu.test on ahad ni dah di cancelkan atas alasan2 yg tak dapat dielakkan oleh lecturer2.tp this tuesday ada gak test-SE..banyak kene cover.test calculus pagi td dah selesai..leh jawabla.
2 minggu lagi aku bakal konvo diploma.mm..cam ner la rasanya naik atas stage ek?takut,gembira or pelik?hehe..harap2 aku tak panik..almaklumla,dah lama tak mendapat perhatian ramai..hehe..time tu kene control ayu la,jalan slow2..sopan santun..hik3..cutenya.
dah masuk degree ni,banyak gak cabaran yg aku tanggung.dgn assignment yg agak complicated(tp kene wat gak)..bnyk kene bg tumpuan.100% perhatian la..sbb penting bg aku nak jadi pelajar yg cemerlang,insyaAllah.dgn berkat doa dan tawakal..aku yakin boleh buat yg terbaik!doa+usaha+ikhlas+tawakal=duit..
kla,aku dah tak ade idea nak menulis malam ni,sambung esok lak..adios!

Tuesday, August 16, 2005

Panduan Mengurangkan Tekanan Kerja

Beberapa panduan boleh kita jadikan amalan yang bertujuan mengurangkan tekanan kerja:

1) Berwuduk
Biasakan diri anda dalam keadaan berwuduk. Amalan berwuduk memberikan ketenangan Jiwa dan segala kerja yang susah akan menjadi senang diselesaikan. Selain itu, berwuduk dapat menghindarkan diri dari gangguan syaitan yang suka menghasut apabila kita dalam berkeadaan letih dan marah.

2) Banyakkan Membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah s.w.t. jika umatnya membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai untuk kita membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Biasakan diri dan jadikan Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


3) Banyakkan Solat Sunat
Manusia merupakan makhluk yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. maka itu kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Amalan sembahyang sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih dan sebagainya; memberikan ketenangan dan kekuatan dalam diri anda.

4) Berdoa kepada Allah s.w.t.
Mengingati Allah s.w.t. senantiasa ketika dalam suka dan duka. Memohon petunjuk dan keampunan agar hari-hari yang dilalui menjadi mudah. Doa yang mustajab beserta keikhlasan dan hati yang suci memohon bersungguh-sungguh akan dimakbulkan Allah s.w.t. Maka kita digalakkan berusaha supaya mencapai sesuatu hajat di samping berdoa hanya kepada Allah s.w.t. yang Esa.

5) Beriadah
Aktiviti beriadah dapat mengurangkan tekanan. Badan yang sihat dan otak yang cerdas mampu membentuk peribadi yang berhemah. Segala tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan dengan melakukan aktivi-aktivit riadah. Aktiviti riadah juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika kita mengamalkan aktiviti beriadah bersama keluarga.

6) Pemakanan Seimbang
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh yang demikian, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Makanan yang tidak seimbang memudaratkan kesihatan dan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.


7) Luahan perasaan
Mereka yang menghadapi tekanan adalah digalakkan meluahkan segala perkara yang terbuku dihati. Dengan luahan perasaan ini akan dapat meredakan hati dan perasaan yang terpendam sekian lama. Luahan ketidakpuashatian pada orang lain boleh dilakukan dengan menulis atau menconteng diatas sekeping kertas, notice board atau meramas bola getah. Tindakan demikian akan dapat meredakan hati yang gundah gulana atau marah. Ada juga sesetengah mereka meluahkan perasaan dengan menangis. Menangis dengan sepuas-puas hati dapat meredakan fikiran yang kusut. Elakkan menceritakan masalah peribadi anda kepada orang ketiga sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya anda merasakan ingin meluahkan segala isi hati anda yang celaru, pastikan orang yang mendengar masalah anda merupakan orang yang boleh dipercayai dan tidak kianati diri anda.

8) Inisiatif
Setiap individu harus tanamkan sikap inisiatif dalam minda anda. Amalan ini merupakan tindakan positif jika anda berada dalam keadaan tertekan. Yakni anda tahu meletakkan situasi diri anda dalam keadaan yang sepatutnya dan berkemampuan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah anda. Jangan biarkan diri anda berada dalam satu kepompong jika anda menghadapi masalah. Sebaliknya ambil tindakan susulan dan perancangan rapi jika anda dalam delima.

9) Melayari Internet
Kaedah ini juga boleh meredakan tekanan kerja. Dengan melawat laman-laman web yang berinformasi dan laman web diskusi. Cara ini merupakan tindakan positif untuk menjana minda dan bersikap peka dalam sesuatu perkara yang berkait dengan keadaan sekeliling.

10) Senaman Ringan
Lakukan senaman ringan di tempat kerja sekiranya anda ketika itu dalam keadaan tertekan. Senaman ringan seperti berjalan, lunjurkan kaki dan sebagainya dapat merehatkan minda dalam seketika.

Thursday, August 11, 2005

Jerebu teruk melanda negara

Huhu..uniten dicutikan selama 2 hari bermula hari ni,arahan VC.agak teruk la suasana kat area uniten ni,masjid yg bertentangan ngan bilik aku ni pun dah kelam diselubungi jerebu.isk3..bau asap jgn cakapla..kalau basuh baju hilang bau sabun.nasib baik aku pakai softlan,tak de la melekat bau asap tu.then member aku sms tadi,dia kata test calculus on this sunday cancel..hehe..tak perla,postpone pun ok.at least aku leh prepare lebih..

then mlm ni abah n mak aku call..tanya cam ner keadaan kat sini.aku jawab dah teruk la..mak aku tanya,tak nak balik umah ke?hehe..aku jawab macam nak.tp tak confirm lg.nak balik!nak balik!test dah cancel..tak de halangan nak balik.tp tiket bas...mm..harap2 ada..

Tuesday, August 09, 2005

Pesanan untuk muslimah

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah. Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW. "Siapa yang dipintu itu?" Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah". Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat.Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?" Maka sabda Rasulullah SAW.; "Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Sayyidina Ali RA.; "Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?" Maka sabda Rasulullah SAW.; Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka. Kata Sayyidina Ali RA; Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata; "Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?" Maka sabda Nabi SAW.; Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia, Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya. Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya. Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya. Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya. Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya). Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengkiKasih sayang dan cinta manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah. Sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih kau miliki. Bertemu dan berpisah kerana Allah.


::nurana::

Sunday, August 07, 2005

Kisah 5 Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah".Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S. W. T. bahawa:Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S. W. T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

:: nurana ::

Anjakan paradigma

Graduan perlu anjakan paradigma - TPM

MELAKA 6 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa para graduan agar melakukan anjakan paradigma dengan mengubah pemikiran mereka terhadap bidang pekerjaan dan menjadi pekerja yang diperlukan oleh pasaran sepanjang hayat mereka.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, keadaan di mana sesebuah syarikat mengambil graduan yang baru tamat pengajian untuk bekerja tanpa mengira keupayaan dan prestasi mereka telah berlalu.
``Pada masa itu yang perlu dilakukan hanyalah dengan menjadi pekerja setia kepada syarikat, maka dia boleh mengharapkan terus diambil bekerja sehingga tempoh persaraannya,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Sastera daripada Canselor Universiti Multimedia (MMU), Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pada majlis konvokesyen universiti itu, di sini hari ini.
Najib berkata, dalam menghadapi persaingan sengit pada masa ini, syarikat-syarikat terpaksa bersaing untuk terus bertahan.
Menurutnya, graduan perlu berfikir tentang cara untuk menjadi pekerja terlatih dan mempunyai skil yang diperlukan oleh pasaran.
``Dengan kata lain, ambil tindakan yang betul untuk memastikan kita menjadi pekerja yang diperlukan sepanjang hayat kerana ini akan memberi kita peluang untuk terus mencapai kejayaan,'' jelasnya.
Najib berkata, dalam usaha melahirkan modal insan yang intelek, lebih ramai tenaga kerja yang berpengetahuan diperlukan bagi menggalakkan percambahan idea dan memberi nilai tambah terhadap organisasi.
Dalam hubungan ini, beliau mahu Malaysia menjadi `rumah' bagi saintis, jurutera, doktor, pengurus, penyelidik serta ahli profesional dalam bidang kewangan, teknologi maklumat dan peniagaan.
Dalam ucapannya Najib yang juga bekas Menteri Pelajaran mengimbas kembali agenda kerajaan menjana pertumbuhan pendidikan tinggi negara pada 1996 dalam usaha menjadikan negara pusat kecemerlangan pendidikan.
Kerajaan pada masa itu jelas beliau, melihat peripentingnya untuk menjalin hubungan dengan universiti luar negara di seluruh dunia dengan mewujudkan program berkembar dengan universiti tempatan.
``Pada masa yang sama, kita mahu mengembangkan lagi universiti tempatan sama ada universiti awam atau swasta bagi menarik institusi lain dan pelajar luar negara belajar di sini,'' jelasnya.
Menerusi usaha itu katanya, muncul institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seperti MMU yang dibangunkan oleh Telekom Malaysia Berhad yang kini semakin berkembang dengan sembilan peratus daripada 21,000 pelajarnya adalah dari 75 buah negara.
Beliau berkata, penubuhan IPTS dapat menjurus kepada pendidikan yang bukan sahaja berkualiti tetapi dapat merealisasikan hasrat untuk melaksanakan konsep pendemokrasian pendidikan.
MMU menurut beliau, dapat menjana bilangan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara selain mengekalkan standard pendidikan yang tinggi dan diiktiraf oleh dunia.
``Dengan penyertaan sektor swasta dan komitmen kerajaan untuk mengembangkan peranan universiti dan kolej, kita yakin akan dapat mencapai sasaran 40 peratus rakyat Malaysia berumur antara 17 dan 23 tahun mendapat pendidikan tinggi menjelang tahun 2010,'' katanya.

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi