Wednesday, September 14, 2005

Hari yang penat..

Kelas web programming berlangsung selama 1 jam suku..tetapi lecturer ku dgn murah hati nak bagi pop kuiz lak,punyalah terkejut semua org..nasib baik soalan dia pasal tajuk yg kiteorg baru belajar selama 1 jam suku tadi.tp for sure la tak ingat kan?sbb masing2 ada yg tak ada notes,tido2 ayam pun ada..n mcm2 lagi la.huhu..nice experience,alhamdulillah dari 4 soalan tu aku betul 3..hehe..berkat konsentrasi dlm kelas.hik3..
Then lepas kelas,reza ajak epul pegi alamanda..so dgn aku n fariza sekali join.lepas mkn2 kat foodcourt alamanda tu,kiteorg bantai main boling lg..hehe..nice la,aku dapat belajar teknik melontar yg baru dari epul..balik dari alamanda,lepas maghrib tu aku dah bersiap2 nak g AGM persatuan.bestla jugak sbb alumni ramai yg dtg cam abg hakim,abg ijat n kak zila,abg faizal n kak as,abg eddy,abg apes n tak ketinggalan sir haniff n abg alan(dah alumni ek?..yer la sbb dah abih studi).pastu time perbentangan minit mesyuarat nama aku tak pasal2 telah dicalonkan oleh pejo untuk jadi pencatit minit mesyuarat..huhu..aku terima tanggungjawab itu dgn rela hati..kelam kabut aku menulis..hik3,sepantas yg mungkin aku menulis setiap perkara yg berlaku.
Tamat jer AGM,aku pun balik ke apartment kesayangan di mana katil ku sudah tersedia untuk beradu.mm..tp sebelum tu,aku call la dulu abg kesayangan..hik3,sembang2 jap n tukar2 citer sikit-almaklumlah,lame sungguh tak bersua muka:-),dia kat KL sekarang ni sbb ada kursus kat area bukit bintang,tak sure sampai hari ape..isk3 dia ni bz manjang,bile nak dtg uniten?hehe..di samping itu aku sampaikan salam dari abg hakim utk abg.hehe..best2..tak pasal2 aku je yg kena(apa2 yg tak kena tu,tak yah citer kat korang).hik3..kla,jam kat laptop aku ni dah hampir2 menunjukkan ke pukul 1 pagi.aku kena tidur awal untuk mendapatkan rehat yg secukupnya.tidur yg lena dgn mimpi yg sempurna-peterpan..slmt mlm semua org..jgn tido lambat2 yer..adios!!

Saturday, September 10, 2005

Web programming

Mlm tadi baru je lepas test web programming..masyaAllah punya lah susah soalan2 nya.aku bukak2 je paper test tu,dah geleng kepala.isk3..masalah nya bukan aku tak studi,tapi soalan yg keluar tu memang tak dapat dijangka.tup2..susah tak ingat.aku berusaha jugak untuk menjawabnya, tak sanggup nak tengok kertas tu dibiarkan kosong begitu saja..tepat jam 10pm barula aku letak pen sbg tanda mengalah..huhu..sebenarnya dah abih masa menjawab..hik3..tawakal saja la yg mampu aku lakukan.semua member aku pun rasa frust tak ingat.mlm sebelumnya,aku dah berdoa dan solat hajat memohon dipermudahkan aku menjawab soalan,aku redha dgn ketentuan NYA.actually ptg td,aku dah diberikan ruang atau cara untuk score paper ni.tp aku tak perasan..korang paham tak maksud ayat aku tu?cam ni citernya,aku g web site W3School utk memaham kan lg javascript dan css tu.tapi setiap page yg aku bukak tu semuanya cam aku baca sekali imbas,dan....... tak ku sangka2 la pulak,mlm tadi soalan test adalah lebih kurang cam dalam W3School tu.isk3..sedih2..samapi saat ni aku masih bersedih dgn web programming.aku tak letak target banyak untuk test ni,just berusaha je.moga2 hati lecturer aku lembut time nak mark paper aku nanti.insyaAllah.yg penting sekarang,doa aku tak henti2..usaha dah,tawakal je sekarang.kla,aku pun dah tak larat tengok laptop ni,nak tidur la..esok nak studi calculus lak.wish me all da best!!..

Sunday, September 04, 2005

Konvokesyen

Hari ini berlangsung sudah konvokesyen utk aku dan kawan2.happy gak la walaupun tak se grand universiti2 lain-uniten ikut style US la katakan.huhu..abah,ibu,adik2 aku 3 org pun dtg meraikan.alhamdulillah,semuanya berjalan dgn lancar.tp ada sikit tak best,aku terlupa nak amik gambar ramai2 ngan frenz lepas kuar dewan tu.yer la aku sibuk sikit dgn famili aku.sori ek kwn2,next time kite amik gambar ek.hehe..
dikesempatan ini,aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kat mak abah aku,adik2,kak nor,kawan2 dan abang..tanpa doa semua org,aku tak mampu mencapai kejayaan ini.tq so much!sayang semua nya..insyaAllah suatu masa nanti,akan ku balas jasa kalian semua..
tahniah kat kawan2 lain-bena,fariza,jemah,reza-best student IT,edaeddy,epul,lili,nora,emyzatul,dokter,pudin dan ramai lg la(maaf tak dapat sebut semua)..tahniah sekali lg!all da best kat korang semua.

Saturday, September 03, 2005

Wajadiri Nasional UTMKLCC


Hari ini berLangsung 1 pertandingan wajadiri nasional silat cekak hanafi peringkat ipt dan sekolah kat stadium titiwangsa.alhamdulillah semuanya berjalan lancar.aku tak dapat jadi peserta tahun ni sbb clash dgn konvokesyen.huhu..sedih2.tp apa2 hal pun tahniah kat skuad wajadiri uniten..walaupun hanya mampu berjaya merangkul 2 medal-1 johan untuk umum senjata wanita n 1 gangsa untuk pasangan pisau pun wanita..hehe..diorang dah wat yg terbaik.tahniah kat fa'a sbb terpilih sebagai pesilat wanita terbaik IPT.
satu pengajaran yg boleh diambil,kita kena berusaha bersungguh2 utk dapatkan hasil yg terbaik.kalau tak usaha,tetapi buat terbaik pun belum tentu menghasilkan yg terbaik.(korang paham tak ayat aku tu?).time latihan kena beri tumpuan yg serius dan komitmen yg baik.tahun lepas,beginilah cara kami skuad wajadiri 2004 dilatih..usaha sehabis mungkin..selagi boleh!
kepada rakan2 skuad wajadiri tahun ini,insyaAllah tahun depan boleh cuba lg.boleh buat yg lebih baik.en.abu pun happy jer tadi maknanya dia tahu korang semua dah lakukan yg terbaik.tahniah!

-->satu perkara yg jadi sejarah semula,apabila seorang junior ku mengulangi kejadian yg menimpa diriku tahun lepas.dia menangis spt aku..hehe..aku menangis sbb sedih dgn 5 serang 1 kreatif,dia pun sama..huhu..syahdu2..kebetulan la pulak.hik3..yati..yati..kita serupa..jgn marah ek!
kla..aku nak wish all da best kat semua peserta gerak gemilang silat cekak hanafi esok.semoga u all dapat buat yg terbaik!huhu..sedih tak dapat join sbb esok konvo.baju nak konvo tak iron lg..tak per2 lepas bangun tidur kang aku g iron.nak rest dulu,penat la g menyokong skuad uniten tadi.hik3..adios!

SELAMAT BERKONVO SEMUA!!!

Friday, September 02, 2005

Nape dengan aku ni..

Nape dengan aku ni?dari semlm aku cam ni..nak kata demam,tidak.nak kata tak sihat pun tidak.ada sesuatu sedang bermain2 difikiranku tatkala ini.mcm2 yg difikirkan sampai terbawa2 ke alam mimpi.di luar nampak biasa,tp kat dalam ni sape yg tau..aku malas nak bercerita dan mmg sikapku sejak azali suka memendam rasa.mungkin masalah nya nampak simple tp aku yg teruk giler memikirkan.entah la,manusia tiada yg sempurna.yg sempurna itu hanya milik Allah swt.saban masa bila aku berdiam diri,hal itu dtg lg mengacau fikiran..that's why,if ada peluang mmg aku tak nak duduk diam.aku prefer to surf internet,chatting2(suka kacau khaizam),n borak2 dgn bena n kadang2 tu wat assignment sikit2.
~>monolog dalaman~>
huda!huda!wake up!..jgn la cam ni.ko kan seorang yg meyakinkan!-(ye ker?).dah la..jgn difikirkan sgt.'sabar merupakan sebahagian drpd iman'.
dah la..aku nak g tgk kawan2 training silat.esok diorang nak perform utk wajadiri nasional kat stadium titiwangsa.aku nak wish kat diorang all the best!harap2 dapat ulangi kejayaan seperti tahun lepas,aku dan kawan2 ku meraih 7 pingat.alhamdulillah..
untuk diriku sendiri,semoga kau lebih kuat menghadapi hari2 yg mendatang.jgn la mudah putus asa,jgn cepat mengalah dan jadilah diri ko yg sebenar!insyaAllah!

::nurana::

Thursday, September 01, 2005

Thinking (2)

Selepas usai solat subuh,aku duduk termenung kat atas katil.memikirkan sesuatu(actually bnyk..)sambil cuba amik mood utk sambung tidur.pkl 7 baru aku terlelap dan bangun semula jam 8.30am..almaklumla tgh semester break,so kelas confirm cuti gak.aku bersiap sedia utk pergi interview dgn member2 group SE.hampir pkl 11.30am baru la aku,fariza n epul smpi ke Pusat Kesihatan UPM,reza n salmi lak on da way from serdang.kami menemubual abg fadzli iaitu pegawai sistem maklumat kat klinik tu.alhamdulillah,so far tak de masalah la.smua soalan dijawab dgn baik.terima kasih banyak2 atas kerjasama yg diberikan.
habis jer wat interview..aku dan member2 pun g mkn2 kat pizza hut,alamanda putrajaya.mm..reza yg belanja smua org,thanks reza!!dah mkn2..jln2 jap,then ntah cam ner kiteorg sampai kat tmpt main boling.best la,hari ni aku bantai main 2 games smpi bengkak2 ibu jari.leh la score sikit2,almaklumla dah sangat lama tak main boling.salmi sangat terer bermain ptg td..bnyk kali strike..isk2,jeles je tengok dia main..ada gaya professional.hik3!!tp aku tak puas sebenarnya dgn 2 games tu.if ada duit bnyk lain kali nak g main lg coz kat situ student dpt special rate..yg penting korang kene bawak ID student utk buktikan korang ni pelajar..mm..gitula citer nye..
then mlm ni aku tak de ape yg nak diceritakan.eda x-osmate aku sem lepas ade skali kt bilik ni..baru dtg dari lipis.dia tumpang lepak bilik aku sementara nak tunggu hari konvo ahad ni..isk3 tibe2 rase lapar lak.cam ner ni?nak makan megi ker?aku kurang gemar la makan megi ni..tak elok utk kesihatan..huhu..tengokla cam ner kang,if darurat sgt..aku tidur jer terus..kla,slmt mlm!!

Israk dan Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi s.a.w. merupakan peristiwa besar yang setiap tahun umat Islam memperingatinya. Peristiwa ini terjadi pada ketika Nabi berusia 53 tahun iaitu satu tahun lima bulan menjelang hijrahnya ke Madinah. Ia terjadi dalam usaha Nabi s.a.w. mempersiapkan diri untuk mengembangkan risalah Islam yang begitu mencabar khususnya dalam menghadapi masyarakat Madinah yang heterogen, bukan hanya dari segi agama tapi juga etnik.

Sudah tentu tugas-tugas yang berat ini memerlukan kekuatan mental dan fikiran serta spiritual.

Ini tercermin dari makna-makna simbolik kata-kata yang digunakan dalam peristiwa tersebut seperti Sidratul Muntaha, masjid dan lain-lain.

Peristiwa Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al- Muntaha pada 27 Rejab dalam waktu yang amat cepat merupakan peristiwa ``keajaiban dan kekaguman'' yang mengundang reaksi hebat dari kalangan kafir Quraisy ketika itu.

Malah sekarang pun golongan empirisisme dan rasionalis masih mempersoalkan bagaimana mungkin lingkungan cekerawala yang menjadi laluan Muhammad tidak mengakibatkan gesekan-gesekan panas yang membakar tubuhnya?

Bagaimana mungkin ia dapat melepaskan diri dari daya graviti bumi? Mereka melihat segala kejadian dan peristiwa berdasarkan realiti empirik (berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan) dan yang rasional saja.

Pada hal, peristiwa Israk Mikraj merupakan peristiwa yang luhur dan di luar batas kemampuan akal dan fikiran manusia.

Jika peristiwa mikraj dilihat dari perspektif keilmuan Barat, maka ia tidak dilihat sebagai sesuatu yang ilmiah tetapi hanya bersifat dogma dan sistem kepercayaan (credo).

Bagaimanapun jika dilihat dari perspektif keilmuan Islam, maka persoalannya menjadi sesuatu yang lain. Ia tetap ilmiah dan benar, sebab dalam konsep Islam, ilmu di samping memiliki paradigma deduktif-induktif tetap mengakui paradigma transenden dan yang tidak terlihat oleh mata kasar, pengakuan adanya kebenaran dari Tuhan, pengakuan adanya hal-hal yang bersifat metafizik (misalnya tentang wujudnya Allah, para malaikat, hari kebangkitan, syurga, neraka dan sebaginya) merupakan kebenaran yang tidak memerlukan bukti empirik, bahkan persoalan-persoalan metafizik tersebut adalah benar (realiti).

Tunduk

Mereka lupa atau sengaja melupakan bahawa wahyu dan kenabian merupakan masalah-masalah ghaib yang tidak tunduk terhadap ukuran panca indera dan keterbatasan akal fikiran.

Menurut satu riwayat, dari Masjidil Aqsa, Nabi s.a.w. mikraj menghadap Allah s.w.t. ke Sidratul Muntaha. Ini semua terjadi di bawah bimbingan Allah s.w.t. dan taufik-Nya. Menurut Muhammad Asad, Sidratul Muntaha adalah seperti pepohon teratai atau seroja. Pohon ini sememangnya sudah dikenali sejak zaman Mesir kuno lagi. Pohon ini dianggap sebagai satu lambang kebijaksanaan.

Maka Sidratul Muntaha adalah lambang kebijaksanaan yang tertinggi dan terakhir yang dicapai oleh seorang manusia pilihan Allah azzawajalla.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah sampai di Sidratul Muntaha, maka ia telah sampai satu tahap kebijaksanaan yang tertinggi yang dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya.

Sehingga amat wajarlah Rasulullah s.a.w. memiliki akhlak yang sangat mulia, sabar, kasih sayang terhadap manusia, alam dan haiwan.

Sesuatu yang tidak atau belum terjangkau oleh akal fikiran manusia seharusnya tidak dijadikan alasan bagi mencari ketidakbenaran sesuatu itu, kerana al-Quran menyatakan : Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit. (Surah Al-Isra ayat 85)

Dalam beberapa ayat yang menceritakan peristiwa Israk Mikraj ini, berulang kali ditegaskan tentang keterbatasan pengetahuan manusia serta sikap yang harus mereka pertahankan, misalnya, firman Allah s.a.w. yang bermaksud: Dia (Allah) menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Nahl ayat 8).

Dan janganlah kamu mengambil sikap (baik berupa ucapan mahupun tindakan) yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentang hal tersebut, kerana sesungguhnya pendengaran, mata, dan hati kesemuanya itu akan diminta dipertanggungjawaban. (Surah Al- Isra ayat 36)

Apa yang ditegaskan al-Quran tentang keterbatasan pengetahuan manusia turut diakui oleh para ilmuwan abad ke-20.

Mereka menyatakan bahawa pengetahuan manusia tentang alam hanyalah mencapai tiga peratus sahaja sedangkan bakinya 97 peratus adalah di luar batas kemampuan manusia.

Peristiwa ghaib dan mukjizat itu memang tidak mungkin terjangkau oleh kewarasan fikiran.

Oleh kerana itu, tidak menghairankan kalau banyak riwayat yang memberitakan terjadinya kemurtadan di kalangan sebahagian Muslimin ketika mereka diberitahu Rasulullah s.a.w. mengenai peristiwa Israk dan Mikraj.

Tidak demikian halnya orang yang benar-benar beriman akan kebenaran Allah dan Rasul-Nya. Mereka sedar bahawa peristiwa ghaib itu adalah semata-mata urusan Allah s.w.t. dan hanya Allah sajalah yang mengetahui urusan-Nya.

Sebenarnya peristiwa Israk Mikraj ini memiliki pengertian yang amat penting bagi pembinaan keperibadian manusia, kerana dalam peristiwa tersebut, Nabi s.a.w. menerima perintah solat lima waktu dalam sehari semalam.

Solat ini yang merupakan inti daripada peristiwa besar tersebut. Ini kerana solat, merupakan tiang agama dan dasar daripada pembangunan keperibadian manusia.

Dalam pengertian yang lebih luas, solat adalah zikir dan senantiasa mengingati Allah dalam segala aktiviti dan tindak-tanduk manusia. Inti daripada peristiwa inilah yang hingga sekarang menjadi tradisi wajib yang sentiasa disempurnakan oleh setiap Muslim.

:: sumber dari utusan malaysia 27 rejab 1426H,khamis 1 september 2005

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi