Tuesday, August 22, 2006

Mengingati al-Aqsa dibakar

Oleh MASZLEE MALIK
PETIKAN UTUSAN MALAYSIA 22 OGOS 2006 (28 REJAB 1427H)


FIRMAN Allah S.W.T.: ‘‘Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan juga tempat-tempat sembahyang (synagogue kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah sebanyak-banyaknya.” (Surah al-Haaj: ayat 40)

Jika dalam ayat di atas, umat Islam telah dilarang daripada menjadikan rumah-rumah ibadat sebagai sasaran mereka di kala peperangan dan di kala damai, sebaliknya pula yang sentiasa berlaku terhadap umat Islam.

Sering kali jika berlaku apa-apa peperangan ke atas umat Islam, pasti musuh-musuh mereka menjadikan masjid-masjid sebagai sasaran.

Lihatlah apa yang berlaku di Babri, India, masjid-masjid di Bosnia lewat konflik Serb-Bosnia, masjid-masjid di Iraq yang sentiasa terdedah kepada penghinaan dan serangan tentera-tentera “paling bertamadun” di dunia, iaitu tentera-tentera Amerika Syarikat (AS).

Di tanah Palestin, ada masjid yang dirobohkan, ada yang dijadikan muzium dan ada yang ditukarkan kepada kandang lembu.

Ada juga masjid yang ditukarkan menjadi kelab malam dan rumah pelacuran seperti mana yang dilaporkan oleh wartawan Palestine Return Centre, United Kingdom dalam filem dokumentari mereka The Cries of the Minarets.

Lebih malang lagi, Masjid al-Aqsa sendiri, yang merupakan masjid ketiga suci umat Islam dan juga kiblat pertama mereka sendiri tidak terlepas daripada ancaman dan juga aksi ganas pihak Zionis.

Dalam peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan AS, pihak tentera Zionis telah memasuki Masjid al-Aqsa dan menawannya.

Dengan bertrak-trak tentera rejim, mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid al-Aqsa sambil menyanyikan lagu:

“Letakkan apricot ke atas epal, agama Muhammad telah hancur dan musnah, Muhammad telah mati. ‘‘Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah.”

Lagu tersebut membawa makna bahawa dengan kemenangan mereka yang dianggap sebagai mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam.

Ia juga menandakan kegagalan umat Islam mempertahankan masjid mereka itu menunjukkan bahawa umat Islam telah kehilangan orang-orang lelaki yang mampu mempertahankan masjid mereka!

Bermula tarikh itu, pihak rejim telah mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa sebagai milik mereka.

Tembok sebelah barat masjid yang dikenali selama berkurun-kurun sebagai ‘Tembok Buraq’ (kerana dikatakan Rasulullah telah mengikat Buraq di tembok tersebut sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj) itu telah ditukarkan namanya kepada ‘Tembok Meratap’.

Ia telah diisytiharkan secara rasmi juga melalui tarikh tersebut sebagai kiblat warga Yahudi untuk mereka menunaikan ibadat ‘meratap’ di atas kehilangan ‘Haykal’ yang pernah dibina oleh Nabi Sulaiman di atas tapak tersebut.

Sehingga kini, penganut agama Yahudi yang berfahaman Zionis dari serata dunia akan menunaikan ‘haji’ mereka di sana.

Bagi tentera mereka yang akan menjawat jawatan tertinggi dalam angkatan tentera rejim juga akan menunaikan ‘angkat sumpah’ di tembok tersebut untuk mempertahankan negara Israel (Erez Yizrael) dengan nyawa dan darah mereka.

Perlu diingat, penawanan ke atas tembok Buraq itu bukanlah satu tindakan yang terakhir mereka terhadap Masjid al-Aqsa, tetapi merupakan permulaan bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai The Mount Temple ataupun Haykal Sulayman.

Sebagai bukti yang kukuh, pada 21 Ogos 1969, seorang penganut fahaman Zionis beragama Kristian dari Switzerland Dennis Micheal telah membakar sebahagian daripada ruang utama Masjid al-Aqsa.

Antara yang mengalami kemusnahan daripada tindakan keganasan tersebut ialah mimbar masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi di zaman pemerintahannya.

Sehari suntuk, umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan -kesan sejarah di masjid tersebut.

Hasil daripada peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa ini, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara majoriti umat Islam agar menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia.

Bagi penjenayah yang telah bertanggungjawab membakar Masjid al-Aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Zionis kerana didapati ‘tidak siuman’, walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan!

Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, negara-negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia.

Sejak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid al-Aqsa sedunia.

Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC, malah isu Masjid al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh setiap umat Islam terpinggir dari agenda OIC.

Ratusan resolusi yang telah diluluskan oleh OIC, namun di peringkat praktikalnya, tiada satu pun yang dapat dilaksanakan.

Lebih malang lagi, dalam mengemukakan apa-apa penyelesaian terhadap isu Palestin, negara-negara OIC hanya menuruti sahaja apa-apa keputusan yang dibawa dari Washington dan Tel Aviv.

Sehingga detik ini, walaupun sudah hampir tiga ancaman yang diumumkan oleh golongan radikal Yahudi semenjak awal tahun 2005 untuk merempuh masuk dan menawan Masjid al-Aqsa, tiada apa-apa keputusan yang dikeluarkan oleh OIC dan mana-mana negara anggotanya berkaitan perkara tersebut.

Sepatutnya, negara-negara OIC menjadikan tarikh 21 Ogos sebagai tarikh untuk diingati oleh semua umat Islam di serata dunia setiap tahun.

Tuesday, July 18, 2006

Sepetang Di KL Convention Centre

Ahad 16hb julai tu aku bersama2 fariza n noi pi jalan2 kat KLCC.Jalan2 pun bersebab..hehe,nak bertemu dengan uncle eyman haikal(novelis kat alaf 21).So time yg ditunggu2 pun tiba,kami bertemu di Secret Recipe di mana kak fisha(novelis kat rythm)sudah tiba lebih awal dari kami.Tak lama kemudian abg feed farid lak sampai.Kami makan2 menjamu selera yg mana confirm la uncle eyman yang belanja..hehe..Di samping tu,kami berbual2 mengenai isu2 semasa dan berkenalan di antara satu sama lain.Lepas makan2,uncle eyman tnye nak desert tak?isk3..walhal masa tu kami dah kekenyangan yg teramat.Hehe..mestila smua cakap,tak kisah..Habis makan2, uncle eyman ajak kami smua ke KL convention centre.Kat sana, fariza,kak fisha n abg farid tu dpt naskhah novel uncle eyman yg terbaru secara percuma..ape tajuk dia ek..'Ke Mana Hatimu'.Pastu ade lak sessi2 tangkap gambo..smua yg ada kat situ pun menonjolkan bakat masing2 sbg model novel alaf 21..huhu..nice2..pengalaman yg menarik.

Pastu,kak fisha ajak g booth RYTHM lak.Hehe..kak fisha yg baik hati telah membelanja kami berempat-me,fariza,noi n abg farid,buku terbaru hasil tulisan nya.nicela..tajuk buku dia 'Tiada Lagi Cinta'.Huhu..dgr tajuk nya confirm2 la buku tu ditulis time dia frust bercinta..hehe..kantoi!!
Penat..mmg penat ptg tu..tapi have fun sbb dapat berkenalan dgn mereka smua dan dapat novel free gitu..hehe..So hopefully we can meet each others in the future lak.All the best to uncle eyman,teruskan usaha uncle untuk menghasilkan novel seterusnya,juga to kak fisha,hope dapat tulis novel yang happy2 lak =) n abg farid, good luck too!
Adios!

Wednesday, July 12, 2006

Dealova

Baru aku perasan dah lame gak tak update blog ni..sian dia..huhu,ntahla..sejak menjak ni tak tau nak citer pe kat sini.
Baru-baru ni aku jatuh hati bila dengar lagu dealova nyanyian once.So dengan rajinnya,aku g paste lirik lagu tu kat dalam blog.Bile bosan leh nyanyi2..hehe..adios

~DEALOVA~

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg ku hela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada

Thursday, March 30, 2006

Dah abis exam

Final exam dah abih..lega la kut..tapi hasilnya aku tak berapa pasti kerana aku dah cuba lakukan yang terbaik.tawakal ala Allah..so dah leh start cuti.hik3..tapi cuti kejap je,almaklumla aku nak amik special sem.dua minggu je la cuti aku.tak best!tak best!aku rasa bahang exam baru je lepas..ni dah nak kena hadapi subjek baru lak.huhu..mampukah aku?
aku bercadang sepanjang cuti yg selama 2 minggu ni nak wat sesuatu.ape ek?tido,makan,minum,tgk tv puas2..hias bilik tido cantik2..hik3.mcm2 idea dlm kepala aku ni tapi tak taula jadi ke tak.hehe..aku teruja sgt nak layan citer naruto dari awal sampai habis(saje layan balik).best!best!..

aku rasa dah tak larat nak menaipla..aku sebenarnya sedang menantikan kedatangan nya.jap lagi sampai la tu kut.lain kali aku citer lagi.adios!

Saturday, February 25, 2006

Sehari bersama adik2 form 3..

Dah lame ek aku tak post kat sini..bz sikit.nak cite la psal hari ni.aku n kawan2 jadi fasi kat sek men jalan empat,bandar baru bangi.students sasaran adalah adik2 form 3.nicela..smua yg terlibat memberikan kerjasama yg baik.adik2 fasi dlm group aku pun best2(asyraf,azmal,farhana,shahira,mastura,hidayah,khairunnisha').
alhamdulillah smuanya berjalan dgn lancar wlupun terpaksa berkejar2 kerana masa amat mencemburui kami.hehe..tiada masalah sepjg program.smua rakan2 fasi juga sporting dan ramah mesra.bermula dgn modul ta'aruf,kemudian SWOT analysis dan kuardran masa.pas tu g minum jap dan disambung dgn modul kejuruteraan telur.sebnyk 4 biji telur yg tidak pecah..cayalah adik2ku!selepas zuhur,modul cerita ceriti,ujian 3 minit,sijil wawasan dan aku n kertas dijalankan..so far bestla.dan yg terakhir skali modul ilt,matlamat dan cara bersama group besar.
finally masa majlis penutup,kami para fasi dianugerahkan sijil penghargaan dan cenderahati setiap org.time kasihla kat cikgu2 sek tu.baik hati sgt melayan kami..thanks so much!!
all the best kat smua adik2 sek tu yg bakal menghadapi exam PMR thn 2006!!


adios!

Wednesday, February 08, 2006

Ilmu

Masuk bulan kedua pada thn 2006 ini.dah banyak gak pengalaman dan cerita yg menarik berlaku dalam hidup aku.tak ketinggalan kenangan yg pahit utk diterima..huhu..seperti biasa kehidupan aku sbg seorg pelajar universiti bnyk sgt benda baru yg dipelajari setiap hari.nak tak nak kena gak belajar sbb ibu abah dah keluar duit bnyk hantar aku belajar.hati kena sentiasa berniat utk belajar..insyaAllah berjaya.

mlm ni aku turun kelas silat kat stadium.1st time utk sem ni..hehe..biasela,sebelum2 ni mmg ade niat nak turun..tp bnyk sgt masalahnya.mm..semput gak berlari satu stadium td.almaklumlah dah lame tak bersenam..hehe..tp alhamdulillah ade gak manfaatnye aku turun kelas silat mlm ni.ade sesuatu yg aku perolehi..ilmu baru.tuan haji@penyelia silat kiteorg berpesan lg..ttg pantang larang 3 yg utama..betul lah kata2nye itu.ibu bapa berperanan besar dlm mencorakkan kehidupan anak2 mereka.tanpa mereka kita tidak akan jadi seperti sekarang ni.lagi satu pesanan nye,hari esok mesti lebih baik dari hari ini.Nabi Muhammad SAW berpesan,"..celakalah bg mereka yg buat lebih teruk pd hari ini berbanding semlm,..malanglah bg mereka yg buat sesuatu itu lebih buruk pd hari ini berbanding hari semlm.. dan berjayalah bg mereka yg buat sesuatu itu lebih baik pd hari ini berbanding dgn hari semlm.."

adios..dah ngantuk..

Saturday, January 21, 2006

Test dan Birthday dia..

Semalam dah settle satu test utk mid term.multimedia..so far alhamdulillah leh jawab.almost utk soalan esei aku jawab ikut kefahaman aku je.malas nak hafal2 ni..hehe..so before semester break ni aku ade satu lg exam next week,27hb at 8.30mlm.subjek DATABASE tu..huhu.insyaAllah aku akan usahakan yg terbaik.
last 2 days,birthday abang.mm..just wish la kat dia.nak jmpe bg hadiah lom ade kesempatan lg.hehe..biar dia surprise ape hadiah yg dia bakal dapat thn ni.well,pada aku hadiah tu tak la terlalu mahal..sesekali berbelanja utk org2 yg kita sayang ni,akan mengeratkan silaturrahim sesama kita dan perasaan saling menghargai akan sentiasa wujud dalam diri kita..adios

Wednesday, January 04, 2006

Hepi new year,azam baru..

actually hari ni dah 4 januari 06.tapi still masih ade yg smbut thn baru kan?so i'm wishing all malaysians a happy new year!!:-)..biasela,aku klu xde idea nak menulis..lmbt sikit aku nak update blog ni.tambah2 lak aku bz je manjang..xtau la bz ngan ape..huhu.
anyway,ape azam aku ek?cam biase la..aku just renew azam2 aku thn lepas.x usah bazir2 masa nak pikir psal azam baru.azam2 thn lepas pun lom complete tunaikan..hik3..(jgn la ade yg ikut perangai aku ni..:-)).aku berusaha utk belajar bersungguh2 dan menjadi anak sollehah kpd mak abah aku.insyaAllah..
moga pengalaman2 aku yg lepas menjadi titik permulaan utk aku memperbaiki segala kelemahan yg ada.life must be go on!
sesuatu yg aku perolehi dari TOT last sunday,'kekurangan bukanlah penghalang utk seseorang beroleh kejayaan'..yes..mmg betul ayat tu!bnyk masud yg tersirat.ayat ni actually aku dengar dari seorg member..leh jadi motivate kat aku..huhu..
kla,aku dah xde idea nak menulis.kang ade bnyk mase free,aku tulis lg.salam..

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi