Sunday, December 09, 2007

Majlis Pertunangan

Sabtu,08 Disember 2007

Hujan yg sekejap turun berselang seli dgn cuaca yg kejap2 panas pada hari itu. Seawal pagi selepas solat subuh dah bangun sbb nak settle kan beberapa lg perkara. Ibu, makcik ku n abg sepupuku yg keje as chef tu dah siap2 kat dapur utk start memasak. Hidangan kami utk para tetamu adalah nasi tomato dan laksa.

Aku membantu apa2 yg patut di dapur, di bilikku sendiri dan di ruang tamu. Lebih kurang jam 12, kebanyakan saudara-saudaraku telah memenuhi ruang rumah utk same2 meraikan hari ini. Rasa meriah sgt sbb mereka pun excited. Jam 3.12 ptg, rombongan pihak lelaki sampai ke rumah aku. Mereka datang dgn membawa 7 dulang hantaran bertunang berwarna kuning oren. Abah selaku tuan rumah menjemput rombongan yg menaiki 7 buah kereta ke dalam rumah. 'Bota Kanan,Bota Kiri, Langgar Gajah, Masuk Parit'..kata2 awal dari ayah Abang ketika tiba di rumahku.

Perbincangan antara kedua belah pihak berjalan dgn aman dan lancar serta telah mencapai kata sepakat oleh kedua2nya. Maka kemudiannya, jari manis kanan dan kiriku telah disarung cincin merisik dan tunang oleh ibu saudara Abang menandakan aku sudah sah bergelar tunang Abang. Alhamdulillah..segala2 nya berjalan dgn baik. Aku bersyukur sgt2 dan gembira dgn apa yg berlaku. Pihakku telah membalas hantaran dgn sebanyak 11 dulang berwarna merah jambu.

Bahagia sgt..mudah2 an ikatan ini akan berpanjangan sehingga tiba hari ijab dan kabul dan berkekalan hingga ke akhir hayat kami, insyaAllah.

Wednesday, December 05, 2007

No Title

Baru2 ni aku dah submit report utk final year project aku kat lecturer. Nak wat hardcover skang ni boleh tahan gak harga nya,cecah puluhan ringgit kalau nak suruh kedai siapkan dalam masa sehari. So utk report aku tu,dapatla dalam RM28 per report..siap dalam 3 hari. Kalau nak compare zaman diploma aku dulu baru RM10 per report tu n boleh siap sehari semalam. uhukz..macam2 la skang ni,minyak naik..bende2 lain pun nak naik gak pricenya.

Dan skang,aku menjadi penunggu setia di rumah..tgh apply keje.Nak cari keje kat area kL, Selangor or Terengganu. Nape Terengganu yer?erm..adela..sbb yg belum sedia utk dijelaskan skang..

Result utk 2 subjek yg aku amik sem lepas..Alhamdulillah..mudah2 an result utk projek aku pun elok..insyaAllah.Buat masa skang ni,aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa.

Keje oh keje?kat mane nak cari ek?

Sunday, November 11, 2007

Final Year Project

Kelakar sgt..Uniten dah tak ade org dah-cuti semester..tp aku still berada di sini. Nak wat camne..presentation tu penting utk menentukan aku boleh grad atau tak. So ikut timeslot,aku present on 20th November 2007 jam 2.30pm. Siang malam aku berdoa agar dimudahkan urusanku ketika ini dan lulus ketika presentation tu nanti. InsyaAllah.

Bosan gak duk saje ngadap projek ni tiap2 hari..tp demi Projek ni,aku sanggup rasa bosan. Bak kata sesetengah orang, biar bosan sekarang..nanti2 kita gembira.

Perihal exam semester ni yg baru berlalu..so far Alhamdulillah,aku dapat menjawabnya dgn baik. Tawakal je sekarang..mudah2 an boleh score dgn baik.

Gathering dgn rakan2 satu batch pun sudah berlalu-6.11.2007 kat Alamanda. Aku dan Faryza bertungkus lumus mengorganize kan gathering tu n alhamdulillah sambutan yg baik kami terima dgn 30 orang yg menyertainya..Terima kasih kawan2 sbb sudi beri kerjasama..InsyaAllah ada peluang kita buat lg gathering lain.

Good luck utk diriku yg akan present!




Sunday, October 21, 2007

Demam

Hari ni Dr.Sheikh Muszaphar, angkasawan M'sia tu pulang ke bumi. Aku tak sempat nak tengok kat tv ptg td..bz sikit depan laptop sampai lupa nak tengok. Takpe,esok for sure akan keluar kat paper muka depan.

Demam sejak semalam telah memaksa aku duduk depan laptop utk menyiapkan keje2 yg terbengkalai masa cuti raya last week. Walaupun kelas dah tak de pada minggu ini..tp segala assignments perlu disetelkan. Studi utk paper Khamis ni dan preparation utk demo kat supervisor projek.

Berkenaan raya yg baru berlalu seminggu..aku duduk kat umah je. Tunggu pakcik makcik datang beraya dan ade gak la berjalan ke rumah Atok sedara kat Ulu Benut hari raya kedua tu. Lain-lain hal banyak memerap kat umah,studi or wat keje2.

Okla..tak de idea nak tulis malam ni. Kepala dah denyut2 ni dgn selsemanya. Nak rest jap..end.

Thursday, October 04, 2007

Aidilfitri yg bakal menjelma

Lama dah tak update my blog..almaklum agak busy lately ni ngn keje2 sekolah,projek2 n studi. Puasa seperti biasa, tambah2 dah nak akhir Ramadhan ni..bila lapang sikit memang ambil peluang untuk mengaji atau buat solat sunat. InsyaAllah..

So berkenaan raya, tak banyak sangat yg hendak dikhabarkan sementelah aku tidak excited sangat nak menyambutnya. Selepas raya, banyak perkara penting perlu difikirkan terutamanya final exam yg tinggal 2 papers dan project presentation termasuk final year project(FYP). Maka rayaku tahun ini perlulah diketepikan supaya dapat memberi tumpuan terhadap semua perkara penting itu.

Aku mengharapkan dapat lulus dgn baik utk degree ku ini. Dah lame sgt belajar. Kemudian ada lg beberapa perkara harus difikirkan berkenaan kerjaya dan hidup. Erm..insyaAllah semua akan berjalan dgn baik.

PENTING!

Virtual Reality - 25hb 10 2007
Computer Based Training - 31hb 10 2007
FYP - 20-23hb November 2007 (lom kuar lagi jadual)


Last but not least, salam aidilfitri kuucapkan kepada semua rakan dan kenalan..mohon maaf zahir dan batin.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Wednesday, September 19, 2007

Kenangan di Kg.Gajah

Petang Jumaat yg lepas,aku ikut DIA balik ke kampungnya di Kg.Gajah,Perak. First experience tu..tak pernah pegi lagi sebelum ni..sementelah DIApun awal2 dah mintak izin dgn abahku..lalala~gerak dr kL dlm kul 4 lebih camtu, tp jalan jam teruk sampai ke Jambatan Motorola. Berbuka pun dalam kereta. Sampai kat umah DIA lebih kurang pukul 9, disambut oleh kak long kat muka pintu..hehe..lame tak jumpe famili DIA..rindu rasanya..

Best duk kampung ni sbb kawasannya aman damai dgn bunyi sang cengkerik..pastu boleh tanam pokok buah2an bnyk2 kat keliling rumah dan pokok bunga2an. Rumah DIA ni siap ade air terjun mini dan taman untuk merehatkan badan..lalala~gembira sgt berada di rumahnya.

Hari Ahad lepas Zuhur gerak balik ke kL. Perjalanan yg singkat melalui highway. InsyaAllah ade peluang nak pegi lagi ke Kg.Gajah..jalan2 bersama2 dgnnya..lalala..

So di kesempatan ini,aku nak wish Selamat Berpuasa kpd semua rakan2,Salam Ramadhan dan selamat beribadat..

Picture Captions

Wednesday, September 12, 2007

Lawa tak?



image ni sy create gune photoshop..image asal adalah gambar belon-belon di sebuah hotel..cute tak?

Sunday, September 09, 2007

Picnic at Gabai

Pagi kul 7.30 dah bangun sbb nak basuh baju yg tak bertimbun sangat..huhu..lame gak la lepak2 kat bilik air sampai kul 8.15 pagi. Pastu siap kemas bilik semua..update project skit n surf internet. Bace paper online dan bagai2 la..

Tak lame tu Sarol suh siap2 utk pegi picnic kat Air Terjun Sg.Gabai. Erk..mase tu dah kul 9 lbh gak la. Aku pun siap je ape yg patut. Kul 11 camtu baru gerak kuar dari Uniten naik ngan Sushi, Fish n Min. Dua kete dah tunggu kat ATM..mm..kete Prince ngan Shahrul..sian mereka tunggu lame skit-dekat satu jam 15 min gak la..huhu..satu kete lagi kete si Hermione..campur2 smua ada 13 org yg join- aku, Sushi, Fish, Min, Prince, Shah, Shahrul, Abg Shahrul, Linda, Am, Ery, Lollypop n Hermione..so kiteorg konvoila ikut jalan Balakong menuju ke Hulu Langat..

Sampai kat Air Terjun Gabai lebih kurang jam 12 tghari..org dah agak ramai time tu..tp kiteorg relaks je, semuanya semangat nak mandi manda..hehe..pergh..penat tak ingat nak mendaki Gabai tu..tinggi tak ingat..semput gak la,siap stop beberapa chek point..hehe..almaklumla stamina tak de..tp maintain cool sebab tak nak kalah dgn orang lain..malu la kalau tak sampai atas..huhu..

Mula2 tu aku main air je..rendam2 kaki kat dalam air..tp tibe2 pastu entah dirasuk ape,aku semangat je nak pegi kat area diorg ni mandi sebab excited tengok air kut..kui3..siap lambai2 lagi dari jauh sebab Sushi amik gambar..hehe..dah lame2 berendam tu, naik darat jap sebab perut dah terasa lapar~~..makanla nugget sekeping yg Fish bawak tadi sambil minum air mineral..pastu turun air balik..tengok2 Prince dah surrender, katenye dah kesejukan..siap gigil2 lagi..huhu..pastu leh lak ade group 'Aauuu' tak jauh dari situ..kiteorg pakat tenggokkan je piil mereka yg 'aauuu' tu..errkk..

So bermulala episod aku pun basah satu badan di mana aku setuju utk join Min turun air.Sejuk gile air tu..cam dalam ais lak..menggigil tak ingat bile dah puas selam2..memang bestla,almaklum aku dah lame tak mandi air terjun sejak berpindah dari Kota Tinggi ke Kluang dua tahun lepas..pas mandi2 tu time aku menung2 jap kat atas batu sambil berfikir ape2 yg patut. Time tu dah kul 2 lebih la..pastu dah puas gigil2 n menung2,aku naik darat utk change baju.

Kiteorg pegi makan sebelum balik Uniten. Memang bestla arini sebab dapat main air tapi penat tu jgn cakapla..tersangat2 la penat..next time leh pegi lagi..kui3.Thanks to Shahrul, Prince n semua yg join gathering PrinceNetwork Gabai ni..




Monday, August 27, 2007

Rakan Muda Wawasan Desa di Kg.Melaka Pindah

Kg. Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka (24-26 Ogos 2007)

Aku telah join program Seketeriat Rakan Muda Wawasan Desa, cam homestay program stay with family angkat kat kampung ni. Aku dan Shah ditakdirkan dapat famili angkat yg same iaitu Hj Mahat n Hjh Cik Ani. Mereka ade seorg anak lelaki berusia seumur adikku yg girl tu bernama Faiz. Bagus jugak join program macam ni sebab aku dapat rase experience baru iaitu berkeluarga angkat.

Day 1- smpi2,kami telah diserahkan kpd famili angkat masing2..dan berkenal2 kenalan antara satu same lain..ice breaking la kirenye..Mlm pas maghrib kt masjid,ada sesi ceramah berkenaan merdeka..menarik gakla..

Day 2- pagi pas bfast,gotong royong kt kubur kg.melaka pindah. dlm kul 10 tu ujan turun ngn lebatnye..pastu preparation utk mlm kebudayaan performance..aku grup ngn hairi,shah,amy n shikin. we all planning to perform a sketsa. tajuk nya Merdekakah Kita?

Petang pas asar..pertandingan memasak which each grup diberi task utk memasak resipi yg telah disediakan. Grup aku masak asam pedas melaka..mmg ummph la..paling sedap tu..hihi..aku ngn Shah siap tambah2 makan cicah roti.

Malam, persembahan kebudayaan. Grup aku perform last skali..tp so far smua org terhiburla..menjadi tu ape yg kiteorg wat walaupun spontaneus..

Day 3- pagi pas bfast, ayah angkat aku ajak p tanam anak pokok nangka ngn Shah sekali kat belakang umah. Aku siap berdoa n selawat mudah2 an pokok tu tumbuh ngn sihat dan berbuah. Harap2 pokok aku tumbuh dulu dari pokok Shah..hehe..Aku suh Faiz update perkembangan pokok tu dr semasa ke semasa..

Pastu Faiz bawak aku ngn Shah pegi round2 area malacca town. Bestla, pegi Perigi Hang Tuah n some other places aku pun dah lupe namenye..hehe..Jalan punye jalan..jam dah dekat kul 1 ptg. We all kena balik sbb kul 3 majlis perasmian penutup program. Pas mandi n solat jamak zuhur-asar, aku mkn tghari ngn Shah n Faiz. Mak ayah angkat aku pun ade sekali..teman mkn..hehe..

Sedih time perasmian penutup tu..syahdu n touching..tak sangka lak siap dpt cenderahati dr mak n ayah angkat utk aku n Shah. Sayang nak tinggalkan mereka begitu sahaja..so sempatla aku mintak tolong Amy amik picture kami sekeluarga..nnti dah cuci gambar,aku post ke melaka pindah,insyaAllah. Aku ngn Shah pun dah plan..nnti nak dtg beraya atau singgah ke melaka bila ada peluang.

Tiba di Uniten lebih kurang jam 9 mlm..penat tak ingat..tp best la..new experienced n new feeling..


Monday, August 20, 2007

Need to feel calm down

Frust..
Macam2 hapenned to me since last Friday. Problem tu, problem ni. Pening kepala tak usah cakapla, rasa macam nak pecah.

But i'm not going to tell to anyone even to my parents. Prefer to save it deeply into my heart and also my brain.

Frustrated! I need someone to make me feel calm, but not even someone know about my feeling.

I need to be independence, try to slow talk with myself. Motivate my soul. Take some fresh air to breathe and so on. Also need some good sleep and rest. I'm so tired..


:: Just my feeling not really well ::

Tuesday, August 14, 2007

Moga dirimu tenang di sana, kawan...

AL-FATIHAH untuk rakanku Fadil bin Ahmad. Daripada Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Tanggal 13 Ogos 2007, Allahyarham Fadil telah pergi meninggalkan kami semua. Seorang rakan yang berperwatakan ceria dan friendly serta sukar dicari ganti..

Hampir 2 bulan arwah koma di ICU HUKM kerana accident langgar lori dan usus perutnya bocor. Disebabkan infection after operation, doktor kata kuman telah merebak ke seluruh anggota badan dan otaknya mengecut. Arwah bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Sebak dada tatkala melihat dirinya dipenuhi wayar2 yang berselirat. Mula2 tu aku memang tak mahu menangis..tapi disebabkan terlalu sebak,maka menangis jugak aku akhirnya.

Masih teringat2 lagi saat di mana aku bersembang dengannya di kafe kolej last semester. Masa tu aku makan sorang2 sambil tengok tv kat kafe tu. Tiba-tiba arwah datang menyapa(sebelum ni dia tak pernah ramah sangat dengan aku). Asalnya sembang2 pasal LI je, tak lama tu dia tanya.."Eh Huda, ko makan seorang je ke?Biarla aku join ko makan sekali.." Maka, dia pun bawakla pinggan nasi dia ke meja aku since dia pun seorang diri. Macam2 benda yang kami sembangkan terutama pasal arwah risau dia tak dapat tempat LI lagi. Ada jugak cerita pasal harapan dia untuk join training MASUM semseter ni. Pada aku, itulah kenangan yang akan aku ingati berkenaan dia. Walaupun kami tak rapat, tapi sebagai classmate since diploma..aku terasa sangat sebak bila melihat arwah terlantar di katil hospital tengahari tadi(first time visit tengahari tadi)..Petang after class,Mas call ajak aku teman dia pergi sebab member2 aku semua beritahu, arwah dah nazak.

Aku berdoa semoga arwah tenang di sana dan dicucuri rahmat. We all will always remembering and miss you, friend..

Sunday, August 12, 2007

Cerita hujung minggu

Sabtu 11/8 aku bangun spt biasa dan online YM. Tak ramai member2 ku yg online pagi2 cam tu sbb masing2 masih diulit mimpi yg indah. Hehe..Pastu tak lame tu, member aku Mas online. Aku tanya dia apa plan dia arini. Dia kata tak ada ape2 sgt, kalau nak keluar jomla katenye..So aku pun terus agree. Ajak lagi 2 org member we all tp at last, 2 org je yg confirm-aku ngan Mas. Pegi mane ek?Mines,Serdang..Sampai2 terus main bowling. Dapatla 2 games b4 we all stop sbb dah tak tahan lapar,mana tak nye dah pukul 2 suku ptg tp tak lunch lg. Lepas makan2 we all jejalan je..tp walaupun jejalan je, penat gak tu. Hehe..sempatla beli beberapa items barang dan lebih banyak usha kedai je. Aku enjoy la hanging out ngan si Mas ni walaupun we all berdua je. Next time kite keluar lg ek Mas,ajak bebudak lain sekali..

Ahad 12/8 pergi visit baby hezli ngan ms della kat Damansara. Cute baby diorg..geram sgt. Namanya Hana Sofia bt Hezli. IC 070809-10-XXXX, cantik nombor IC baby tu nanti..hehe. Leh lak hezli perasan no IC anak dia tu. Pastu having lunch kat situ makan laksa sarawak. Ni first time aku makan sebab b4 this mmg tak pernah lg. Delicious sungguh, kena ngan my taste. Kuah laksa tu macam kari tp actually bukan. I mean rasa dia macam berempah sikitla dan ada santan. Bestla sebab b4 this asyik makan laksa johor je..hehe. Thanks to hez n ms della, nx time ade rezeki leh rasa lg laksa sarawak!

Sunday, August 05, 2007

Leganya...

Leganya?Kenapa ye? Khamis lepas aku balik hometown sorg2..dah ajak adik2 ku yg lain,smua tak dapat balik sebab masing2 ade hal. Aku je yg tak de hal..hehe. Abah aku suruh aku turun kat JB sebab abah dgn mak aku ade kat Pasir Gudang,umah adikku. Actually aku ade adik yg sudah bekerja kat TNB Pasir Gudang(sanggup berhenti diploma sebab dapat offer from TNB, b4 this pun dia pernah tolak offer Telekom). Best jugak ade adik yg dah keje ni, boleh mintak dia belanja:-)

So berkenaan lega tu camni ceritanya..hari Jumaat tu,aku bersembang dgn abah n mak aku pasal DIA. Mm..DIA?hehe..rahsia. Sebelum ni aku tak cerita sangat psal DIA ni kat mak abah, but on that day,aku cerita gak sebab nak tau apa response abah dgn mak aku. Mm..alhamdulillah response yg baik. Rupe2nye tak susah nak cerita dgn mereka..selama ni aku je yg beriya2 kata takut mereka akan marah atau tidak bersetuju, ye la sebabnya aku khuatir mereka bimbang yg aku ni masih study and anak sulung harapan famili. Jawapan abah,suka hatila..bila2 pun boleh datang. Bukan abah tak kenal dgn famili DIA, kalau tak kenal tu mungkin kena lalu proses lain dulu. Hehe..sporting giler jawapan yg aku terima. Dan malam tu aku beritahu DIA apa yg telah kulalui ptg tu. DIA sememangnya rasa lega sgt2 sama cam aku rasa dan bersyukur. Mudah2ah..satu hari nanti, InsyaAllah..

Sebelum naik bas tadi nak balik semula ke kL, abah sempat berpesan. "Study baik2 ye nak..final sem ni. Bgtau DIA, jgn takutla..bila2 boleh datang.." Dan aku membalas dgn perkataan "InsyaAllah abah.." Alangkah terharunya aku sebab abah dan ibuku memberi kepercayaan yg penuh terhadapku. Rasa ingin kudakap mereka sepenuh hati dan mengucapkan terima kasih banyak2.

Leganya..:-)

Wednesday, August 01, 2007

New hobby, new interest

Bowling. Dah jadi hobi plak main bowling ni, dunno why. Maybe rasa puas sebab dapat baling dan STRIKE! Wah..cakap tu cam terror je main kan,walhal biase2 je. Hehe..but seriously speaking,if any of my friends ajak main..insyaAllah takkan tolakla sebab dah suka sangat.

Selalu ikut kawan2 main kat Mines,Serdang..sekali sekala main kat Alamanda, Putrajaya n Warta, Bangi. If ada duit banyak, maka 2 or 3 games la sekali main...hehe..Dah kemaruk agaknya.

Last week pegi main with Juon n May, satu game je. Siap beli stokin 99 sen kat Giant-belang2, nice sock yg Juon pilih.Hehe..Puas jugakla although just one game,ada dapat three times STRIKE and beberapa kali SPARE. Tak kena langsung pun ada gak time warm up tu..hehe..

So, bila plak the next game? Ada sape2 nak challenge? Hehe..

Tuesday, July 24, 2007

Visiting MDeC

This morning,I with my classmates pegi visit MDeC(Multimedia Development Corporation) at Cyberjaya. Came along with Mr.Shahrul, lab instructor for Virtual Reality class. Mr.Azmi,our lecturer tak dapat join sebab patah tangan.Isk3..pity him.

So we all diberi penerangan tentang Virtual Reality and showed some demos of VR. Quiet interesting la and everyone of us very excited to know more about VR. It's really gave negative effects to all of us which me and some friends got headache. Using some devices yg ada, all of us dapat merasai suasana like we were at other places. Pening..pening..mmg pening. Then we also dibawa ke server room where there were stated SGI,clusters and 16 CPUs to render 3D animation. Server room ni sejuk giler..hehe..

But we still have fun sambil took some pictures at there. Finally, thanks so much to MDeC's staffs!


: : kat MDEC la ni : :

Friday, July 20, 2007

Que Sera Sera

When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

ps:I love this song..

Tuesday, July 17, 2007

Something that i would like to say about them...

Nak coret2 pasal kakak2 n abg2 kt opis aku satu masa dulu..hehe..
Suke2 nak coret,hope no heart feeling ek!

Kak Lya-yg interesting bout this woman..dia suka gelak.ahakz!hahahaha..cam tu la lebih kurang dia punye gelak..hehe..if she's absent,mmg sunyi sgt rasa opis tu tanpa gelak tawanya..hehe..she's also a cute n nice person.(puji2-an tu)

Kak Mol-quiet interesting gak this gurl.selalu balik umah lmbt..mlm2,since dia pun lom kawin n ade anak bolehla balik lmbt2..hehe.baik sgt dan cute sgt..(puji2-an lg)

Kak Hanna-mm..kecoh gak cik puan ni, ingatkan dia ni perempuan melayu terakhir tp leh tahan la dia punya havoc kat opis.slalu kena buli ngn kak lya..sian kak hanna..

Kak Za-suke buli aku n fira sbb kiteorg ni student practical..hehe..kak za kecoh2 gak tp time tgh keje tu,concentrate gile..kepala tak angkat2 ngadap keje..

Fira-comey je minah ni..kesian dia sometimes ade probs ngn bf dia..hehe..biasela adat org bercintan-cintun.since aku dah takde kat opis ni,dia mesti boring..kan fira?

Faizal-mamat ni pun kecoh gak tp have funla coz sometimes dia tunjuk skill catwalk dia n ayu gitu..So creative person n gempaq gile create book cover.

Abg Lan-bestla,slalu relate aku dgn nurulhuda abdullah,perenang negara 1 masa dulu..hehe..ye la name kan same..hik3.sape2 ade masalah dgn MAC,diorg akan cari abg lan.digelar badang or mcgyver..

Kak Bie-seorg editor yg berkaliber,'sementelah'..hehe..ibu beranak 3 ni maintain langsing gitu..dah kawin esok leh mintak petua dia..hehe..

Kak Awin-cute n small je kakak ni.kembar ngn kak bie,mane2 pegi mesti berdua..cam belangkas..

Kak Jie-huh..leh tahanla bile dgr dia gelak..isk3,gelak yg sukar ditiru oleh org lain.muka nmpk garang tp dia baik hati sebenarnya..hehe..

Kak Dill-x dj ufm.kak dill ni pun kecik je orgnye..tp mmg best n sempoi je.

Kak Moon-ni satu lg bini org yg gelak nya sukar utk ditiru..lain drpd yg lain.Bile senyum,dia suke tutup mulut.Seorg yg memahami perasaan org lain,mampu mengalirkan air mata bila membaca penderitaan org(dalam novel).Sometimes terdengar dia cakap 'Jahat,jahat...tak suke laki dia'-dia maksudkan watak dalam novel la tu..hehe..suspen je kak moon ni.

Quak-dgn quak ni mcm2 benda leh citer..bnyk psal software la-flash,director,dreamweaver.isk3..kadang2 rasa cuak gak sembang dgn org yg full experienced berthn2 ni..takut salah cakap,malu je..hehe..quak pun best gak..

Abg Airi-pendiam sokmo mamat ni..kadang2 je dapat dgr suara dia..

Abg Baien-rock dia ni,sempoi sgt..tp bila dia bahasakan diri dia abg rase cam kelakar pun ye gak..sbb dia ni kan rock..hehe..okla dia ni.

Kak Kin-ustazah yg bagus,skali skale kak kin wat nescafe utk smua org..tp aku tak minum pun sbb tak minat sgt..

Kak Sa'di-kadang2 mmg aku tak perasan if kak sa'di ni dtg ke tak,sbb dia duk di hujung opis n tekun wat keje.kak sa'di pun best..

Ustaz Md Noor-aku suke tanye bab2 agama dgn dia ni..

Ustaz Yusof-okla..

En.Nord-everythings ok about him..he's seems like my father..respect him very much!

Ni je la yg aku sempat komen psal kakak2 n abg2 opismate aku..floor atas je la,yg bawah maybe later..hehe..

Tuesday, July 10, 2007

Last day at alaf

Last Friday 6 July 2007 merupakan hari terakhir aku menjalani praktikal di Alaf 21. Sukar untuk kuceritakan how Im felt on that day.Muka memang nampak cool tp hati tak de sape yang tahu..huhuhu..

Seperti biasa, masuk meeting room at 9 am. At the end of the meeting, Encik Nord bgtahu to all my frens..aku akan mengakhiri praktikal pada hari itu. So dia minta semua staf memberikan sepatah 2 kata utk aku. Syahdu time tu..rasa cam nak nangis tp leh bertahan lg..hehe..Then, my turn lak utk berkata2. Mula2 tu aku stay cool,tp ntah camne Kak Ana pi berbisik kat sebelah aku.."huda,ko jgn nangis tau,ko nangis nanti aku lempang.." (nada suara dia nak takut2 kan aku jer..tak serius pun..hehe)aku pun ape lagi startla tersedu2 n lame2 teresak2 depan semua orang dalam meeting room tu..huhu..malunye aku time tu,rase cam nak gelak pun ade..hehe..sebab semua orang dapat tengok aku nangis. Real punye nangis lak tu..huhu..sabar je la..Member lain ada yg gelak2 ade gak yg nak nangis..hihi..

Aku rasa sedih sebab aku suka kerja kat situ..pengalaman yang sukar utk dilupakan. Gang alaf pun semua nya best2 belaka, bos pun nice..tu yg rasa sayang nak tinggalkan diorang.

Menjelang petangnya time dah nak balik,diorg semua surprisekan aku dgn memberi sedikit cenderahati..isk3,rasa terharu lagi dgn apa yg diorang bagi. Ada yg bagi gelang, towel, brg perhiasan, tudung, selipar n from Alaf aku dapat jam meja..hadiah novel pun ade gak..hehe..thanks very much to they all!!!Im really appreciate it!So touching..

To gang Alaf, moga sukses selalu,hope our friendship never end and smile always!I love u all!!..


Monday, July 02, 2007

Menggamit memori di Kuala Selangor...

Pagi Ahad 1/7/07 aku ikut kak molee balik kampung dia kat Kuala Selangor.Interesting sgt sbb dapat berjalan ke tmpt ini buat second time-last time pergi 3 thn lepas,tgh aktif dgn silat.

Antara perkara yg best aku buat ialah jalan2 di bukit malawati, g pasar malam kat tanjung karang n g tmpt kelip2 kat bukit belimbing. Kat bukit malawati aku ngan kak molee n bapak kak molee bagi makan biskut kat monyet2 kat situ. Nice sangat sbb monyet2 kat situ smua friendly..hehe..Pastu menjelang malam,after maghrib kiteorang beramai2 ke pasar malam kat tanjung karang. Kat sini sama je mcm pasar malam lain kat tmpt lain cuma ada sesetengah gerai akan beroperasi selama 24 jam contoh macam gerai menjual buah2an, baju2, barang2 dll. Gerai makanan agaknya tutup dalam pukul 12 (paling lewat) dan keesokan paginya mereka akan beroperasi semula hingga jam 12 tghari. So kat pasar malam tu kiteorg beli sedikit makanan dan buah2an. Mm..on da way balik tu, kiteorg p tgk tmpt kelip2 kat bukit belimbing but aku tak naik pun bot sbb tak de sape yang berani nak teman aku sekali. Huhu..memang sedih sbb tak dapat tgk kelip2 dgn lebih dekat,tp aku berjanji satu hari nanti aku akan naik jugak bot tu utk menyaksikan keunikan kelip2..-tak de rezeki..

Penat seharian aku gantikan dgn lena yg nyenyak seawal jam 12 am. Bestnya..zzzzz..zzzzz...

-adios-

Thursday, June 28, 2007

Selesai sudah..

Setiap minggu aku mmg sedaya upaya untuk tidak lupa menonton drama bersiri Emil Emilda di slot Samarinda. Sehingga lah semalam siri tayangannya sampai ke penghujung episod.Bagus sebab happy ending..huhu.Bukan ape, suka2 nak tengok wajah Aaron Aziz (Emil) di kaca tv. Jalan cerita yg menarik dan agak suspens sebab kita tak sangka encik darus n darweena adalah dalang di sebalik semua yg berlaku.

Mmg patut ramai yg request supaya diadakan Emil Emilda 2 pulak..hehe..


Monday, June 18, 2007

Apa yang berlaku?

Apa yg berlaku????

Hari jumaat malam yg lepas (15/6/07) aku ngn adik aku amin nak balik kluang,johor.Dapat tiket bas pukul 10pm.So aku ngn dia wait2 la for the bus since jam 8pm.

Tengah duduk2 wait2 for the bus,suddenly...sesuatu yg tak pernah aku pikir terjadi dalam kamus hidup aku telah berlaku..SEBUAH LETUPAN KECIL di hentian puduraya,memang terkejut sakanla aku ngn adik aku tu.Adik aku kata,maybe ade lampu yg jatuh..tp takkanla asapnya berkepul2 memenuhi ruang..serius cuak giler aku masa tu.Berselawat dan berdoa je bnyk2 takut2 ade next letupan ke..Letupan tu berlaku depan mata aku di platform 7 while aku ngn adik aku duduk di platform 3-dekat gakla ngn tmpt kejadian..Alhamdulillah kami tak ape2..tp kemudiannya dapat tahu ade seorang kanak2 cedera..kesian dia..

Aku bersyukur tak lame pastu abg2 polis pun dtg dan bubuh line kuning kat area tu..Dalam hati aku berdoa cepat2la bas aku ni dtg..So pukul 10pm tu aku pun ngn adik aku bertolak balik ke johor dan tiba kat rumah around 1.15am..

Begitulah cerita yg aku alami..

Thursday, June 14, 2007

Launching novel di Singgahsana

Semalam merupakan my first experienced hadir launching novel nostalgia gitu..novel2 spt Ranjau Sepanjang Jalan, Tukcai, Badai Semalam dan Jalur Sinar Di Celah Daun..mmg best la sbb happening n bertemu dgn sasterawan negara Dato A.Samad Said serta Tan Sri Dato Jins Shamsudin..

It's something new sbb aku ditugaskan utk bertanya kpd setiap reporter yg dtg cam dari TV3,TV9,Bernama,Kosmo!,Utusan,Jelita tak ketinggalan dr Karangkraf berkenaan nama dan ctc number diorg untuk memudahkan kami menghantar press release dan gambar2 majlis.



Teruja utk mendengar bait2 sajak yg dideklamasikan oleh Dr.Lim Swee Tin,penyajak terkenal tanahair..dan mcm2 lagi la..di samping bergambar kenangan dgn semua tetamu terhormat..

Makanan yg disediakan juga sedap2 belaka..nyum3..ceh cam promote Hotel Singgahsana lak..hehe..

Tuesday, June 12, 2007

Goong @ Princess Hours

I miss so much with this story..Princess Hours


Thursday, June 07, 2007

Visiting lecturer datang opis

Today is my day?just a nice day..visiting lecturer datang opis melawatku buat keje kat alaf 21.Memang kalut gak pagi tu,kelakar pun ada(hehe)..Tepat kul 10.50 Puan Azizah Suliman pun sampai ke premis alaf 21.Aku ngan Kak Wan merangkap org penting company menjemput Puan Azizah untuk berkenalan ngan staf2 lain dulu n then dibawa ke mejaku untuk melihat kerja2 yg telah kulakukan selama ini..hehe..so far good comments la dia bg..n then ada la beberapa suggestions yg dia beri untuk memantapkan lagi kerja2 ku di sini.Alhamdulillah..

After that aku bawak Puan Azizah turun bawah untuk bertemu dgn Cik Nord as my boss at alaf ni.Masuk miting room sambil discuss apa2 yg patut..aku hanya mengangguk dan mengiyakan perbualan mereka sambil2 tu aku bgtau gak apa yg aku nak cakap..Tiba tang nak balik-end of discussion tu,Cik nord try nak bukak pintu miting room tp tak boleh..rupa2 nya jammed.Sabar je la..hehe..usaha untuk membuka yg terkunci dari dalam itu telah dijalankan di mana akhirnya pintu itu dikopak dari luar oleh Joe n abg bain..nasib baik tak ape2..Cik Nord pun dah cover2 malu sbb first time happened..tp Puan Azizah cool je,dia tak kisah..nak wat camne,benda dah jadi dah..hehe..

Kemudian aku pun menghantar Puan Azizah ke luar pintu sbb dia nak balik dah ngan husband dia..Thanks to her banyak2!!

Wednesday, June 06, 2007

Jamuan Cik Nord di Alaf 21

Hari ini bermula agak lembap bg aku,keluar rumah dari ampang hujan renyai2 dan bila keluar tol batu 3,jammed 3 minit plak kat situ.Sabar je la..

Terkejut gak aku dapat link dari member2 psal Pak Lah PM kite tu nak bernikah sabtu ni..alhamdulillah akhirnya berteman gak Pak Lah tu,sebelum ni berseorangan je beliau ke mana2..tahniah untuk Pak Lah dan bakal isterinya..mudah-mudahan berkekalan hingga ke akhir hayat..

: :Ramai2 beratur : :

: :Control2..hehe.. : :

: :Nyum3..sedapnya..: :


Menjelang tghari,ada majlis makan2 kat opis anjuran Cik Nord sempena majlis hari lahir nya ahad lalu..seronokla sbb dapat makan free..alhamdulillah,thanks Cik Nord..smua opismate aku makan dgn berseleranya sampai tak terkata..hihi..(lapar sgt kut)
Tapi sebelum makan2 tu,Cik Nord ada wat speech skit termasukla ucapan tahniah dia kat Kak Ana sbb dah grad n to Kak Mol n Faizal diorg dpt tawaran wat master kat UITM..tahniah smua org!!!Aku pun tumpangla bangga atas kejayaan kakak2 n abg2 smua kat opis ni..

Dah kenyang..adios!

Wednesday, May 30, 2007

Travel Ampang - Shah Alam - Ampang

Masuk arini dah 3 days la aku ngan kak nor(my cousin)travel dari ampang ke shah alam untuk ke tempat keje..agak penat la tp nak wat camne,sama2 rela..hehe..
Kiteorg ulang alik ampang-shah alam sbb skang ni tgh school holiday so adik2 kak nor tu terutamanya si iwan elok stay ampang je,tak de la dia keluar 'berpeleseran' ngan kawan2 dia..hehe..

Keluar seawal 7.15am dan sampai rumah pada petangnya around 7.30pm..wah dahsyat gile..12 hours kat luar rumah..tu tak kira masuk jammed kat atas jalan lagi..sabar je la kan..aku tengok kak nor [un relaks je although dia pregnant 5 months, anak dia yang sulung si iman tu pun dah setahun 5 hari usianya..ala iman,miss u baby!!muaaah!!

Bab keje lak cam biasela kadang2 berderet2 benda nak upload,sometimes tu tak banyak sangat..depend on situation..huhu..

Aku ni dah lama tak update blog,sekali tulis panjang berjela2 la plak..hehe..Since blog aku ni dah ada pembaharuan aku nak war2 kan la kat semua kawan2 seblog suruh they all usha my new outlook of this blog..

Kla,adios!!

Monday, May 28, 2007

Thursday, May 24, 2007

3D Animation

My First 3D Animation..

Buat same2 dalam group of 4 peoples..aku create character penguin tu..buruk skit rupa penguin tu..hehe..but puas hati la dapat siapkan ngan member2 smua..thanks u all!bile nk jmpe u all lg?Enjoy it!!


Wednesday, May 09, 2007

New Life..

Lama sangat tak jenguk blog ni..almaklumla bz dgn class last sem,poject n mcm2 la..Skang ni plak doing internship training kat alaf dua puluh satu sdn.bhd.
Bayangkanlah..aku tak pernah ada experience bekerja tp telah berjaya melakukannya setelah hampir 3 weeks kat sini.So far okla,bos aku pun baik orgnya..opismates smua sempoi jer mcm keluarga sendiri jer lagaknya..Alhamdulillah..
Minggu ketiga aku kat alaf 21,aku n kekawan smua kena bertugas kat PWTC sempena International Book Fair 2007--sepuluh hari berkampung kat sana..isk3..mmg dahsyat la sambutan yg kami terima..ramai sgt pengunjung sampai tak menang tangan nak melayannya..hehe..but kami dah bersedia fizikal n mental so far bagusla..tiada kejadian yg tak diingini berlaku..
After IBF,aku dah start selsema dah..batuk2..n demam..dahsyat2!!Mcm tak percaya jer kena demam sbb jaga booth selama 8 hari aku kena bertugas..huhu..tp walaupun demam,aku sgt gembira kerana dapat melakukan tugas dgn baik..tahniah utk diri sendiri!!hehe..
Kla,lenkali aku update lg blog ni..dah nak abih waktu lunch..kang marah lak bos aku tgk aku tak wat keje..hehe..adios!!

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi