Tuesday, August 14, 2007

Moga dirimu tenang di sana, kawan...

AL-FATIHAH untuk rakanku Fadil bin Ahmad. Daripada Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Tanggal 13 Ogos 2007, Allahyarham Fadil telah pergi meninggalkan kami semua. Seorang rakan yang berperwatakan ceria dan friendly serta sukar dicari ganti..

Hampir 2 bulan arwah koma di ICU HUKM kerana accident langgar lori dan usus perutnya bocor. Disebabkan infection after operation, doktor kata kuman telah merebak ke seluruh anggota badan dan otaknya mengecut. Arwah bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Sebak dada tatkala melihat dirinya dipenuhi wayar2 yang berselirat. Mula2 tu aku memang tak mahu menangis..tapi disebabkan terlalu sebak,maka menangis jugak aku akhirnya.

Masih teringat2 lagi saat di mana aku bersembang dengannya di kafe kolej last semester. Masa tu aku makan sorang2 sambil tengok tv kat kafe tu. Tiba-tiba arwah datang menyapa(sebelum ni dia tak pernah ramah sangat dengan aku). Asalnya sembang2 pasal LI je, tak lama tu dia tanya.."Eh Huda, ko makan seorang je ke?Biarla aku join ko makan sekali.." Maka, dia pun bawakla pinggan nasi dia ke meja aku since dia pun seorang diri. Macam2 benda yang kami sembangkan terutama pasal arwah risau dia tak dapat tempat LI lagi. Ada jugak cerita pasal harapan dia untuk join training MASUM semseter ni. Pada aku, itulah kenangan yang akan aku ingati berkenaan dia. Walaupun kami tak rapat, tapi sebagai classmate since diploma..aku terasa sangat sebak bila melihat arwah terlantar di katil hospital tengahari tadi(first time visit tengahari tadi)..Petang after class,Mas call ajak aku teman dia pergi sebab member2 aku semua beritahu, arwah dah nazak.

Aku berdoa semoga arwah tenang di sana dan dicucuri rahmat. We all will always remembering and miss you, friend..

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi