Sunday, December 09, 2007

Majlis Pertunangan

Sabtu,08 Disember 2007

Hujan yg sekejap turun berselang seli dgn cuaca yg kejap2 panas pada hari itu. Seawal pagi selepas solat subuh dah bangun sbb nak settle kan beberapa lg perkara. Ibu, makcik ku n abg sepupuku yg keje as chef tu dah siap2 kat dapur utk start memasak. Hidangan kami utk para tetamu adalah nasi tomato dan laksa.

Aku membantu apa2 yg patut di dapur, di bilikku sendiri dan di ruang tamu. Lebih kurang jam 12, kebanyakan saudara-saudaraku telah memenuhi ruang rumah utk same2 meraikan hari ini. Rasa meriah sgt sbb mereka pun excited. Jam 3.12 ptg, rombongan pihak lelaki sampai ke rumah aku. Mereka datang dgn membawa 7 dulang hantaran bertunang berwarna kuning oren. Abah selaku tuan rumah menjemput rombongan yg menaiki 7 buah kereta ke dalam rumah. 'Bota Kanan,Bota Kiri, Langgar Gajah, Masuk Parit'..kata2 awal dari ayah Abang ketika tiba di rumahku.

Perbincangan antara kedua belah pihak berjalan dgn aman dan lancar serta telah mencapai kata sepakat oleh kedua2nya. Maka kemudiannya, jari manis kanan dan kiriku telah disarung cincin merisik dan tunang oleh ibu saudara Abang menandakan aku sudah sah bergelar tunang Abang. Alhamdulillah..segala2 nya berjalan dgn baik. Aku bersyukur sgt2 dan gembira dgn apa yg berlaku. Pihakku telah membalas hantaran dgn sebanyak 11 dulang berwarna merah jambu.

Bahagia sgt..mudah2 an ikatan ini akan berpanjangan sehingga tiba hari ijab dan kabul dan berkekalan hingga ke akhir hayat kami, insyaAllah.

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi