Sunday, October 21, 2007

Demam

Hari ni Dr.Sheikh Muszaphar, angkasawan M'sia tu pulang ke bumi. Aku tak sempat nak tengok kat tv ptg td..bz sikit depan laptop sampai lupa nak tengok. Takpe,esok for sure akan keluar kat paper muka depan.

Demam sejak semalam telah memaksa aku duduk depan laptop utk menyiapkan keje2 yg terbengkalai masa cuti raya last week. Walaupun kelas dah tak de pada minggu ini..tp segala assignments perlu disetelkan. Studi utk paper Khamis ni dan preparation utk demo kat supervisor projek.

Berkenaan raya yg baru berlalu seminggu..aku duduk kat umah je. Tunggu pakcik makcik datang beraya dan ade gak la berjalan ke rumah Atok sedara kat Ulu Benut hari raya kedua tu. Lain-lain hal banyak memerap kat umah,studi or wat keje2.

Okla..tak de idea nak tulis malam ni. Kepala dah denyut2 ni dgn selsemanya. Nak rest jap..end.

Thursday, October 04, 2007

Aidilfitri yg bakal menjelma

Lama dah tak update my blog..almaklum agak busy lately ni ngn keje2 sekolah,projek2 n studi. Puasa seperti biasa, tambah2 dah nak akhir Ramadhan ni..bila lapang sikit memang ambil peluang untuk mengaji atau buat solat sunat. InsyaAllah..

So berkenaan raya, tak banyak sangat yg hendak dikhabarkan sementelah aku tidak excited sangat nak menyambutnya. Selepas raya, banyak perkara penting perlu difikirkan terutamanya final exam yg tinggal 2 papers dan project presentation termasuk final year project(FYP). Maka rayaku tahun ini perlulah diketepikan supaya dapat memberi tumpuan terhadap semua perkara penting itu.

Aku mengharapkan dapat lulus dgn baik utk degree ku ini. Dah lame sgt belajar. Kemudian ada lg beberapa perkara harus difikirkan berkenaan kerjaya dan hidup. Erm..insyaAllah semua akan berjalan dgn baik.

PENTING!

Virtual Reality - 25hb 10 2007
Computer Based Training - 31hb 10 2007
FYP - 20-23hb November 2007 (lom kuar lagi jadual)


Last but not least, salam aidilfitri kuucapkan kepada semua rakan dan kenalan..mohon maaf zahir dan batin.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi