Tuesday, December 30, 2008

Sayonara 2008

Salam Maal Hijrah. Alhamdulillah, sudah 1430 tahun Hijrah selepas penghijrahan Nabi SAW. Tahun Masihi pula, esok akan bermula tahun 2009.

Rasenye banyak perkara dan peristiwa yg telah kulalui sepanjang tahun ini. Alhamdulillah, gembira bila semuanya berlalu dengan baik.

Bila diingat-ingat kembali, berikut adalah rentetan perjalanan tahun 2008 ku...

01.01.08
Hari pertama dalam tahun ini, aku di rumah baru je tamat my studi kat Uniten. Tunggu result
project 2 lom kuar. Erm...berdebar gak tunggu result interview dgn Alaf 21.

07.01.08
Lapor diri kat Alaf 21 sbg e-designer kat situ. Dapat gak keje, 1st job ni. Walaupun pernah
jalani praktikal di sini, tapi bila diterima sbg pekerja dah lain situasinya. Expectation orang
pun berbeza :)

14.03.08
Aku telah sah dinikahkan dengan suamiku, Mohd Sazli pada 9.45 malam. Berdebar saat bersentuhan kali pertama dgnnya =) Saat bergelar isteri, aku sudah tekad untuk menjadi isteri yg terbaik
buatnya.

15.03.08
Majlis kenduri di pihakku. Segalanya berjalan lancar, rakan-rakan ramai yg hadir memeriahkan
majlis yg sederhana.

16.03.08
Pra hanimun kat Port Dickson selama 2 hari.

22.03.08
Majlis kenduri di pihak suamiku. Juga berlangsung dengan meriah dan sederhana. Makan beradab sambil duduk bersila dan bersimpuh =)

06.08.08
Berita yg semestinya ditunggu-tunggu olehku dan suami. Aku disahkan hamil 5 minggu oleh doktor. Alhamdulillah...

24.08.08
Hari Konvokesyen pelajar-pelajar Uniten. Aku dan rakan-rakan dikurniakan ijazah dalam bidang
masing-masing. Paling best ditemani ibu, abah dan suami tercinta.

01.09.08
-Pagi pertama 1 Ramadhan bersahur dengan suami. Agak berbeza suasananya, dulu ibu yg kejutkan sahur. Now, kena kejutkan suami bersahur bersama.

-Aku menyerahkan notis perletakan jawatan kepada bosku. Tujuan utama notis itu kerana ingin
tinggal bersama suamiku. Keputusan dibuat setelah berbincang bersama keluarga dan tentunya
bersama suami. InsyaAllah, akan ada peluang lain untukku di Paka.

26.09.08
Hari terakhir bersama rakan-rakan di opis. Sedih gak nak meninggalkan semua. Banyak kenangan yg dilalui bersama, tapi apakan daya setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

01.10.08
Pertama kali beraya sbg seorang isteri. Giliran tahun ini di rumah keluarga suami. Sedih sangat pagi hari raya tu, nangis di samping suami sbb tak dapat bersama ibu, abah dan adik-adik di Johor. Pertama kali berjauhan dengan mereka di pagi raya.

Dan banyak lg peristiwa yg berlaku sepanjang tahun ini. Tak terlarat rasenye nak senaraikan semua. Mudah-mudahan tahun ini memberi banyak pengajaran dan kebaikan kepada kita semua. Sama-sama kita jadikan panduan untuk tahun-tahun yg akan datang, insyaAllah...

Selamat tahun baru Maal Hijrah dan juga Masihi!

Thursday, December 04, 2008

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat menyambut hari raya haji kepada semua muslimin dan muslimat walau di mana jua anda berada. Moga ibadah kita diberkati dan diterima olehNya.

Esok nak balik Perak. Seminggu di sana till kenduri kahwin adik ipar selesai. Mudah2 an semuanya berjalan dengan lancar, insyaAllah.

Aku dah lama tak makan buah epal ni...nyum3...epal merah paling suka...hik3...erm mesti comel kalau baby bibir merah bak delima. uhukz...beranganla tu...kena usaha dengan doa ni, agar termakbul impian di hati :) abi dia bibir merah, umi dia je bibir cam tak berapa merah asik pucat manjang :P insyaAllah...Pastu nak minum air kelapa lagi, petua orang2 tua tu.

Wednesday, November 26, 2008

Ala Fariza...

Awal-awal pagi semalam dapat sms from Fariza. Ada kemusykilan yg dinyatakan dalam sms nya. Erm...aku jawab dgn penuh keihlasan. Hehe... Katanya, malam sebelum tu, dia muntah-muntah bila makan atau diberi minuman. Uish...bahayanya penyakit...Aku suggest dia pi klinik, risau kut melarat penyakit tu.

Dalam kul 11 lebih tu Fariza called. Selepas buat check up kat Az-Zahrah, doktor sahkan dia kena apendik. Aduh! Sian membe aku ni. Dahla tak pernah masuk wad, nak kena operate pulak tu by petangnya (aku pun tak pernah). Mak abah jauh di Tanah Suci. Erm...lupa pulak, dia kan dah bersuami. So, Johan yg akan uruskan segalanya. ps: bagus gak kawin awal ni :P

Petangnya, aku sms dia tanya dah operate or not. Belum lagi rupanya...banyak sangat emergency case katanya kat Az-Zahrah tu. So malam tadi dalam kul 7 lebih kut, Johan sms aku bagitau Fariza dipindahkan ke KPMC, Kajang. Malam tadi gak dia selamat dioperate. Alhamdulillah...Johan sms lagi lepas tu, katanya semua selamat. Erm...yg itu pun insyaAllah selamat. AMIN.

To my dear friend, Fariza- lepas ni jaga makan ek! jaga kesihatan juga...

Thursday, November 20, 2008

Anemia

It's been some few weeks I haven't blog anything. Last 2 weeks, got fever n batuk2. Also ibu, abah n adik2 came to visit me n hubby here at Paka. Then after that, teman hubby ke kL. He's got course at Concorde Shah Alam. Last week, my only sis yg studi Uniten tu lepak2 sini...saje katenye, semester break.

Pregnant ni, anemia datang semula...waduh! 8.3 hB. Ape kes? Lame dah tak kene, last time kene pun kat Uni...Cuak2...My belove cousin, Kak Nor advised me to have spirulina as supplement...I tried it...hopefully akan bertambah baik, insyaAllah...makan pun bertambah selera. Just last week, suddenly cam kene GASTRIK. Huh..how come jadi gitu? makan punyalah selera...tapi leh gak kene sakit Ulu hati tu. Sian gak kat hubby, malam2 kacau dia tidur mintak tolong urut belakang n paling teruk muntah2 coz too much angin. Alhamdulillah now cam dah sihat sikit. Anemia, hopefully next check up dah back to normal...

Baby pun cam dah besar sikit kut...perut je still nampak look like buncit...



Wednesday, October 29, 2008

Jalan-jalan

Syawal bakal ke penghujungnya esok. Sekejap sahaja masa berlalu...hampir sebulan aku di Paka. Baru-baru ini aku ikut hubby ke KL sbb dia ada course kat PJ 2 hari. Sempat aku ke jamuan raya Alaf. Bertemu rakan-rakan sekerja lama. Meriah suasananya. Hari Jumaat, 24hb aku ke Mid Valley sendirian. Erm...SALE rupanya kat Jusco. Apa lagi... aku capaila apa-apa yg perlu. Dah lama aku tak jalan sorang-sorang macam hari tu. Best sebab tak ade sape-sape nak halang dan banyak masa boleh ronda-ronda. Makan KFC pun sorang-sorang sambil ditemani 2 orang couple Chinese bersama anak mereka yg berusia 16 bulan di sebelah mejaku. Puas hati sangat.

Malamnya, selepas hubby abih course aku dan hubby balik Perak sempena cuti Deepavali.



bersama rakan-rakan di Alaf

Monday, October 20, 2008

Saya di Paka

Hari ini Isnin rupanya..adeh..sejak bergelar suri sementara di rumah ni, jam tu rasa cam slow je geraknye..hehe..almaklum tak biase kut..pas studi dulu terus g keje..takpelah, insyaAllah ade rezeki maka adela peluang tuk aku bekerja semula..nak kata boring sangat tak gak, tp maybe sbb rumah yg kami duduki ni besar sgt ala2 semi D nya rumah, tu yg buat aku rase cam boring. Tp Alhamdulillah, ade broadband leh la access n connecting to kawan2..

Erm..selamat hari raya lg..kat sini ramai gak member2 hubby merangkap jiran2nya kat kuarters tnb ni yg wat open house. So bila perkenalkan diri tu, ramai yg akan berkata,.."oh, ni wife En.Sazli rupanya.." err..maklumla, aku kan baru je berhijrah ke sini..so jiran2 pun barula kenal mengenal..tp so far okla, smuanya ramah2 belaka.

Ok..topik lain2, tu untuk member aku paling best, Puan Fariza yg bernikah ngan Encik Johan..tahniah sekali lagi...sudah bertukar status nya dan insyaAllah nanti tukar status lain pulak. Aku sempat ke majlis di Putrajaya yg gilang gemilang Sabtu baru ni..makanannya sedap2 n bnyk belaka..macam pegi open house pun yer..hehe..tp aku sampai lambat skit sbb jalan2 ke umah Mak Long di Shah Alam n Mak Cho hubby kat Tmn Medan. Jalan kat KL lak tau2 je la wiken mmg cam hampeh..jam je kejenye..tah ape2 je diorg ni..Tak sempat nak jmpe member2 lain yg of course la dah lame tak jmpe since ari konvo aritu..ok Fariza, all da best with your new life!

Sazli, Johan, Fariza n Me




Sebelum tu, beberapa ari b4 raya aritu..Kak Long hubby dah pun selamat melahirkan seorg puteri kat Manjung, Perak. Comel anak buah kiteorg tu..namanya Nur Syazaliana tp smua org panggil dia Syifa sbb lg suka nama Syifa..Alhamdulillah bertambah lagi ahli keluarga Abah Perak.


Syifa@ Syazaliana


Wednesday, September 24, 2008

Monday, September 22, 2008

Cuti-cuti

Lama tak menulis..last week aku amik cuti 3 hari balik Johor jenguk ibu n abah. Gerak sebelum Zuhur dan sampai beberapa minit b4 waktu berbuka. Hubby drive leh tahan gak laju, sib baik takde road block. So dapatlah berbuka bersama2 wlupun adik2 yg lain tak de.

Hari kedua bercuti aku cam mengidam nak minum air katira, so ape lg.."Abang, jom teman pegi bazar Ramadhan cari air katira..." erm..suami mana yg sanggup tengok wife nya kempunan, so ape lg..jejalanla kat bazar tu kejap. Dapat gak beli murtabak tak de bawang..hehe..

The next day, petang pas Zuhur bermulalah episod membuat kuih bahulu. Pukul punya pukul telur tu ada dalam 45 minit gak. Pastu aku ngn husband yang sibuk membakarnya kat dapur. Ibu just guide je ape2 yg patut. Memang tak leh lupela pengalaman tu..rasa hepi sgt bila hasilnya siap beberapa jam later. Tapi biasela, org baru belajar...for sure ade yg hitam skit..hik3...lgpun dah lame tak wat kuih bahulu ni...

So for his year, pertama kalinya aku akan beraya di kampung husband. Erm...mesti meriah bila raya kat kampung..dah lame tak merasa beraya di kampung2 ni...=) untuk sahabat baikku yg akan join da grup, Ms Fariza..tahniah n selamat pengantin baru...aku tak dapat ke kemunting sbb hubby aku kene stand by raya ke 3. Tak lupe gak tuk Farizah yg akan melangsungkan perkahwinan pd raya ke 4 kat Kelantan. Semoga semuanya slamat insyaAllah...

Tuesday, September 09, 2008

Cerita Bulan Puasa

Alhamdulillah...bulan pose ni murah sungguh rezeki. Time berbuka kalau kat umah Mak Longku tu tak pernah sunyi, mesti meriah dan penuh dgn juadah. Adakalanya, Kak Nor akan masak main course cam nasi and lauk2, kuih2 pula dibeli di gerai atau bazar Ramadan. Kalau tak sempat memasak, maka kami tunjuk2lah makanan di kedai makan tp dibungkusla. Bukan apa, makan kat umah ni lg best walaupun kecil macam mana umah tu tetap rasa best!

So far, lom lg pernah berbuka di luar. Lgpun, bulan pose nila bulan paling mudah untuk kita berkumpul bersama keluarga (sedih sbb belum ada peluang nak puasa dgn mak abah). Bulan beribadah. Cuba bayangkan kalau kita berbuka kat luar, kemudian terkejar2 nak balik umah utk solat Maghrib atau cari surau berdekatan atau ada yg 'MALAS' sgt, langsung burn je solat tu. Apala gunanya pose tp solat yg wajib pun tak mampu nak dilunaskan. Membazir je tahan lapar sepanjang hari.

Bagi aku pula, aku bersyukur sgt diberi peluang utk berpuasa sepanjang bulan ini. InsyaAllah akan kucukupkan sebulan Ramadan. Mudah2an segala amalan yg dilakukan sepanjang bulan ini akan mendapat ganjaran yg besar di sisi Allah SWT kelak. AMIN.

Wednesday, September 03, 2008

Salam Ramadhan

Selamat Berpuasa kpd semua rakan2, adik2, dan lain2...hari ni dah masuk hari ke 3 Ramadan, moga2 kita dapat keberkatan dalam setiap amalan yg dilakukan, insyaAllah...

1st time dapat berpuasa dgn hubby. Sian dia kene masak sendiri tuk berbuka dan sahur... Maafkan bini abg ni yer...


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Tuesday, August 26, 2008

Officially Graduate

Last week demam dan selseme yg teruk. Dapat lak mc from doctor sehari. suhu badan mencecah 39.5 celcius. isk3. maybe sbb bawak budak pun yer...takpe...mudah2 an semuanya ok.

Pastu ada hari tu aku sempat teman hubby pegi MAHA 2008. wah...ramainya manusia. tambah2 school holiday. terserempak ngan membe hubby, abg awin n wife nya kak aza n their only son. jalan2 kejap je coz aku tak larat sangat. Plus masih lg demam n pening2. makan pun tak selera, mkn buah je. Dapat gak beli sumting kat sana.

Other story, aku dah pun officially graduate from Uniten. yg bestnye, sbb hubby ada sekali with ibu n abah. tp kuar2 hall hari tu, hubby hilang. katanya somewhere kat bangi tengah beli bunga. adeh...dia tak sangka sidang habis awal. hehe, sian abg...luv u so much!!! Pastu, ptg nya abg dah kene balik Paka coz cuti tak dpt extend. So sad...









Perihal nak benti keje, erm...setelah mengambil kira beberapa opinions from some friends...keputusannya sudah ada. So far, itu sudah dikira sebagai yg terbaik tuk diriku n hubby also our family. Ibu abah pun agree...mereka sokong je whatever aku buat. InsyaAllah rezeki ada di mana2 jua.

**Congratz to Mas n her hubby coz dah selamat diijabkabul Sabtu lepas :)


Thursday, August 07, 2008

Apa Pilihan yang Ada?

Semalaman aku berfikir, apa pilihan yang aku ada? Badan skang ni cepat letih and selseme yg belum pulih sepenuhnya. Pernah perkara ini dibincangkan beberapa waktu yg lalu. Dan keputusannya masih aku yg kene mengalah.

Pada aku, bekerja tu perlu. Sekurang2 nya bolehla membantu adik2 yg masih belajar dan simpanan peribadi serta kalau dapat nak settlekan sendiri hutang belajar. Sebab kita tak tahu apa yg akan berlaku kelak. Masa ni nampak cantik dan elok, akan datang belum tentu lagi. Ibarat kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Yg penting, kita kena berdoa selalu agar sentiasa diberkati dan bahagia dunia akhirat.

Dan sepanjang yg aku faham, suami adalah tempat teratas bg seorg isteri. Perlunya dia di sisi kita, untuk melindungi dan menjaga kebajikan bersama.

Apa pilihan yg aku ada? Berhenti kerja, dan tinggal bersama suami atau terus bekerja dan berjauhan daripada suami?


Kepada kawan2, tolongla give some comments to this entry.

Tuesday, July 29, 2008

Musim Durian and Buah-buahan

Erm..last friday nite, went back to Kg. Gajah, Perak. Arrived there around 2am. All of us were so tired - me, abg, nine n watie. Have a short chat with abah n mak, then terus masuk bilik, tidur.

Saturday, early in the morning dah woke up. Mak ajak pegi pasar kat Bota with abg. But b4 that, sempat lg mkn2 durian. Pergh! Lame gak tak makan durian, sodapnya hingga menjilat jari. Nyum3. Balik from pasar, makcik2 n opah2 dah ramai dtg nak rewang. Kenduri doa selamat tuk kak long yg bakal give birth dlm bln 9 ni. Bestnye! Bilala my turn lak? ahakz...

Then petang tu after semua2 tu n tido jap, abg ajak kait buah2 an keliling rumah. Long time dah tak kait2 buah ni since my family decided nak duduk kat bandar after abah retired from TNB. Have fun sangat. Rambutan, manggis, langsat n pulasan (tp lom masak). Sempat tunjuk talent kait buah kat abg =) Dia tak tau, wife dia yg manja ni pun reti mengait buah. hik3. Malam tu, memang dah tak leh handle dah tired n ngantuk. Tak sempat pun nonton cerekarama ke ape, terus solat Isyak and tido. Daa.. For those yg tak sure camne wajah durian, ni dia nya example...





Durian


Thursday, July 24, 2008

Anugerah kita

Once upon a time I'd love so much kat this song. ANUGERAH II from Exist. Nice song, with simple lyrics and easy to be understand by us. Search2 kat Google, finally dapat gak download. It's been so many2 years this song got published, till now I'm stil luving it! =)

ANUGERAH II

Mereka kata kesalnya tiada harta
Hidup ini sungguh membosankan
Jika kita tidak pernah bersungguh
Mencari kemajuan mencari peluang
Kita hampa

Anugerah dari yang maha kuasa
Dan di sini aku berdiri
Menghiburkan hati yang sepi
Anugerah bersama melenyapkannya
Rasa bosan hanya sementara
Hayatilah anugerah kita

Musuh kita adalah sikap
Yang hadir dalam kepuraan
Di sini aku perjuangkan
Cita-cita murni yang lama terpendam
Kekuatan ini adalah anugerah pengabadian

Wednesday, July 16, 2008

Aisyah...

Last nite, sempat tgk debat minyak kat TV9. My personal opinion, pak menteri tu bnyk said sumting yg ridiculous (sori to say) , its just my opinion. Rasanya ramai yg thinking like what im thinking. But, biarlah...tu smua just politik and duniawi semata2. Im not so excited pun nak amik tahu, prefer to watch Pocoyo or Mickey Mouse Club House with baby Iman.

Then, baru2 ni dpt download lagu2 Aisyah yg lame such as Janji Manismu, Cinta Beralih Arah and Camar yang Pulang. So sweet, dpt dengar semula lagu2 tu. Kembali ke zaman awal2 90 an gitu. Hik3...

Cinta Beralih Arah

Sendiri dalam
Sepi malam ke pagi
Mencari jawapan
Berputar-putar
Soalan bertemu soalan
Penawar yang
Ku beri kiranya racun
Sebagai balasan
Hilangkah budi
Oleh kejahilan

Ku persembah
Intan dan permata
Tapi bagimu
Kaca tak berharga
Demikian berbezanya
Penilaian kita

Kelopak berseri
Di tanganmu
Berderaian layu
Lalu...
Ku kutip semula
Sisa cinta
Dan beralih arah
Pada Yang Esa

Walau diri hina
Tak berharga
Tetap diterima
Kelopak kelayuan
Dipulihkan
Akhirnya kembali
Keyakinan
Pada diri...


Friday, July 11, 2008

Just 'termenung'

Nothing to say..just to post my pic yg sedang thinking or termenung actually? not so sure, but obviously, people will say that im termenung of something. hik3..whateverla..as long as im happy!



This picture was candid by Kak Mol during our last time miting of 'kesan kenaikan harga minyak'.

What im going to do this wiken? May be just staying at home while layan baby2 Kak Nor. Im not seeing my hubby because insyaAllah he'll be here next week. And I hope this Monday I will receive some good news, somethingla that relate to me..hopefully!

Wish a happy birthday to my lil bro, Amin. His birthday was yesterday actually, 10th July. Hope that he always succes in his study n his future life. InsyaAllah.

my bro, Amin


Wednesday, June 25, 2008

Wiken yg meletihkan tapi best...

Sabtu baru lepas ni, aku pegi mengurut ditemani Kak Nor kat umah Kak Fazilah. Alhamdulillah...rasa sihat sikit badan, sengal2, letih2 tu dah kurang. Lama gak aku tak berehat macam hari tu. Tiap2 minggu mcm2 program dgn hubby or famili.

Balik from umah Kak Fazilah, sempat pegi lunch kat Seri Bunga restaurant at TTDI, Shah Alam tu. Lapar perut pas urut. Sampai umah, terus rehat2 n tido. Petang tu bawak Alya n Iman pegi jalan2 sambil lepak makan kat Day n Night Circle at seksyen 11. Abg Joe la belanja makan tauhu bakar n kopok lekor. Nyum3...

Esoknya, Sunday.. Kak Nor ajak teman dia pegi opis kat UITM. Then, jalan2 kat Plaza Alam Sentral. Masuk kat Nagoya Textiles. Saje usha kain2. Ramai gak manusia time tu. Aku sempat beli kain cotton 2 pasang tuk aku n my sis. Cantik!! -alamak, tak amik gambo kain tu, kalau tak leh post sini :)

Petang tu, Kak Nor ajak lagi sekali pegi Nagoya dgn Mak Long. Dia nak beli terus kain yg dia admirer pg tu tuk buat baju raya. Almaklumlah, mereka nak tempah ngn Kak Sue, our cousin yg duduk kat Johor tu. Takut lambat2 kang dah tak sempat. So dapatlah mereka membeli beberapa pasang kain khas tuk raya nanti. Wah! terasa letihnya sepanjang wiken tu. Rasa cam jalan jauh je..hehe..

Friday, June 20, 2008

i Miss hiM

Yesterday morning, my hubby sms he said, YTN will proceed to pay my study fees for last semester. Alhamdulillah, Im so happy with it. It's means my prob will settle, insyaAllah.

Then, actually since last Tuesday I got a batuk2. Dunno why, but it comes when Im all alone without my hubby beside me. I try to pretend like as usual, dont want to spoil my mood for the whole week.

This weekend, as for me or my hubby...will not see each other. I need some rest, massage maybe. Im going to have some relaxes n leisure tomorrow, hopefully can. May be, we just see each other by next week. We'll miss each other so very much! I miss him so much right now! How should I tell everyone that I cannot stay like this anymore? I want to stay with him...I want him! It hard to stay apart, it so long distance relationship.




Monday, June 16, 2008

Cerita Shah Alam - Paka

Hari Khamis petang husband call, katanya tryla apply cuti dgn bos utk hari Jumaat. Tapi kalau tak boleh, takpe. Aku pun dgn slow2 nye menyelusup ke dalam opis bos. Form tak isi lagi masa tu, try nasib kut dia bg cuti barula aku isi. Cakap elok2 sikit ngan bos, finally aku dapat gak cuti walaupun cutiku tanpa gaji - lom confirm mane de cuti tahunan.

Jumaat pagi2 lagi dah kuar rumah menuju ke komuter Shah Alam. Ramai gile manusia berasak2 nak ke tempat keje, aku pun dihimpit2 macam tin sardin dah rupenye. Sampai KL Sentral baru clear sikit orang n Alhamdulillah dapat gak aku duduk hingga ke stesen Putra.
Then aku terus je ke kaunter tiket Transnasional, n Alhamdulillah dapat tiket ke Dungun jam 9.30am. Maka bermulalah journey ku ke pantai timur. Almost 5 to 6 hrs gak ikut LPT. Sampai Paka around 2pm lebih. Husband amik kat tepi jalan masuk ke kuarters TNB.

Walaupun sekejap dapat jumpe hubby, tp so far oklah. Dapat merasai kehidupan macam suami isteri yg lain di rumah sendiri. Kalau tak, selama ni kami berjumpa pun kat kampung dia or kampung aku je. Aku kemas2 apa yg patut kat rumah tu, tp rumah tu dah sedia bersih just selerak sikit. Ada hikmah gak kenapa hubby duk beriya2 ajak aku balik Paka. Rupe2nye dia demam, selseme n batuk. Teruk gak demamnye, sampai kene tutup air cond dalam bilik n berbaju tebal. Tugas aku as a wife, picit2kan kepalanya n badannya. Nak dijadikan cerita, sebenarnya petang tu hubby ajak lawan badminton kat court badminton tnb. Bersungguh2 mainnya, tup2 balik dari game, dia kata badan rase sejuk. Terus terbaring pas Maghrib. Sian hubby, cancel plan asal malam tu nak g makan sea food kat tepi pantai. Alhamdulillah, rasanya hubby dah sihat skit hari ni just batuk je lom baik sangat.



Wednesday, June 11, 2008

Here in My Home

Grab from You Tube..nice song..



Malaysian Artist for Unity

aku STRESS!!!

Got some problems, dunno what to say..all about my study loan.

aku chek ngn pihak tmpt aku studi dulu, they said ada baki belum bayar sebanyak RM3K++. Err..apsal pulak gitu? they said, diorg dah anta invois ke yayasan tu..tp dipulangkan semula. What's the probs actually?

then aku cl lak yayasan tu, jelaskan details yg berlaku n mintak they all check. diorg kate nanti nak cl back..tak taula bape lame kene tunggu. tensen aku arini..terus berubah mood aku. yalah, kalau tak settle all debts..aku tak leh konvo n one think, mana aku nak gali lubang cari duit sebanyak tu. aku pun baru je start membayar balik loan aku masa diploma sebnyk RM100 per month. saving pun baru berapa ratus yg aku ade..

so sad..aku ingat dah settle smua probs ngn universiti n yayasan, tp camni lak jadinya. ni yg buat aku rase tak mahu meminjam langsung ngan mana2 pihak. tapi biasala..hidup kalau tak berhutang bukan hidup namanya..dah jadi adat utk semua org, kecik2 dah diajar meminjam or berhutang dgn org lain.

aku nak g ngadu ngan Allah Taala, because DIA lah tmpt paling utama utk kita mengadu.

-the end-

Monday, June 09, 2008

Budget per month

Secara kasarnya kira2 ku beginila..tak termasuk yg bukan2 lg..ni pun lepas discuss ngn hubby..same2la bantu membantu..

Budget per month (revise) :

Makan/minum - 300
Parents - 200

Adik2 - 100

Shopping - 200
Mak Long (tumpang rumah dia) - 100

Belanja dapur - 50

Tol pegi balik kampung Perak or Johor - 200

Study loan Yayasan Tenaga Nasional - 100 (banyak bayar, cepat skit abih)

Saving - 150


err..1400 tu totalnya..gaji bape sen je ade..adeh..kena wat keje sampingan ni or tukar keje yg lagi mahsyuk payment nye..tengokla bagaimana nnti..usaha tangga kejayaan..insyaAllah dipermudahkan..

Ni
pun dah puas jimat cermat...


Thursday, June 05, 2008

Minyak Naik

Semalam after office hour time tu ujan lebat, kak nor sms.."Dh sampai..", it's means kak nor dah ada kat bawah. So akupun bergegas turun bawah n punch out. On the way back, kak nor kate petrol price dah increase..alamak..ye ke?bukan sikit2 naik..dekat 80 sen tu..isk3..

Abg Jo pesan kat kak nor pi bubuh minyak b4 nite, dah sebab ujan lebat..dia malas nak stop gitu je. Cuak gak kang kena petir ke ape..So sampai umah je, aku lepak2 jap then dalam kul 7 tu sms hubby.
"Abg,minyak dah naik ek?" then hubby reply, "Ye kut, mlm ni abg nak kena isi ni..sian abg:).."cam tu la bunyi sms yg kami berbalas. Pastu aku pun bz sms adik2 ku yg ade kete si Anuar n Amin. Anuar tu tak pe gak sebab dia bekerja tp pakai waja tu..tak tahan..Amin lak tgh studi lg..nampaknye pasni, kete kembara abah tu kena dipulangkan semula kepada abah sebab dia tak mampu la kut nak bayar duit minyak :P

ni dalam Utusan Online - gambaran situasi semalam, orang beratur panjang nak isi minyak

Malam tadi hubby call, sembang2 jap..tak dapat isi minyak sebab jammed teruk kat area umah dia. Semua orang bz beratur nak isi minyak..pastu dia kata, elektrik pun akan naik sebab kalau tak naik..TNB lak yg akan gulung tikar.

Banyak kesan harga minyak naik antaranya kena cut cost n revise our budget monthly. Sian kat hubby, dia kena ulang alik Paka-KL or Paka-Perak or Paka-Johor. Same2la kita berjimat cermat.

Monday, June 02, 2008

Wasiat Rasulullah SAW

BEBERAPA WASIAT RASULULLAH S.A.W KHUSUS UNTUK WANITA

1. Wanita yang taat pada suaminya, semua burung-burung di udara, ikan-ikan di air, malaikat-malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfarlah bagi-nya, selama mana ia masih taat pada suaminya dan diredhai-Nya.

2. Wanita yang bermasam muka, menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita tersebut dimurkai Allah, sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

3. Wanita yang lari dari rumah suami-nya, tidak diterima solatnya, sehingga ia Kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya meminta maaf.

4. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan melintasi satu kaum (lain, yang ajnabi) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina dan setiap mata memandangnya itu berzina.

5. Wanita hendaklah mendahului hak suaminya atas hak dirinya sendiri dan seluruh kaum kerabatnya.

6. Wanita yang berkata pada suaminya “Tidak pernah aku mendapat dari mu satu kebajikan pun “Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun. Walaupun ia berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari.

7. Wanita apabila mulai sakit untuk bersalin, maka Allah mencatitkan baginya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah.

8. Wanita apabila solat lima waktu , puasa sebulan Ramadhan , memelihara kehormatannya, serta taat akan suaminya ,masuklah ia dari pintu syurga mana-mana sahaja yang ia kehendaki.

9. Wanita yang sebaiknya ialah apabila engkau memandang, akan menggembirakan engkau, jika engkau menyuruh ia taati dan jika engkau berpergian, dijaganya harta engkau dan dirinya.

10. Wanita yang meminta suaminya mentalakkannya dengan tiada sebab yang dibenarkan syarak’, haramlah baginya bau syurga.

11. Wanita apabila dipanggil ke tempat tidur, tetapi ditolaknya, maka marahlah suaminya; akan tidur wanita itu dalam laknat malaikat hingga ke pagi.

12. Wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya, akan berada dalam kemurkaan Allah hingga ia kembali ke rumah atau di redhai oleh suaminya.

13. Wanita yang mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.

14. Wanita yang bersolat dengan tidak mendoakan suaminya, maka akan ditolak solatnya.

15. Wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

16. Wanita yang membuat kebajikan pada suaminya , dengan meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengeratkan kukunya , memberi minum , Allah akan sediakan dia dari sungai-sungai syurga , serta diringankan Allah baginya sakaratul-maut dan akan didapatinya akan kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga , serta mencatatkan Allah bagi kelepasan dari neraka dan selamat ia melintasi Titian Siratul Mustaqiim.


17. Wanita yang menderhaka ialah apabila menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya , keluar rumah tanpa izin suaminya , samada suami ada di rumah atau tidak , keluar belajar 'ilmu yang bukan fardhu 'ain , enggan berpindah bersama suami , mengunci pintu tidak membenarkan suami masuk ketika suami ingin masuk , bermasam muka ketika berhadapan dengan suami , minta cerai , bercakap kasar , berpaling atau membelakangi ketika bercakap , menyakiti hati suami dengan perkataan atau perbuatan , meninggalkan tempat tidur , benarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai suami.

18. Wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan ia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya, kerana ia memuliakan suaminya di dunia, maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapinya.



Thursday, May 29, 2008

Birthday dan Serangan Chickenpox

Last week, aku balik kg kejap. Secara kebetulannya, hubby ade kat kg sbb dia ade course kt area sane. So dptla jumpe hubby sambil jumpe ibu abah. hehe.. Balik ni pun bersebab, ada hal yg perlu diuruskan. Alhamdulillah settled..

Mei..bulan ni ramai gak yg celebrate birthday, kenduri kahwin, mom's day n etc. Happy birthday to Iman atau nama sebenar Muhammad Haris Iman on last Sunday (25th May), son of my cousin, Kak Nor. Birthdaynya utk yg ke 2. hehe..dah besar baby Iman..makin cute lak tu. hik3.. then my best buddy, Ms. Fariza atau nama dlm IC Nor Fariza Yacob on last Tuesday (27th May) yg ke 24. uhukz..thn ni last ko celeb bzday as ms..nx year insyaAllah as madam :P Then, congrats kat opismate ku, Kak Lis n her hubby, dah selamat bernikah pada Jumaat lepas kat Kedah, and kenduri belah lelaki nx week kat Shah Alam. InsyaAllah aku akan pegi..


ni ms fariza di sampingku :)

Erm..nk dijadikan cerita, last 3 weeks tak silap aku, adikku Amin tu kena chickenpox. Sian dia kena mc study for about 2 weeks. Then, after dia kembali sihat..tak semena2 Iwan, my cousin lak yg kene. Erm..seminggu tak pegi sekolah and tak attend mid year exam. Too bad, 2 orang baby kat umah Mak Longku tu, Alya Qaisara and his bro, Haris Iman pulak yg kena sekarang ni. Sian kat mereka. Tp takpe, baby2 kalau kecik2 dah kena, dah besar sok insyaAllah dah tak kena lg. Plus ngn mak cik diorg Rabitah, adik Kak Nor pun kena chickenpox. Kak Nor ngan Abg Jo wat2 cam biase je..diorg pun tak kena lg..hik3..harap2 tak de ape2la..

Thursday, May 22, 2008

School Uniform Sexy

'School uniform sexy', that statement I quote from The Star Online. Thursday, 22nd May 2008

Some texts aku copy n paste kat sini...

A Malaysian group condemned the uniform worn by girls at government schools, saying it encouraged rape and pre-marital sex.

“The white blouse is too transparent for girls and it becomes a source of attraction,” National Islamic Students Association of Malaysia vice-president Munirah Bahari said in a statement.

“It becomes a distraction to men, who are drawn to it, whether or not they like looking at it,” she said, calling for a review of uniform policy so that it did not violate Islamic ideals.


As for my opinion, ada right gak statement tu. Long time ago, during my school time ada few friends yg girls ni cam gediks sikit. Suka pakai tudung paras dada je (alter sendiri) n tak pakai singlet kat dalam. Tu dah macam trend lak. Till now, aku tengok still ada yg macam tu. Zaman dah terbalik..orang dulu2 cari daun nak tutup badan, orang sekarang siap nak bukak2 je smua anggota badan. Renung2kanlah...


Wednesday, May 21, 2008

MU will win?

This post aku tujukan khas buat Abg Ery, staffmate kat my office. Since he's fan of MU..harap2 MU akan menang lawan Chelsea. One thing yg best bout Abg Ery ni, if MU menang game, esoknya WAJIB dia akan pakai jersi MU kat opis. Cayalahh Abg Ery! Good luck tak tido malam :P Glory, glory, glory of MU!!


update by NuraNa, 22nd May 2008:

-- Ok! MU dah pun menang dgn sepakan penalti di akhir game. 6-5 beb! Cayalah!! --

Tuesday, May 20, 2008

Teka-teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Ghazali = " Apa yang paling besar di dunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali" Apa yang paling berat di dunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ".

Wednesday, May 14, 2008

Apa-apa pun boleh..

Hehe..menjawab pertanyaan kak dahlea kenapa aku tak rajin post..ntahla..tak pasti sgt ape nak tulis. Actually ade bnyk gak cerita yg ingin dikongsikan bersama tetapi masa tak berapa nak mengizinkan. Since bergelar isteri orang ni, setiap wiken adalah masa yg ditunggu olehku dan hubby utk menghabiskan masa bersama. Erm..not la every wiken but ade dlm 2 weeks once time jumpe. Mmg diakui hampir 2 months getting married, masa utk bertemu adalah sukar dan kurang. Masing2 cuti tak sama hari coz dia stay at Terengganu while me at Shah Alam.

Tapi betullah orang kata, kahwin ni kena banyak bersabar. Kena tabah. Ini dugaan yg harus kami hadapi memandangkan tempoh masa perkahwinan masih muda. Aku cuba melapangkan dada dan fikiran di malam hari dengan perbanyakkan mengaji dan solat tahajud (ade gak sekali sekala). Itu merupakan penawar yg baik utk diri sendiri. Tidakla selalu menangis.

2 weeks ago, ikut hubby n familinya ke Morib. Apa aktivitinya? Memasang jaring di tengah lautan. Bila air laut surut, kami ramai2 pegi kutip ikan. Malam pun begitu. Udang dan ketam pun ada. Ya Allah! Banyak tak terkira. Ada dalam 8 tong rezeki kami pada hari tu. Ikan siakap, senangin, gelama antara yg popularla. Ikan pari pun ada. Cousin hubby tolong jual ikan2 tu. Tak habis dimakan pun kalau simpan. Alhamdulillah..seronok sgt dgn pengalaman tu.

Then, baru2 ni 10 Mei 2008, cousin aku sebelah my mom dah naik pelamin. Angah @ Nur Syuhada Asyikin, kahwin dengan orang Jengka, Pahang. Majlis diadakan di dewan kat Putrajaya. Gemilang sungguh majlisnya. Aku pun tumpang happy. Mudah2 an berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..

Tu je takat ni..ada masa akan kucoret lg di blog ni :)

Wednesday, April 30, 2008

My New Layout

Ok, i've update my blog's layout. simply to copy n paste it! prefer to have butterfly n must be in purple color but..yg ni pun okla :) cute n very nice. im lovin it!

i miss my hubby..where he is? keje la..takkan duk lepak :P. erm..im thinking to give sumting to my mom n mother in law on this becoming mother's day. but, not yet confirm what im goin to give to them. hopefully they all hepi je once receive it later.

happy becoming mother's day! muaaah!



::updated by NuraNa on Wed, 14th May 2008::

Wednesday, April 16, 2008

Pesta Buku Antarabangsa

Last week, 4-13 April aku dan team ALaf 21 berkampung di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2008. Nak kate penat tu memangla penat, tp aku kuatkan hati untuk membantu apa yg patut. Tugas aku nampak senang as cashier di kaunter payment, tp takut gak kalau2 ada shot duit tu ke..mane la tau kan. Alhamdulillah tak de masalah. Paling ramai manusia pada hari Sabtu, sampai susah gile nak jalan n orang ramai beratur panjang utk membuat payment buku-buku yg mereka pilih. So far, okla..hati gembira, pengalaman berganda..


Wednesday, April 02, 2008

Aku dah Kahwin

Lame aku tak update blog. Terbaru 2 minggu lepas, pada tanggal 14 Mac 2008 aku telah selamat diijabkabulkan dengan my husband. Alhamdulillah, segala puji bg Allah..mudah-mudahan ikatan yg terbina ini berkekalan hingga ke hujung nyawa kami, insyaAllah. Majlis di rumahku berlangsung dengan meriahnya pada keesokan harinya almaklumla aku ni anak sulung dalam famili dan seminggu kemudian di pihak lelaki di Perak.

Alhamdulillah ada gak rakan2 dari Uniten dan time school dulu datang. Rakan2 opis tak dapat datang may be disebabkan oleh jarak yg jauh dan tengah bulan (time orang sengkek). Kawan baikku Ajak dan Khusairi(kenal since form 2) ada datang. Selain tu, rakan2 Uniten seperti Fariza n tunang, Mas, Epul, Noi, Niza, Fiza, Athirah, Asiah, Ais, Bena n mykel, Jemah, Pejo, Pian n also Shahrul n Encik Abu Huzaifah. Other else, Abg Ipin(balik cuti from German) n Azah. Then, ada gak received hadiah from them. Thanks guys n gurls!

Sekarang ni, aku dan husband bercinta jarak jauh...aku di Shah Alam, husband di Paka, Terengganu. Plan nak jumpe seminggu sekali tp tak taula. Ada kesempatan maka jumpela, kalau 2-2 busy maka tak jumpela agaknya. Ada kakak opis aku cakap, aku sekarang dah jadi pendiam, ye ke? entahla aku pun tak sure sangat..aku rasa cam biasa je..tp mungkin jugak. Tiap2 hari boleh dikatakan mata aku akan bengkak sedikit. Biasela, pengantin baru mane leh jauh2..


Thursday, February 28, 2008

Words

Dalam Mingguan Wanita edisi last week, there's something yg interesting inside it. Column Dr.HM Tuah..beliau ada menulis tentang cinta dan perkahwinan.

Yg paling menarik, ayat di bawah ini:

'Seboleh mungkin singkatkanlah bercinta dan pendekkan bertunang, tetapi panjangkan hayat perkahwinan...'

InsyaAllah, selagi hayat di kandung badan..kita boleh berusaha dan berdoa agar jodoh yg ditentukan berkekalan till end.


Thursday, February 14, 2008

Lelaki Ini...

This guy, kenal him since 2003..actually he's my senior at our university. first time kenal, berbual macam dah kenal lama..walhal baru beberapa jam (masa tu la). Dia ni looks like pendiam and kind guy. Tapi bila dah kenal lama2 skit,dia jadi friendly. Katanya, dia seorang yang pemalu. Hik3..bestnya gelakkan abang :)



So, after that our friendship berlangsung hampir setahun lebih dan pernah terhenti seketika hingga one day, dia call me. Rupa2 nya selama dia hilang tu, phone dia rosak n my phone number dia tak ingat. Then, we all rapat semula- time tu, asal cakap kat dia demam ke, ulser mulut ke, memang dia cepat2 akan datang n bawak ubat or g klinik :) what a sweet memory :) Till one fine day, after gaduh2 n salah faham sikit..dia sms n told me that he's in love with me :) so sweet..me pun ape lg..reply the same la..of course we're in love after we have knew each other for a quite long time.

Till now, Alhamdulillah..we have dating for almost 3 years n insyaAllah will getting married soon. Mudah2 an our relationship diberkati oleh NYA dan sentiasa dalam hidayah NYA, insyaAllah.

Interesting bout him (puji-pujian):

-sangat bertanggungjawab, tegas
-cute
-caring and loving
-understanding and always support me
-sporting
-matured
-suke kacau orang dah tido =)
-hormat orang tua
-bijak
-manja =)

Wednesday, February 06, 2008

Memory with Vee

Last time, if I'm not mistaken 17th Jan 2008, I met Vee :) got launching novel of Damya at Singgahsana. So, we all yg datang ni got the oppurtunity to take some pictures with her. She's really beautiful n nice.

Then me n some friends got a quick n short interview by TV3 reporter for 'Wanita Hari Ini' show. The reporter asked about physicology, dance and woman. Ceh,cam bagus je jawab soalan that reporter time tu. And the show dah pun ditayangkan last week :) kat TV3.


Monday, January 21, 2008

i'm happy

What should i write on today's post?actually there's nothing much to say.as for now, im really thanks to Allah because i have the opportunity to work after finish my degree. Alhamdulillah. i also have my own KWSP account now :). other than that, i try to control my budgets. Know what, since i start working i learn something new-how to manage my money make by my own. ya lah,during study..no money still can ask my parents, but now? 'sendiri mau igtla kan'..hehe.

I only hope that i can do the best for this first job. Not bad. As a designer- that was wrote on my offer letter, i was given a job to monitor the company's website and the systems that they provide. sometimes, still can have enjoy time and experiences..i mean during book launching or book fair.

Much better than other peoples, who still looking for their jobs outsides there. im happy with my job with good environment and nice officemates. but im still in the middle of probation period. hopefully, i can make it perfectly till the end, insyaAllah.

Thursday, January 17, 2008

Kena Tag :P

1. Name one person who made you laugh last night?
Abang, my fiancee-his sms make me happy.

2. What were you doing at 0800?
Rest for a while..b4 take a bath.

3. What were you doing 30 minutes ago?
Got miting at office.

4. What happened to you in 2006?
Nothing special.

5. What was the last thing you said out loud?
Not sure.

6. How many beverages did you have today?
two.

1- milo ice
2- milo.


7. What color is your hairbrush?
Blue.

8.What was the last thing you paid for?
Blusher at Elianto.

9. Where were you last night?
At home.

10. What color is your front door?
I think it's brown.

11. Where do you keep your change?
Wallet

12. What's the weather like today?
Shines, hot.

13. What's the best ice-cream flavor?
Strawberry.

14. What excites you?
Seeing my belove fiancee.

15. Do you want to cut your hair?
Maybe after got married :P.

16. Are you over the age of 25?
No la..below 25.

17. Do you talk a lot?
Sometimes. Become friendly when meet some good friends.

18. Do you watch the O.C.?
Nope.

19. Do you know anyone named Steven?
Nope.

20. Do you make up your own words?
Yup!

21. Are you a jealous person?
Of course i'm a jealous person.

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Akmal.

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Kamarul Arifin.

24. Who's the first person on your received call list?
Kak Nor.

25. What does the last text message you received say?
"on the way gak.lg 1km :P" from abang.

26. Do you chew on your straw?
Sometimes.

27. Do you have curly hair?
Yup.

28. Where's the next place you're going to?
Hotel Singgahsana, PJ.

29. Who's the rudest person in your life?
No idea.

30. What was the last thing you ate?
Pau kelapa. nyum3.

31. Will you get married in the future?
Insya-Allah...

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Ratatouille.

33. Is there anyone you like right now?
Of course there will be someone.

34. When was the last time you did the dishes?
erm...

35. Are you currently depressed?
nope.

36. Did you cry today?
nope.

37. Why did you answer and post this?
asked by faryza.

38. Tag 5 people who would do this survey.
Mas,Jiji etc.

Wednesday, January 09, 2008

Salam Maal Hijrah

Moga tahun baru ini akan memberi banyak keberkatan dan kedamaian kepada kita semua..insyaAllah.

Berhijrah demi kebaikan..


Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi