Monday, June 16, 2008

Cerita Shah Alam - Paka

Hari Khamis petang husband call, katanya tryla apply cuti dgn bos utk hari Jumaat. Tapi kalau tak boleh, takpe. Aku pun dgn slow2 nye menyelusup ke dalam opis bos. Form tak isi lagi masa tu, try nasib kut dia bg cuti barula aku isi. Cakap elok2 sikit ngan bos, finally aku dapat gak cuti walaupun cutiku tanpa gaji - lom confirm mane de cuti tahunan.

Jumaat pagi2 lagi dah kuar rumah menuju ke komuter Shah Alam. Ramai gile manusia berasak2 nak ke tempat keje, aku pun dihimpit2 macam tin sardin dah rupenye. Sampai KL Sentral baru clear sikit orang n Alhamdulillah dapat gak aku duduk hingga ke stesen Putra.
Then aku terus je ke kaunter tiket Transnasional, n Alhamdulillah dapat tiket ke Dungun jam 9.30am. Maka bermulalah journey ku ke pantai timur. Almost 5 to 6 hrs gak ikut LPT. Sampai Paka around 2pm lebih. Husband amik kat tepi jalan masuk ke kuarters TNB.

Walaupun sekejap dapat jumpe hubby, tp so far oklah. Dapat merasai kehidupan macam suami isteri yg lain di rumah sendiri. Kalau tak, selama ni kami berjumpa pun kat kampung dia or kampung aku je. Aku kemas2 apa yg patut kat rumah tu, tp rumah tu dah sedia bersih just selerak sikit. Ada hikmah gak kenapa hubby duk beriya2 ajak aku balik Paka. Rupe2nye dia demam, selseme n batuk. Teruk gak demamnye, sampai kene tutup air cond dalam bilik n berbaju tebal. Tugas aku as a wife, picit2kan kepalanya n badannya. Nak dijadikan cerita, sebenarnya petang tu hubby ajak lawan badminton kat court badminton tnb. Bersungguh2 mainnya, tup2 balik dari game, dia kata badan rase sejuk. Terus terbaring pas Maghrib. Sian hubby, cancel plan asal malam tu nak g makan sea food kat tepi pantai. Alhamdulillah, rasanya hubby dah sihat skit hari ni just batuk je lom baik sangat.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi