Wednesday, November 26, 2008

Ala Fariza...

Awal-awal pagi semalam dapat sms from Fariza. Ada kemusykilan yg dinyatakan dalam sms nya. Erm...aku jawab dgn penuh keihlasan. Hehe... Katanya, malam sebelum tu, dia muntah-muntah bila makan atau diberi minuman. Uish...bahayanya penyakit...Aku suggest dia pi klinik, risau kut melarat penyakit tu.

Dalam kul 11 lebih tu Fariza called. Selepas buat check up kat Az-Zahrah, doktor sahkan dia kena apendik. Aduh! Sian membe aku ni. Dahla tak pernah masuk wad, nak kena operate pulak tu by petangnya (aku pun tak pernah). Mak abah jauh di Tanah Suci. Erm...lupa pulak, dia kan dah bersuami. So, Johan yg akan uruskan segalanya. ps: bagus gak kawin awal ni :P

Petangnya, aku sms dia tanya dah operate or not. Belum lagi rupanya...banyak sangat emergency case katanya kat Az-Zahrah tu. So malam tadi dalam kul 7 lebih kut, Johan sms aku bagitau Fariza dipindahkan ke KPMC, Kajang. Malam tadi gak dia selamat dioperate. Alhamdulillah...Johan sms lagi lepas tu, katanya semua selamat. Erm...yg itu pun insyaAllah selamat. AMIN.

To my dear friend, Fariza- lepas ni jaga makan ek! jaga kesihatan juga...


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

1 comments:

Pok-Din Inc said...

harap kawan aku ni cepat sembuh..
amin..



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi