Tuesday, December 30, 2008

Sayonara 2008

Salam Maal Hijrah. Alhamdulillah, sudah 1430 tahun Hijrah selepas penghijrahan Nabi SAW. Tahun Masihi pula, esok akan bermula tahun 2009.

Rasenye banyak perkara dan peristiwa yg telah kulalui sepanjang tahun ini. Alhamdulillah, gembira bila semuanya berlalu dengan baik.

Bila diingat-ingat kembali, berikut adalah rentetan perjalanan tahun 2008 ku...

01.01.08
Hari pertama dalam tahun ini, aku di rumah baru je tamat my studi kat Uniten. Tunggu result
project 2 lom kuar. Erm...berdebar gak tunggu result interview dgn Alaf 21.

07.01.08
Lapor diri kat Alaf 21 sbg e-designer kat situ. Dapat gak keje, 1st job ni. Walaupun pernah
jalani praktikal di sini, tapi bila diterima sbg pekerja dah lain situasinya. Expectation orang
pun berbeza :)

14.03.08
Aku telah sah dinikahkan dengan suamiku, Mohd Sazli pada 9.45 malam. Berdebar saat bersentuhan kali pertama dgnnya =) Saat bergelar isteri, aku sudah tekad untuk menjadi isteri yg terbaik
buatnya.

15.03.08
Majlis kenduri di pihakku. Segalanya berjalan lancar, rakan-rakan ramai yg hadir memeriahkan
majlis yg sederhana.

16.03.08
Pra hanimun kat Port Dickson selama 2 hari.

22.03.08
Majlis kenduri di pihak suamiku. Juga berlangsung dengan meriah dan sederhana. Makan beradab sambil duduk bersila dan bersimpuh =)

06.08.08
Berita yg semestinya ditunggu-tunggu olehku dan suami. Aku disahkan hamil 5 minggu oleh doktor. Alhamdulillah...

24.08.08
Hari Konvokesyen pelajar-pelajar Uniten. Aku dan rakan-rakan dikurniakan ijazah dalam bidang
masing-masing. Paling best ditemani ibu, abah dan suami tercinta.

01.09.08
-Pagi pertama 1 Ramadhan bersahur dengan suami. Agak berbeza suasananya, dulu ibu yg kejutkan sahur. Now, kena kejutkan suami bersahur bersama.

-Aku menyerahkan notis perletakan jawatan kepada bosku. Tujuan utama notis itu kerana ingin
tinggal bersama suamiku. Keputusan dibuat setelah berbincang bersama keluarga dan tentunya
bersama suami. InsyaAllah, akan ada peluang lain untukku di Paka.

26.09.08
Hari terakhir bersama rakan-rakan di opis. Sedih gak nak meninggalkan semua. Banyak kenangan yg dilalui bersama, tapi apakan daya setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

01.10.08
Pertama kali beraya sbg seorang isteri. Giliran tahun ini di rumah keluarga suami. Sedih sangat pagi hari raya tu, nangis di samping suami sbb tak dapat bersama ibu, abah dan adik-adik di Johor. Pertama kali berjauhan dengan mereka di pagi raya.

Dan banyak lg peristiwa yg berlaku sepanjang tahun ini. Tak terlarat rasenye nak senaraikan semua. Mudah-mudahan tahun ini memberi banyak pengajaran dan kebaikan kepada kita semua. Sama-sama kita jadikan panduan untuk tahun-tahun yg akan datang, insyaAllah...

Selamat tahun baru Maal Hijrah dan juga Masihi!

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi