Wednesday, June 25, 2008

Wiken yg meletihkan tapi best...

Sabtu baru lepas ni, aku pegi mengurut ditemani Kak Nor kat umah Kak Fazilah. Alhamdulillah...rasa sihat sikit badan, sengal2, letih2 tu dah kurang. Lama gak aku tak berehat macam hari tu. Tiap2 minggu mcm2 program dgn hubby or famili.

Balik from umah Kak Fazilah, sempat pegi lunch kat Seri Bunga restaurant at TTDI, Shah Alam tu. Lapar perut pas urut. Sampai umah, terus rehat2 n tido. Petang tu bawak Alya n Iman pegi jalan2 sambil lepak makan kat Day n Night Circle at seksyen 11. Abg Joe la belanja makan tauhu bakar n kopok lekor. Nyum3...

Esoknya, Sunday.. Kak Nor ajak teman dia pegi opis kat UITM. Then, jalan2 kat Plaza Alam Sentral. Masuk kat Nagoya Textiles. Saje usha kain2. Ramai gak manusia time tu. Aku sempat beli kain cotton 2 pasang tuk aku n my sis. Cantik!! -alamak, tak amik gambo kain tu, kalau tak leh post sini :)

Petang tu, Kak Nor ajak lagi sekali pegi Nagoya dgn Mak Long. Dia nak beli terus kain yg dia admirer pg tu tuk buat baju raya. Almaklumlah, mereka nak tempah ngn Kak Sue, our cousin yg duduk kat Johor tu. Takut lambat2 kang dah tak sempat. So dapatlah mereka membeli beberapa pasang kain khas tuk raya nanti. Wah! terasa letihnya sepanjang wiken tu. Rasa cam jalan jauh je..hehe..

Friday, June 20, 2008

i Miss hiM

Yesterday morning, my hubby sms he said, YTN will proceed to pay my study fees for last semester. Alhamdulillah, Im so happy with it. It's means my prob will settle, insyaAllah.

Then, actually since last Tuesday I got a batuk2. Dunno why, but it comes when Im all alone without my hubby beside me. I try to pretend like as usual, dont want to spoil my mood for the whole week.

This weekend, as for me or my hubby...will not see each other. I need some rest, massage maybe. Im going to have some relaxes n leisure tomorrow, hopefully can. May be, we just see each other by next week. We'll miss each other so very much! I miss him so much right now! How should I tell everyone that I cannot stay like this anymore? I want to stay with him...I want him! It hard to stay apart, it so long distance relationship.




Monday, June 16, 2008

Cerita Shah Alam - Paka

Hari Khamis petang husband call, katanya tryla apply cuti dgn bos utk hari Jumaat. Tapi kalau tak boleh, takpe. Aku pun dgn slow2 nye menyelusup ke dalam opis bos. Form tak isi lagi masa tu, try nasib kut dia bg cuti barula aku isi. Cakap elok2 sikit ngan bos, finally aku dapat gak cuti walaupun cutiku tanpa gaji - lom confirm mane de cuti tahunan.

Jumaat pagi2 lagi dah kuar rumah menuju ke komuter Shah Alam. Ramai gile manusia berasak2 nak ke tempat keje, aku pun dihimpit2 macam tin sardin dah rupenye. Sampai KL Sentral baru clear sikit orang n Alhamdulillah dapat gak aku duduk hingga ke stesen Putra.
Then aku terus je ke kaunter tiket Transnasional, n Alhamdulillah dapat tiket ke Dungun jam 9.30am. Maka bermulalah journey ku ke pantai timur. Almost 5 to 6 hrs gak ikut LPT. Sampai Paka around 2pm lebih. Husband amik kat tepi jalan masuk ke kuarters TNB.

Walaupun sekejap dapat jumpe hubby, tp so far oklah. Dapat merasai kehidupan macam suami isteri yg lain di rumah sendiri. Kalau tak, selama ni kami berjumpa pun kat kampung dia or kampung aku je. Aku kemas2 apa yg patut kat rumah tu, tp rumah tu dah sedia bersih just selerak sikit. Ada hikmah gak kenapa hubby duk beriya2 ajak aku balik Paka. Rupe2nye dia demam, selseme n batuk. Teruk gak demamnye, sampai kene tutup air cond dalam bilik n berbaju tebal. Tugas aku as a wife, picit2kan kepalanya n badannya. Nak dijadikan cerita, sebenarnya petang tu hubby ajak lawan badminton kat court badminton tnb. Bersungguh2 mainnya, tup2 balik dari game, dia kata badan rase sejuk. Terus terbaring pas Maghrib. Sian hubby, cancel plan asal malam tu nak g makan sea food kat tepi pantai. Alhamdulillah, rasanya hubby dah sihat skit hari ni just batuk je lom baik sangat.



Wednesday, June 11, 2008

Here in My Home

Grab from You Tube..nice song..



Malaysian Artist for Unity

aku STRESS!!!

Got some problems, dunno what to say..all about my study loan.

aku chek ngn pihak tmpt aku studi dulu, they said ada baki belum bayar sebanyak RM3K++. Err..apsal pulak gitu? they said, diorg dah anta invois ke yayasan tu..tp dipulangkan semula. What's the probs actually?

then aku cl lak yayasan tu, jelaskan details yg berlaku n mintak they all check. diorg kate nanti nak cl back..tak taula bape lame kene tunggu. tensen aku arini..terus berubah mood aku. yalah, kalau tak settle all debts..aku tak leh konvo n one think, mana aku nak gali lubang cari duit sebanyak tu. aku pun baru je start membayar balik loan aku masa diploma sebnyk RM100 per month. saving pun baru berapa ratus yg aku ade..

so sad..aku ingat dah settle smua probs ngn universiti n yayasan, tp camni lak jadinya. ni yg buat aku rase tak mahu meminjam langsung ngan mana2 pihak. tapi biasala..hidup kalau tak berhutang bukan hidup namanya..dah jadi adat utk semua org, kecik2 dah diajar meminjam or berhutang dgn org lain.

aku nak g ngadu ngan Allah Taala, because DIA lah tmpt paling utama utk kita mengadu.

-the end-

Monday, June 09, 2008

Budget per month

Secara kasarnya kira2 ku beginila..tak termasuk yg bukan2 lg..ni pun lepas discuss ngn hubby..same2la bantu membantu..

Budget per month (revise) :

Makan/minum - 300
Parents - 200

Adik2 - 100

Shopping - 200
Mak Long (tumpang rumah dia) - 100

Belanja dapur - 50

Tol pegi balik kampung Perak or Johor - 200

Study loan Yayasan Tenaga Nasional - 100 (banyak bayar, cepat skit abih)

Saving - 150


err..1400 tu totalnya..gaji bape sen je ade..adeh..kena wat keje sampingan ni or tukar keje yg lagi mahsyuk payment nye..tengokla bagaimana nnti..usaha tangga kejayaan..insyaAllah dipermudahkan..

Ni
pun dah puas jimat cermat...


Thursday, June 05, 2008

Minyak Naik

Semalam after office hour time tu ujan lebat, kak nor sms.."Dh sampai..", it's means kak nor dah ada kat bawah. So akupun bergegas turun bawah n punch out. On the way back, kak nor kate petrol price dah increase..alamak..ye ke?bukan sikit2 naik..dekat 80 sen tu..isk3..

Abg Jo pesan kat kak nor pi bubuh minyak b4 nite, dah sebab ujan lebat..dia malas nak stop gitu je. Cuak gak kang kena petir ke ape..So sampai umah je, aku lepak2 jap then dalam kul 7 tu sms hubby.
"Abg,minyak dah naik ek?" then hubby reply, "Ye kut, mlm ni abg nak kena isi ni..sian abg:).."cam tu la bunyi sms yg kami berbalas. Pastu aku pun bz sms adik2 ku yg ade kete si Anuar n Amin. Anuar tu tak pe gak sebab dia bekerja tp pakai waja tu..tak tahan..Amin lak tgh studi lg..nampaknye pasni, kete kembara abah tu kena dipulangkan semula kepada abah sebab dia tak mampu la kut nak bayar duit minyak :P

ni dalam Utusan Online - gambaran situasi semalam, orang beratur panjang nak isi minyak

Malam tadi hubby call, sembang2 jap..tak dapat isi minyak sebab jammed teruk kat area umah dia. Semua orang bz beratur nak isi minyak..pastu dia kata, elektrik pun akan naik sebab kalau tak naik..TNB lak yg akan gulung tikar.

Banyak kesan harga minyak naik antaranya kena cut cost n revise our budget monthly. Sian kat hubby, dia kena ulang alik Paka-KL or Paka-Perak or Paka-Johor. Same2la kita berjimat cermat.

Monday, June 02, 2008

Wasiat Rasulullah SAW

BEBERAPA WASIAT RASULULLAH S.A.W KHUSUS UNTUK WANITA

1. Wanita yang taat pada suaminya, semua burung-burung di udara, ikan-ikan di air, malaikat-malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfarlah bagi-nya, selama mana ia masih taat pada suaminya dan diredhai-Nya.

2. Wanita yang bermasam muka, menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita tersebut dimurkai Allah, sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

3. Wanita yang lari dari rumah suami-nya, tidak diterima solatnya, sehingga ia Kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya meminta maaf.

4. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan melintasi satu kaum (lain, yang ajnabi) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina dan setiap mata memandangnya itu berzina.

5. Wanita hendaklah mendahului hak suaminya atas hak dirinya sendiri dan seluruh kaum kerabatnya.

6. Wanita yang berkata pada suaminya “Tidak pernah aku mendapat dari mu satu kebajikan pun “Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun. Walaupun ia berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari.

7. Wanita apabila mulai sakit untuk bersalin, maka Allah mencatitkan baginya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah.

8. Wanita apabila solat lima waktu , puasa sebulan Ramadhan , memelihara kehormatannya, serta taat akan suaminya ,masuklah ia dari pintu syurga mana-mana sahaja yang ia kehendaki.

9. Wanita yang sebaiknya ialah apabila engkau memandang, akan menggembirakan engkau, jika engkau menyuruh ia taati dan jika engkau berpergian, dijaganya harta engkau dan dirinya.

10. Wanita yang meminta suaminya mentalakkannya dengan tiada sebab yang dibenarkan syarak’, haramlah baginya bau syurga.

11. Wanita apabila dipanggil ke tempat tidur, tetapi ditolaknya, maka marahlah suaminya; akan tidur wanita itu dalam laknat malaikat hingga ke pagi.

12. Wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya, akan berada dalam kemurkaan Allah hingga ia kembali ke rumah atau di redhai oleh suaminya.

13. Wanita yang mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.

14. Wanita yang bersolat dengan tidak mendoakan suaminya, maka akan ditolak solatnya.

15. Wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

16. Wanita yang membuat kebajikan pada suaminya , dengan meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengeratkan kukunya , memberi minum , Allah akan sediakan dia dari sungai-sungai syurga , serta diringankan Allah baginya sakaratul-maut dan akan didapatinya akan kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga , serta mencatatkan Allah bagi kelepasan dari neraka dan selamat ia melintasi Titian Siratul Mustaqiim.


17. Wanita yang menderhaka ialah apabila menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya , keluar rumah tanpa izin suaminya , samada suami ada di rumah atau tidak , keluar belajar 'ilmu yang bukan fardhu 'ain , enggan berpindah bersama suami , mengunci pintu tidak membenarkan suami masuk ketika suami ingin masuk , bermasam muka ketika berhadapan dengan suami , minta cerai , bercakap kasar , berpaling atau membelakangi ketika bercakap , menyakiti hati suami dengan perkataan atau perbuatan , meninggalkan tempat tidur , benarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai suami.

18. Wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan ia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya, kerana ia memuliakan suaminya di dunia, maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapinya.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi