Wednesday, September 24, 2008

Monday, September 22, 2008

Cuti-cuti

Lama tak menulis..last week aku amik cuti 3 hari balik Johor jenguk ibu n abah. Gerak sebelum Zuhur dan sampai beberapa minit b4 waktu berbuka. Hubby drive leh tahan gak laju, sib baik takde road block. So dapatlah berbuka bersama2 wlupun adik2 yg lain tak de.

Hari kedua bercuti aku cam mengidam nak minum air katira, so ape lg.."Abang, jom teman pegi bazar Ramadhan cari air katira..." erm..suami mana yg sanggup tengok wife nya kempunan, so ape lg..jejalanla kat bazar tu kejap. Dapat gak beli murtabak tak de bawang..hehe..

The next day, petang pas Zuhur bermulalah episod membuat kuih bahulu. Pukul punya pukul telur tu ada dalam 45 minit gak. Pastu aku ngn husband yang sibuk membakarnya kat dapur. Ibu just guide je ape2 yg patut. Memang tak leh lupela pengalaman tu..rasa hepi sgt bila hasilnya siap beberapa jam later. Tapi biasela, org baru belajar...for sure ade yg hitam skit..hik3...lgpun dah lame tak wat kuih bahulu ni...

So for his year, pertama kalinya aku akan beraya di kampung husband. Erm...mesti meriah bila raya kat kampung..dah lame tak merasa beraya di kampung2 ni...=) untuk sahabat baikku yg akan join da grup, Ms Fariza..tahniah n selamat pengantin baru...aku tak dapat ke kemunting sbb hubby aku kene stand by raya ke 3. Tak lupe gak tuk Farizah yg akan melangsungkan perkahwinan pd raya ke 4 kat Kelantan. Semoga semuanya slamat insyaAllah...

Tuesday, September 09, 2008

Cerita Bulan Puasa

Alhamdulillah...bulan pose ni murah sungguh rezeki. Time berbuka kalau kat umah Mak Longku tu tak pernah sunyi, mesti meriah dan penuh dgn juadah. Adakalanya, Kak Nor akan masak main course cam nasi and lauk2, kuih2 pula dibeli di gerai atau bazar Ramadan. Kalau tak sempat memasak, maka kami tunjuk2lah makanan di kedai makan tp dibungkusla. Bukan apa, makan kat umah ni lg best walaupun kecil macam mana umah tu tetap rasa best!

So far, lom lg pernah berbuka di luar. Lgpun, bulan pose nila bulan paling mudah untuk kita berkumpul bersama keluarga (sedih sbb belum ada peluang nak puasa dgn mak abah). Bulan beribadah. Cuba bayangkan kalau kita berbuka kat luar, kemudian terkejar2 nak balik umah utk solat Maghrib atau cari surau berdekatan atau ada yg 'MALAS' sgt, langsung burn je solat tu. Apala gunanya pose tp solat yg wajib pun tak mampu nak dilunaskan. Membazir je tahan lapar sepanjang hari.

Bagi aku pula, aku bersyukur sgt diberi peluang utk berpuasa sepanjang bulan ini. InsyaAllah akan kucukupkan sebulan Ramadan. Mudah2an segala amalan yg dilakukan sepanjang bulan ini akan mendapat ganjaran yg besar di sisi Allah SWT kelak. AMIN.

Wednesday, September 03, 2008

Salam Ramadhan

Selamat Berpuasa kpd semua rakan2, adik2, dan lain2...hari ni dah masuk hari ke 3 Ramadan, moga2 kita dapat keberkatan dalam setiap amalan yg dilakukan, insyaAllah...

1st time dapat berpuasa dgn hubby. Sian dia kene masak sendiri tuk berbuka dan sahur... Maafkan bini abg ni yer...


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi