Tuesday, January 20, 2009

Holiday n Happy Birthday, Abang

Berjalan-jalan di sekitar Penang memang memenatkan tambah pulak perut dah semakin membesar dan sakit pinggang bila berjalan terlalu lama. Tapi, macam mana pun puas sangat dapat berholiday di sana. Abang booking apartment TNB kat THE REEF, Batu Feringgi for 3 days, 2 nights. Stay kat tingkat 15 so dapatla merasa angin laut kat sana walaupun aku tak join mandi laut :) Famili abang pun turut serta dalam percutian ni untuk memeriahkan lagi suasana.

Sebelum balik, bergambar kat depan The Reef...


Mandi-manda kat Teluk Bahang...

Mandi laut, jalan-jalan sekitar Penang dan Taman Rama-rama...huh, kalau ikutkan tak cukup 3 hari tu. Tapi tak perla, next time boleh datang lagi since Kak Long abang pun stay kat Balik Pulau. Erm, Pak Usu belah ibu pun menetap di sana. Heh, famili aku kan asal sana, sebab arwah atuk tu dulu asal sana. Ada macam cucu mami tak aku ni? hik3...


kat Taman Rama-rama, Penang...


The Reef Apartment - besonye perut Cik Huda :P


Then, semalam birthday abang. Alhamdulillah, abang dah semakin meningkat umurnya :) Pagi-pagi semalam aku dah wish birthday kat abang.

Hehe...malamnya kami pergi beli kek birthday untuk abang. Beli yang small one je sebab nak makan untuk 2 orang. Celebrate pun kat rumah aje dan hanya berdua :) Aku petik sepatah dua kata ucapan abang before potong kek tu, " Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan anak yang ramai"... Aduh, anak yang ramai tak larat didengar tu...hehe...mudah-mudahan yer bang, kita berusaha dan berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja. InsyaAllah. I
l o v e U so much, sayang!

Kek bitrhday abang...nyum3 sedapnya...



Potong kek yer...comelnya kek :)


Dan bermula beberapa minggu yang lalu, aku dan abang dah start MEMBOIKOT beli barangan buatan US dan mana-mana yang menyokong Israel laknat tu. So, tak delah makan KFC, Mc D lagi pasni...nak ayam goreng wat sendiri. Lagi sedap dan sudah pastinya kita yakin bersih dan halal :) Jom sama-sama memboikot!


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

The Mrs-Bride said...

hi huda! been reading ur blog lama dah.. tp lama x jenguk, tup2 dah besar dah perutnya.. :)

well, due date biler nih? march ek?? good luck tau.. selawat byk2 bila time sakit2 tu..

hmmm nit & hubby pun dah lama start boikot barang2 US tu. McD & KFC mmg lama giler lah tak rasa.. Starbucks pun lama dah tinggal.. sedey jer tp wut to do. .tu jer la yg mampu buat kan..

well, take care!! :)

Huda @ NuraNa said...

hai nit! due date insyaAllah on 4th April. tgh sarat dah ni :) harap2 smuanya selamat..tq ek!

take care too yer :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi