Friday, January 23, 2009

Pergi Klinik

Alhamdulillah, pagi tadi jalan-jalan kat pekan Paka tengok-tengok Klinik Habibah tu bukak. So, ape lagi, abang pun parking kereta tepi jalan. Tak ade patients kat klinik tu. Hehe...sebenarnya klinik ni aku first time pergi. Doktornye best gak and banyak bagi advises tentang pregnancy. Doktor pun chek cam biasa yang aku buat monthly, tekanan darah ok, berat ok...hehe... then scan baby. Doktor kata baby ok, jantung dia degup normal. Kali ni dia tidur n kakinya kat belah kanan rahim aku. Patutla suka menendang umi kat belah kanan :) Doktor try scan jantinanya...erm, memang suspenla. So, doktor kata adalah 60% may be girl n the rest tu may be boy. Aiseh, baby...baby... tak perla, kita tunggu saat kelahirannya nanti.

Urine test pun Alhamdulillah ok. Pas tu, doktor panggil balik masuk. Alamak! kene injection la pulak. Ape tah nama injection tu (lupa walhal doktor sebut tadi), tapi kenela inject once kita rase dah ada pergerakan baby. Doktor klinik lama aku dulu may be lupa nak bagi injection tu. Sakit gak kene cucuk, almaklum lama dah tak kene injection since form 3 kut. Darah nye hemoglobin cam biasela, gitu gak. For the next chek up, aku kene datang untuk amik GL nak pergi chek up kat Kuantan Specialist (planning nak deliver situ). Dengarnya, doktor situ ada 3 orang. Doktor Khalid, Doktor Suraya n seorang lagi doktor cina lelaki. Tengokla nanti camne...

Persiapan untuk baby, so far ada gak sikit-sikit. My mom kata dia tengah jahitkan barut untuk baby. Then, bengkung mak mertua dah bagi dah. Aku tak beli lagi set selepas bersalin, plan nya nak pakai set nona roguy. Nanti g belila... Maxi pun aku kene beli lagi, sebab doktor tak bagi dah pakai seluar (tadi kebetulan chek up pakai tracksuit) huhu...so pas ni kene cari another maxi or dress untuk memudahkan aku keluar ke mana-mana. Bukan apa, sian lak baby tu tak besar-besar nanti. Doktor ada gak pesan, kalau baring jangan menelentang nanti dikhuatiri baby boleh lemas (ada baca dalam buku 40 Hari Nan Indah). Sila baring mengiring kiri or kanan. Nak bangun dari pembaringan pun gitu, mengiring dulu baru bangun. Okla, see ya until next! :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

maksutimah said...

semoga sihat2 selalu ko n kandungan hendaknya

NuraNa said...

insyaAllah..tq maksu timah :)
bz ke ko?lame x nampak...



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi