Wednesday, January 07, 2009

Sana sini itu ini

Selesai sudah kenduri adik ipar aku yg berkahwin dgn suaminya, Hidir, orang Batu Kurau, Taiping. 2 minggu sudah rombongan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki berlangsung dgn meriahnya (gambar tak transfer lg dari camcorder). Ramai gak mak abah ajak kawan2 mereka ikut pergi menghantar. Aku rasa on the way balik tu ada lalu depan kawasan perumahan mak abah Fariza, tp tak surela betul ke tak. Sebab lalu Tasik Kamunting kut, ingat2 lupa. Biras aku tu tua setahun dari aku, kelakar gak bila dia panggil Kak Huda. Kalau panggil Kak Ngah lagi aku prefer kut. Hehe...takpela, asalkan saling menghormati.

Erm...pregnancy aku, so far Alhamdulillah. Nampak sihat, baby pun aktif. Macam2 gaya tendangan yg dia buat. Each time dia menendang tu aku akan response balik dgn usapan kat perut. Kadang2 ada gak bercakap2 dgnnya :) Rasa bahagia sangat bila wat camtu. Hubby pun selalu wat perkara yg sama dgnnya, biar dia rasa umi n abi nya dekat dgnnya. InsyaAllah seminggu lg masuk 7 bulan. Aku berdoa kesihatan aku dan baby sentiasa dalam keadaan yg baik dan tidak bermasalah. Sakit pinggang, ulu hati memang sinonim bg org mengandung ni. Sabar je...

Aku nak share sikit apa yg aku suka makan n wat sejak menjak mengandung ni...

1. aku tak mengidam, tp selalunya apa yg aku nak tu insyaAllah pasti akan dapat. Contohnya, baru2 ni tengok tv cerita pasal buah mangga. Aku cakap kat hubby nak makan mangga, esoknya dia beli 3 biji buah mangga.

2. suka sangat makan pisang goreng. tp ada gak hari yg aku tak makan pisang goreng, selalunya memang akan makanla kecuali tak jumpa pisang goreng.

3. usha baju baby kat website2 yg sedia ada, tp tak beli pun. suka tengok.

Jantina baby masih lagi dalam teka-teki sbb last time scan, baby duduk macam mane tah. Takpe, yg penting dia mesti sihat. InsyaAllah.

ps: Same-same kita berdoa untuk penduduk Islam di Gaza City, Palestin. Mudah-mudahan mereka akan terselamat dari Yahudi laknat dan peperangan berakhir segera. AMIN.

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi