Wednesday, February 11, 2009

Masa is time

Erm...ade ape dgn masa? Tak banyak orang yg concern about masa ni kan. Dulu masa kecik-kecik, kita selalu terpikir nak cepat masuk sekolah. Pastu bila dah pegi sekolah rendah tak sabar nak ke sekolah menengah. Masa tu macam semuanya nak dilakukan dalam masa yg singkat (kalau bolehla). Belajar di kolej, konvokesyen, pergi interview untuk kerja dan sampai masa jumpa pilihan hati yg sesuai lalu berkahwin. Bila dah kahwin for sure nak ada anak :)

Dalam teringat-teringat kenangan lalu tiba-tiba teringatkan yg suatu ketika dulu...erm, bacelah sendiri kat bawah ni...

Satu masa dulu,

- aku suka sangat mengumpul setem dari dalam dan luar negara (ada 2 album kut, mane tah)
- suka melukis dan mewarna (mestila lawa lukisan yg aku lukis tu kan :) )
- kuat merajuk bila tak dapat sesuatu yg diinginkan (makan hari gak bila merajuk tu)
- cepat naik angin bila tak jumpa barang yg dicari (habis selerak 1 bilik atau rumah)
- tak suka tengok kawan yg paling karib rapat dgn kawan-kawan lain (nak dia aje dgn kite)
- cerewet tentang makanan (sekarang pun cerewet gak tp takla obvious sangat)
- pendiam dan nampak macam sombong dgn org yg baru dikenali (sekarang ni try untuk jadi peramah dgn sesiapa aje)
- khatam Quran masa standard 4 (banggalah gak sbb leh khatam awal)
- suka tulisan khat (masuk competition dpt saguhati aje)
- pernah suka pakai tshirt and jeans aje (gaun-gaun dgn blouse ni tak mainla)
- pandai bodek cikgu-cikgu kat sekolah menengah
- pernah kena tuduh melempang kawan kelas lelaki masa darjah 1 (kalau aku jumpa budak tu balik aku lempang dia betul-betul)
- sekolah agama selalu exam dapat no 1 (sekali-sekala aje dapat no 2 or 3)
- pernah main bola sepak dgn kawan-kawan lelaki (darjah 4, kecik lagi tak pe)
- pernah disangka hilang ikut kakak sepupu bawak pegi jalan-jalan kat pantai Mersing
- aku pernah kena asma masa sekolah dulu (Alhamdulillah dah ok)
- kena sengat tebuan kat kepala malam-malam kat dalam rumah (lekuk gigitan ada lg sampai sekarang)
- kalau luka kat lutut masa main-main jatuh kat sekolah, balik tu mesti menyorok kat belakang rumah sapu ubat (takut ibu marah kalau nampak)

Wah, apa lagi yg belum disenaraikan ni...rasanya banyak lagi. Tapi biarlah dulu...ini pun dah kira banyak.

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi