Sunday, March 22, 2009

Baby at 37 wks

37 wks...Alhamdulillah takat ni tiada apa-apa masalah yg menghantui diriku dan juga baby. Contraction sikit-sikit tu adelah rasa yg kadang-kadang membuatkan aku rasa macam nak baby keluar time tu gak :) Bukan apa, tak sabar nak tengok dia...hehe...As for now, baby dah memenuhi ruang dalam rahimku (supposela kan)...

Petang semalam chek up kat KSH. Appointment with Dr. Hj. Khalid, O&G kat situ. Alhamdulillah semuanya ok dan tiada masalah. Dr. Khalid chek baby, kedudukan kepala baby masih di bawah. Tp belum masuk ke laluannya lagi. So, tunggu je la bila-bila masa dari sekarang. Heart beat baby normal, saiz tulang peha normal, dan macam-macam lagi saiz yg doc amik. Kandungan air ketuban pun ok. Alhamdulillah. Aku dan abang senyum ajela tanda bersyukur sebab our baby tiada masalah. Before balik tu, doc pesan kalau dah sakit-sakit tu terus call dia cakap dah on the way. So, nanti doc akan prepare yg sepatutnya kat hospital :) insyaAllah... Then, aku sempat lagi tanya doc...

"Saya ni boleh jalan jauh lagi kan doktor?..."
"Erm, nak ke mana?"
"Pergi KL jap, ada hal..."
"Ok, kalau macam tu...beg-beg semua mesti dah masuk kereta, kad chek up tu bawak aje pegi mane-mane...if dah sakit, just pergi mana-mana hospital yg nearest..."
"Tq doc!..."


Abang pulak mencelah,
"Dia ni memang kaki jalan doktor...tak reti duduk diam :P "

Hehe...itula ceritanya semalam. So, after chek up tu aku dan abang gerak ke Sepang sebab anak sepupu abang meninggal dunia. Sampai Sepang around 8pm dan kami terus join kenduri arwah. Pukul 12 gerak balik Johor, sampai rumah at 4am pagi tadi. Wah...letihnya tak ingat...lepas Subuh bantai tidur laki bini till 11am :) Lama dah tak balik rumah, rasa seronokla pulak...hik3. Rindu rumah...

*Post ni hari Jumaat tulisnya, tp blogspot ade problem...hari ni baru dapat publish...

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi