Wednesday, March 04, 2009

Cerita 35 minggu

Aku di Port Dickson tatkala post ini kutulis, mengikut abg outstation. Petang semalam sampainya, along the way from Paka hujan lebat dan juga gerimis mengundang. Dah lama tak hujan macam sekarang ni, before this kan musim kemarau melanda.

Aku dah pergi chek up malam sebelumnya kat Klinik Habibah. 35 wks dah minggu ni. Lately, kepala selalu pening. Doc kata tekanan darah normal, Alhamdulillah. Risau gak aku kut darah tiba-tiba naik, tapi rupa-rupanya tidak. Maybe disebabkan cuaca yg tidak menentu dan terlalu panas telah menyebabkan kepalaku pusing. So, doc pesan minum air banyak dan rehat secukupnya. Time scan baby memang aku suka :) Melihat keadaan baby yg sihat dan tiada masalah adalah harapan aku setiap kali scan. Then, macam confirm betul je that our baby ni ialah tutt... (maaf, buat masa ini biarlah kami rahsiakan dulu)...dah 2 org doc yg nampak begitu. InsyaAllah...aku dan abg tak kisah girl or boy asalkan our baby ni sihat :)

Kick chart baby masih lagi normal, within 12 hours keaktifannya amatlah positif. Doc pesan, if dah slow tu kenala pergi chek. InsyaAllah aku akan ingat pesanan itu. Now pun baby tengah menendang :) Aii..takkan dah lapar kut, umi baru makan nasi goreng 2 pinggan pagi tadi :)

Next chek up is on 15th March...time tu kalau mengikut kiraan aku akan masuk 37 weeks of pregnancy. Tak sabar rasanya nak tunggu untuk next chek up :) InsyaAllah...Till next...



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi