Tuesday, March 24, 2009

Menghitung Hari

Minggu ke 38. Alhamdulillah, masih lagi diberi kekuatan dan kesempatan untuk meneruskan kehamilan :) Tapi kalau ikutkan hati, dah tak sabar nak tengok baby. Hik3...alahai baby umi, apa kabarla agaknya? Due date tinggal 12 hari je lagi...

3 days ago, pas balik from Johor, aku alami sakit perut yg amat, aku fikir-fikir ni sakit sebab nak bersalin ke? Suspen je kan ayat...then 2-3 kali gak keluar masuk toilet. Call ibu tanya, ibu kata mungkin gak tu. Dulu pun masa nak bersalin kan anak sulung, perut ibu memulas-mulas tapi tak nak membuangpun. Huhu...same case ke aku dgn ibu? Tapi tak lama tu dah ok dah...Alhamdulillah. Kaki bengkak tak? Ni Mama Fariza ada tanya last week. Aku pun tak berapa nak sure pasal kaki bengkak ke tak. Tapi nampak cam sembab tu ada. Wah! Risaunya batin ini! Malam pulak dah macam kena insomnia, susah sikit nak tido. Termenung sana, termenung sini. Yg pelik tu, siang-siang ni kalau tak hadap laptop mudah sangat rasa nak lelap :)

Then, ada gak kadang-kadang rasa sakit kat ari-ari ni. Tak taula apa sebabnya, tapi sekejap-sekejap aje. Sesak nafas selalu gak rasa, tapi pastu aku akan cepat-cepat tarik nafas supaya dapat bernafas dgn baik. Banyak sungguh simptom yg aku rasa bila dah dekat dgn due date ni yer...mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja. Aku macam ada instinct baby nak kuar minggu ni tapi tak taula kut betul ke tak. Baby still lagi bergerak aktif sesuka hatinya. Hehe. Abang pulak hari ni katanya nak ke Kajang... outstation, for sure aku kena ikut sebab tak de sape-sape kat rumah ni.

Kita tunggu dan lihat sahaja...insyaAllah semuanya akan dipermudahkan. AMIN.

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi