Sunday, March 08, 2009

Sensitif ke?

Aku tak sure wanita-wanita lain yg mengandung juga mengalami keadaan yg sama seperti aku. Adakalanya mudah terasa dan sensitif dengan keadaan dan persekitaran. Yg aku perasan, since preggy ni if abg tibe-tibe 'terKERAS' or 'terGARANG' sedikit dgnku pastinya few minutes selepas itu, aku akan berubah air muka dan start bergenang air mata :) Erm...bila dah nampak air mata mengalir tu abg akan cepat-cepat peluk aku untuk menenangkan. Memang kelakar kalau diingat-ingatkan sebab rasa diri ni macam kanak-kanak pulak. Pantang kena tegur mesti nak menangis. Tapi itulah yg berlaku. Aku lembut sangat hati dan mudah terasa. Masa awal-awal kahwin dulu, tak kisah pun kalau abg 'terKERAS' or 'terGARANG' malah buat muka selamba lagi sambil senyum tahu diri ni dah buat salah (selalunya abg tegur tu berSEBAB, bukan saja-saja).

Aku takut gak kalau sifat-sifat macam ni akan diwarisi oleh bakal baby. Mudah-mudahan tidaklah, biar dia jadi sedikit KERAS atau TEGAS macam abinya :) InsyaAllah... Tapi tulah, orang-orang tua pun selalu berpesan amalkan baca Quran supaya hati kita selalu tenang dan senang ketika mengandung ni. Salah satu cara juga untuk prevent kita dari mudah TENSION, darah tinggi or apa-apa yg pelik.

Kesimpulannya, tepuk dada tanyala iman :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

maksutimah said...

bila due ko ni??? boleh aku melawat nnt

Huda @ NuraNa said...

4hb 4 due nya..insyaAllah aku akan calling2 smua kwn2 bile dh nnti :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi