Friday, May 29, 2009

Aqiqah for Husna

Perkara: Majlis kenduri kesyukuran dan aqiqah Afifah Nurhusna
Tempat: Rumah Tok and Wan, Kg. Gajah, Perak
Tarikh: 23 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 10am-4pm


Ala comey pakai baju kurung :)

Last Saturday, a big day for Husna. Kenduri aqiqah for her. Alhamdulillah, ada rezeki untuk buat aqiqah Husna. Dia pun macam faham je, dan tak meragam hari tu. Husna dipakaikan baju kurung yg dijahit oleh nenek (my mom) :)


Buaian untuk Husna...

Abah abang jemput ramai orang kampung ada dalam 100 orang jemputan. Indah berseri buaian Husna, tu hasil kerja tangan decorated by Nenek, Mak uteh Husna, Makcik siah dan juga Wan. Paginya marhaban untuk orang perempuan. Since Husna tak pernah lagi naik buaian, so masa naik buai tu Mak Yong Mi (bidan merangkap sepupu abah abang) yg naikkan. Naik je buai si kecik tu terus tidur...adeh...syok kut sebab kena buai dan dodoi :)


Husna didodoi dan dibuai...

Selesai marhaban orang perempuan (ada dalam 3 jam kut :)), semuanya dijemput untuk jamuan. Petangnya selepas Zuhur giliran orang lelaki pula yg marhaban. Tapi sebelum tu diadakan bacaan doa untuk keluarga. Then, lagi sekali Husna didodoikan di dalam buaiannya :) Memang meriah suasananya masa tu, Husna pun iyekan je...tak banyak hal.


Sedikit cenderahati untuk tetamu...


Bubur kacang, jelly, kerepek pisang n mug...

Alhamdulillah, kenduri aqiqah Husna berlangsung dgn jayanya. Dan ada juga rezeki untuk Husna pada hari tu :) Amin...



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

1 comments:

Mask-roll said...

dah buatcukur ek...best nye cukur dia..ade nuai hias2 lg...heheheh.
aku tgk mase lahir muke ko..lame2 muke ayah dia...heheheh. anak pmpn ikut muke ayah....ni pon ayah aku ckp sejuk gak ni....(mcm2 ayah aku ckp kan..heheheh)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi