Tuesday, May 19, 2009

Selesai sudah 44 hari

Tempoh berpantang bolehla dikatakan sudah selesai selama 44 hari. Alhamdulillah, proses yg dilalui tidakla sekejam mana :) My mom takla terlalu TEGAS. Masih boleh tolerate dgn anaknya ni. Hehe... tp ibu kata dulu masa zaman dia berpantang arwah nenek sangat tegas dgnnya. Dan aku takla mengambil kesempatan atau pandang enteng dgn amalan pantang ni. Ikut juga :)

Yg paling aku ambil berat ialah kesihatan diri. Dalaman dan luaran. Pemakanan seawal lepas melahirkan Husna aku kena makan nasi panas yg ibu sediakan. Makan nasi tak leh tambah, tp kalau tak abih tak pe :) Lauk pulak, ibu masakkan lauk ikan or ayam kuah singgang atau sup dimasak dgn lada hitam. Pada aku, ok je lauk2 macam tu sbb tak berlemak. Aku prefer yg berkuah takla kering je nasi tu. Selain tu, supplement yg diambil vitamin dan juga jamu nona roguy. Hari keempat bersalin aku dah start berurut. Panggil tukang urut merangkap bidan juga, Mak Yah. Tak larat kalau dibiarkan lama2, badan lemah sangat dan urat2 tegang. Alhamdulillah selesai 3 hari berurut badan dah sihat, perut pun dah ok. Erm...sebut pasal berat, hehe...nampaknya berhasil juga program diet ciptaan sendiri. Berat dah turun tp masih belum mencapai target yg diidamkan. Masih dalam proses penurunan, takleh lah drastik sangat kan...nanti baby pula tak cukup makan :)

Husna ada satu tabiat tidur. Dia kalau dibiarkan tidur sambil meniarap insyaAllah lama sikit tidurnya. Tapi kalau tak tiarap, erm...ada dalam 2-3 min je dia tidur. Malam ada kalanya dia takleh tidur kalau ada masalah macam sakit perut. So, kenala pujuk and dodoikan dia sampai dia terlelap. Then, masa Husna sebulan hari tu bawak dia pergi cucuk kat klinik panel. Beratnya masa tu dah naik 4.5 kg. Husna kena cucuk menjerit gak :) Tp sekejap aje, pastu dia sambung tidur balik :)

My lovely cousin, Kak Nor disahkan preggy lg :) Alhamdulillah, after chek up with Dr.Kham kat An-Nur, dia disahkan preggy twin. Mudah2 an semuanya selamat till end. Dan semoga bertambah rezeki famili Kak Nor dan dapat segera berpindah ke rumah baru kat Seksyen 7, Shah Alam. Also gud luck tuk Kak Nor yg nak sambung PhD next year. AMIN ~


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

5 comments:

zakiah said...

salam Ukhuwah

Welcome to mother's club...

Tahniah kerana berjaya habiskan tempoh berpantang...

Moga berjaya mendidik anak dengan baik.

CuppyCakeMommy said...

baby so cute..love reading ur blog..already add urs in mine..salam kenal ye..tak sabar nak tunggu for mine lil tiny tot to come out ni..

Huda said...

Salam ukhwah kak zack :)
insyaAllah..mudah2 an yer..

Cuppycakemommy - thanks :) nnti kite add u juga :)

hUdArLiNg said...

kak huda, congrats :) btw, Husna tu nama my sister. hehe. bagus maksudnya tu.

Huda said...

thanks huda :)
a'ah husna bermaksud baik..AMIN



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi