Saturday, July 25, 2009

Balimoon

Hampir seminggu juga aku tak update blog ni... bukan apa, sibuk jalan2 cari makan :) Emm..17.07.09, hari Jumaat aku dan abang bertolak ke Bali. Percutian yg lama dah kami plan since Husna lom ada lagi. Percutian ala 'balimun' :) Husna kami tinggalkan di samping atuk & neneknya di Johor sambil dibekalkan susu yg kuperah sendiri. (1st time berjauhan dgn my Husna...sedih sangat masa nak gerak dari rumah haritu) Percutian ini turut disertai oleh kawan2 abang - Busyem, wife & his aunt, serta 2 org berpangkat bos abang (seorang tu single and available lagi umur dah separuh abad) Boleh pulak masa on the way gerak from Johor tu dengar berita Jakarta dibom, tp tu kat Jakarta...very far from Bali.

kat LCCT before naik flight...mask sentiasa dipakai sbg langkah safety...

Sampai kat Bali dah malam, around 9pm camtu. So bos abang yg single dan juga kaya (banyak duit tp tak kedekut) tu telah bermurah hati sponsor transport (kijang @ innova kat Malaysia) and drove we all semua ke sebuah restoran masakan Minang. Halal lah kan. Bali ni susah sikit nak cari yg halal sebab 95% kut orangnya beragama Hindu. Kat mana2 kita boleh nampak patung berhala mereka, kat kedai2 lagi la...(smelly sikitla, bau colok diorang bakar kan) Lepas makan2, pak supir hantar kami ke hotel masing2. Me and abang stayed kat Dewi Sri Hotel. Not bad tempat ni. Ala resort gitu. Banyak gila omputih stayed situ gak. Dan one thing, hotel ini dekat sangat dgn tempat Bali dibom dulu. Legian nama tempat kiteorg stay ni, dekat dgn Kuta. Happening tak ingat masa malam minggu...dah rasa macam kat negara omputih. Kami keluar pun sebab nak beli air mineral pastu cepat2 ajak abang balik hotel, takut seh... :)



kat Dewi Sri Hotel...dah nak chek out masa ni...

2nd day kat Bali.. kami jalan2 kat Galuh (tempat shopping yg ada 50% diskaun) Ade lah beli sedikit2 barang. Kemeja & baju batik. Then, lunch kat satu tempat makan nama Natrabu. U all yg datang Bali, i recommend makan kat sini. Bagus. Sedap. Halal. Ada musolah. Makanan yg dihidangkan masakan Padang Minang. Harga berpatutan. Ada aircond juga :) Petang sikit, supir bawak kami ke Tanah Lot. Mak aih..sampai sana dah ramai tak ingat manusia. So apa lagi, inilah peluang nak shopping2 barang murah. Kat Malaysia ni macam kat Padang Besar la lebih kurang. Tp yg pasti kita kena pintar menawar :) Bila dah hampir jam 6.15pm (waktu sunset ni), semua ramai2 ke tepi beach nak tengok sunset. Maghrib masuk awal lah kan. Niat jamak. SubhanaAllah... indahnya ciptaan Allah SWT. Sempat dioffer oleh photographer jalanan untuk amik gambar berbackground sunset. Cantik woo...10 ribu rupiah je bayarannya :) Romantik gitu...

inilah hasilnya...gambar berlatarbelakangkan sunset...

3rd day bos abang yg 2 orang tu ke Surabaya. Mereka ajak gak kiteorg join sekali, tp kami tak dapat nak join. InsyaAllah nanti ada peluang lagi kami ke Surabaya pulak. Me dan abang chek out Dewi Sri Hotel then chek in kat Legian Express pulak :) Saja...hotel ni pun ok gak dan value for money :) Pastu, kami yg tinggal kat Bali ni telah sepakat nak habiskan hari tu di Nusadua. Main permainan air. Ada lah pakej2 tertentu yg disediakan. Me dan abang pilih nak scuba diving dan main flying fish. Pastu abang single main parachute terbang. Kat Bali ni tak perlu ada lesen pun boleh diving sebab kami dibantu oleh instructor yg terlatih. Lama tu kat dalam laut, 30 mins ++. Leh tahanla, tapi air dia keruh sikit tak macam kat Terengganu ni, jernih airnye :)


wakaka...macam pro je kan...dalam hati takut2 pun ada :)



sesudah flying fish...cuak kena terbang :)



abang main parasailing...


4th day, kami jalan2 ke Ubud pula. On the way to Ubud tu ada singgah banyak tempat perlancongan. Ubud ni macam perkampungan kraf la. Setiap kampung tu ada hasil kraf masing2. Kami singgah kat tempat orang buat batik, buat silver, lukisan dan ukiran kayu. Boleh puji orang sana sebab mereka sangat berbakat dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu kraf :) Sampai kat Ubud, kami sempat shopping2 sikit barang hiasan dalaman. Malam nya aku dan abang decided nak naik kereta kuda pusing2 Legian dan pantai Kuta. Pembawa kuda tawarkan harga 200 ribu, tp abang try tawar menawar finally 70 ribu aje bayarannya (my abang memang pandai bab2 duit ni) So pusing2la kami dgn kereta kuda tu.


makan seafood kat Jimbaran...halal...no fried, just steam and toast...lobster seh..

Last day kat Bali... emm... konon nak pegi spa, tp kan disebabkan ketidakcukupan masa, maka cancel lah nak berspa dan baliness massage tu. Pergi airport jam 2pm. Chek in pukul 5pm. Ada sebab kami pergi airport awal. Kami tak cukup cash, dan baru je dapat tau yg airport kat Indon ni dia punya tax tak include dalam flight ticket. So kalutla sikit kalau tak boleh bayar guna credit card. Then bila tanya2 kat encik kaunter pertanyaan tu dia kata bisa. Alhamdulillah...lega sangat. 150 ribu per person. Dua orang kenala 300 ribu kan. (mahal seh, tax kat airport Bali ni)

Arrived kat kL dalam jam 10.40pm. Alhamdulillah. Amik kereta, abang parking kat rumah 2 pupunya di Nilai dan drove balik Johor. Dah rindu sangat sama Husna. Sian dia, dah susut sikit anak umi. My mom kata malam2 dia susah tidur dan asik panggik 'emm mmak' je... :( Hingga ke hari ini pun aku dan abang dikurniakan kesihatan yg baik, Alhamdulillah...kita merancang, segalanya Allah Taala yg tentukan :)



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

1 comments:

mama tisya said...

salam..tq follow blog mama tisya...

bestnye p bali


pls vote for me di http://sereniety.blogspot.com/ utk Breastfeeding Photo Contest 2009 tq..my code BPC20 - Aimi Shalfarina aka mama tisya



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi