Friday, July 31, 2009

Shah Alam dan PD

Dah 2 malam aku kat kL. Tumpang stayed kat rumah my cousin at Seksyen 7, Shah Alam. Rumah baru Kak Nor :) Abg ada course kat ILSAS, Bangi. Cantik rumah Kak Nor. Ada sikit renovation dilakukan di rumah barunya tu, bilik2nya besar. Ucapan selamat untuk Kak Nor n famili sebab dah dapat rumah baru (lama dia tunggu nak ada rumah sendiri).

Petang semalam aku dan abg sempat ke Sungai Buluh tengok adik abg baru keluar wad. 4 hari kut dia kena admit kat Hospital Sungai Buluh sebab kandungan gula dia tinggi, pastu tak pasal2 pulak sakit perut hari tu dan demam. Doktor2 semua panik sbb dia preggy twin. Baru nak masuk 34 wks. Doktor masukkan ubat untuk matangkan paru2 baby2 dan macam2 lg ubat katanya. Kesian kat my sis in law tu, tp nak wat camne...preggy twins mmg tinggi risikonya. Doktor pesan kat dia before balik tu, kalau sakit perut lagi terus pergi hospital. Semalam tengok dia sihat dah sikit. Mudah2 an dia sihat seadanya.

So malamnya, aku dan abang ke PD pulak. Bermalam di rumah abg sepupuku. Abg ade kerja sikit kat TNBD Seremban. Tak malam ni maybe esok pagi kami balik ke Paka.

One thing lagi, Husna dah masuk 4 hari tak poo poo :( Ini amat merisaukan umi dan abah, Sebab 1st time Husna begini. Dah pergi klinik masa kat Shah Alam, doktor chek perutnya...tp tak keras. Husna tak meragam. Ceria sahaja. Tp kami as her parents pulak yg risau. Takut la kan. Doktor bagi ubat untuk dimakan. Doktor pesan, after 2 days kalau tak berkesan kena pergi klinik semula untuk pam keluar poo poo nya. Ya Allah! apakah dugaan yg Kau berikan kpdku ini? Kumohon padaMu Ya Allah agar Kau permudahkan segalanya. AMIN YA RABBAL ALAMIN.




KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

1 comments:

wanie said...

mungkin esok or husna akan kuarkan poo poo nye.. ;) akak jgn risau sgt ye..



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi