Thursday, August 27, 2009

Kursus Jenazah

Dari Allah kita datang, kepada Nya kita kembali...pagi tadi aku attend kursus jenazah anjuran Pelitawanis Paka ni. Alhamdulillah. Aku diberi nur untuk hadir ke kursus itu. Sambutan drpd kaum ibu juga amat memberangsangkan. Kuliah start jam 10am dan habis selepas Zuhur di Balai Islam kuarters kami ni. Husna kubawa sekali dengar kuliah :) (tak meragam, baik je)

Antara isi kuliah yg sedap didengar...
  • setiap yg hidup pasti akan mati
  • roh apabila hendak berpisah dari setiap inci jasad kita, dia akan menangis
  • malam pertama di alam kubur
  • bagaimana nak menghadapi kematian
  • cara2 mandi mayat dan kafan (step by step diajar)
itulah sedikit sebanyak hasil kuliah yg kuhadiri itu. Banyak lagi boleh share dgn semua tp yg pasti itu antara paling berkesan dalam hati aku. Yer! kita sbg manusia, wajib bersyukur atas nikmat Allah. Setiap yg terjadi adalah qada' dan qadar dari Nya. Belajar dari pengalaman. Bila kita diberi peluang untuk belajar sesuatu, maka tekunkanlah niat di hati untuk pelajari sesuatu itu.

Maka, bila kematian mendatangi kita atau keluarga kita kelak...insyaAllah kita boleh menghadapinya dgn tenang. Ilmu perlu diamalkan :)







Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi