Monday, August 10, 2009

Mohon kekuatan diri...

Serius virus ni dah semakin teruk merebaknya. Tak boleh nak salahkan mana2 pihak. Kes2 jangkitan tempatan pun makin banyak. Golongan berisiko macam ibu2 preggy, kanak2, baby2, mereka yg ada darah tinggi and kencing manis sangat digalakkan tidak keluar rumah selalu. Bahaya! Penyakit ni dah merata2.

Hari2 duk lawat web MOH nak tau update terkini pasal ni la. Sekarang ni dahla musim orang membeli-belah sebab dah nak puasa dan raya. Tambah pulak tengah mega sale. Adus! Sabar je la. Abang kata, kalau nak keluar kena pakai mask. Husna tu lagila, still baby. Tak leh nak keluar sangat2. Dengar2 kat Paka ni pun dah ada kes. Tp belum digembar-gemburkan. Ya Allah! Apakah sebenarnya yg sedang Engkau tunjukkan kepada kami semua? Apakah yg sedang Engkau aturkan untuk kami semua? Mudah2 an ini akan memberi keinsafan kepada kita semua, yg sebenarnya ajal maut, jodoh pertemuan adalah di tangan Nya yg Maha Berkuasa. Kita sebagai hamba Nya hanya mampu berdoa memohon kebaikan dan keberkatan. Kembali kepada Nya. Aku harapkan bulan Ramadhan yg akan tiba nanti dalam sedikit masa lagi akan memberi peluang kepada kita semua membetulkan apa yg salah, memperbaiki kualiti ibadat kita.

Malam semalam before Maghrib, aku sempat membaca al-Quran surah Al-Waqiah bersama terjemahannya. Ini memang surah favouriteku. Almost hafal keseluruhan surah. Tafsirannya banyak menceritakan hari qiamat.Yup! Hari qiamat. Itu yg membuatkan aku suka dengan surah ini. Sepanjang menghamilkan Husna dulu pun, aku suka baca surah ni di samping surah2 yg lain. Aku ingin mengajak rakan2 semua (yg berkesempatan dan berpeluang) untuk sama2 mengaji atau melakukan solat sunat. Mohon kepada Nya agar diberi kesihatan dan keselamatan diri. AMIN~

psst - my sis and sis in law nak konvo Sabtu ni, rasa2 macam tak dapat attend. Ramai orang dan Husna pulak kecil lg...







KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

Mask-roll said...

tula..aku pon risau giler... insyaAllah..same2 kiter doa supaya x jd ape2...

ni tandanya hari qiamat...
-wabak penyakit yg tiada ubat melanda 1 dunia... ONLY GOD KNOWS EVERYTHING....

** Perfect Love ** said...

kena jaga2.. wabak ni makin serius..
lagi2 baby kan..
take care for urself and of coz ur baby



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi