Thursday, August 06, 2009

Teman Pak Usu

2 hari sudah Husna dan umi ikut atok, nenek & Pak Anjang teman Pak Usu ada assessment kat Ilsas, TNB. Pagi2 lg dah gerak from PD (ada PD malam sebelumnya) ikut highway je senang terus exit kat Kajang dan tuju ke Uniten. Abah Husna tak ikut sebab ada kerja kat TNBD PD. Lepas Pak Usu register semua kami pergi breakfast kat food court Uniten yg kat sebelah masjid tu. Lama dah tak makan2 kat situ...rindu sgt zaman2 studi dulu. :)

Dalam pukul 9 lebih tu, Pak Usu Husna called. Dah siap exam. Dia nak tukar baju untuk part practice lak. Lepas2 tu, kami ni jalan2 ke Alamanda. Saje jalan. Sempatla window2 shopping kat situ. Husna macam biasala, kalau nampak lampu2 memang dia excited sangat tengok lampu :) Penat jalan2 kami pusing masuk carefour lak. Nak beli air (Dahaga seh berjalan je). Tak lama tu baru Pak Usu Husna called cakap dah settled semua. So kelam kabutla kami semua bayar2 dan dalam kalut2 tu sempat sambar dunkin donuts 5 biji, free sebiji lg :) Nyum3...nasib baik Alamanda dgn Uniten 7 minit je kut. Then, pas amik Pak Usu kami semua terus berjalan pulang ke PD. Mudah2 an ada rezeki untuk my lil bro tu pasni. Kalau dia lulus this phase, insyaAllah ada chance untuk diinterview pulak. AMIN...


Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi