Wednesday, September 02, 2009

Lagu Raya

This entry saja2 tulis. Bukan dalam mood raya pun. Huhu. Since dah besar2 ni plus dah jadi wife and mommy, raya tu just untuk anak je la :) Dulu2 lainla, time studi ke, rasa pilu je bila dengar lagu2 raya kat kampus.

Erm, nak share one story. Last year kan turn raya kat kampung encik abang. Okla. My abah and ibu ok je. Mereka leh accept yg anak diorg ni dah kahwin, ada 2 famili. Then nak jadi cerita, my belove cousin, Kak Nor balik raya kat Johor. Last day puasa tu, Kak Nor and famili singgah berbuka kat my homesweethome. My ibu ni Mak Uda kpd Kak Nor, so for sure Kak Nor akan singgah untuk visit mak ciknya kan. Sembang2 macam biasa dgn ibu and abah before buka puasa. But tiba2 bila start cite about me, my abah... erm, sayu je suaranya. Bergenang air mata abah (cause aku tak de time raya). Ibu relaks je. Tp abah pulak yg syahdu. Waa... pastu Kak Nor pulak sms aku bgtau hal tu, waaa.... aku pulak yg bergenang and menangis kat bahu abang. Abang pujuk aku baik2, yer la...anak mana yg tak sedih bila dengar mak or abah dia sedih kan?

ibu abah, suatu petang di Kenyir Lake...

Itula ceritanya...amat sukar untuk dilupakan malah menjadi ingatan dan kenangan kpd diriku. First time beraya jauh dari famili sendiri (time studi boleh lg balik raya, walaupun dah nak final exam). Sedih kan cerita aku ni? Cuma orang yg tak ada perasaan aje yg tak sedih. Raya ke 4 baru balik Johor sebab abang kena balik Paka, standby. My adik2 semua dah balik kampus and kerja :( So this year, insyaAllah my turn pulak. Mudah2 an semuanya baik2 belaka. Erm, citer bab raya je, zakat fitrah ni encik abang dah bayar ke lom ek? :) Lupa nak tanya...

this song i dedicate la kat semua yg bakal beraya di kampung suami tercinta pd tahun ini...from Mamat Exist. Enjoy it k! :)

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Kesalahan diri ku…






KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

Mask-roll said...

huhuhuh...psl parents nie xleh sebut la.... sentimental value....

ayah aku kol pas aku konvo pon dia nangis sbb xdpt attend the ceremony together...

ayah dah tua2 nie dia syahdu skit..mak plak yg maintain...hohoho

Huda said...

@mask2ra - aah kan..ayah lak yg syahdu, mak ok je :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi