Sunday, October 25, 2009

Got Boobies?

Dalam sejarah keluarga sy dan ibu sy setakat ini tidak pernah lagi yg mempunyai kes breast cancer. Alhamdulillah. Tp sy ada seorang rakan baik yg mana, ibunya menderita penyakit ini. Sy ingin meminjam ceritanya untuk menjadi tatapan dan ingatan kepada kita semua yg bergelar wanita. Mengikut fakta kajian, breast cancer di zaman alaf baru ni menyerang tidak mengira umur dan status wanita itu.

Berkenaan kawan baik sy itu, ibunya sudahpun selamat menjalani pembedahan membuang breast sebelah kirinya. Sy dapat rasakan sudah tentu ibunya menghadapi kesakitan itu dengan redha kerana tidak nampak walau setitikpun air mata kesedihan. Ya! Benar. Seelok-eloknya bila kita menghadapi musibah atau kesakitan, kita disarankan untuk bersabar, tabah dan redha dgn ketentuannya. Tp sy sendiri tidak pasti adakah sy juga akan sekuat itu apabila berdepan dgn perihal seperti ini?

Apa yg paling ditakuti kita tidak pernah ambil peduli perihal ini sehinggalah secara tiba2 ada di kalangan yg terdekat dgn kita mendapat breast cancer, pada masa itu barulah kita akan terfikir adakah aku juga mungkin akan mendapat breast cancer?

Pemeriksaan berkala boleh kita lakukan sendiri di rumah. Ada beberapa langkah mudah yg boleh kita lakukan sendiri.
  1. berdiri di hadapan cermin dan tengok jika ada sebarang perubahan fizikal yg pelik
  2. secara berbaring rasakan sebarang perubahan yg berlaku dan rasa puting jika ada pendarahan atau lelehan
  3. di bawah ketiak kita boleh merasa sebarang ketulan (jika ada)
  4. ulangi langkah di atas untuk breast yg sebelah lg
Menurut kajian pemakanan penduduk, telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protein haiwan dan makanan kurang serabut yg tinggi akan meningkatkan kadar kanser payudara. (sumber carian: breast cancer facts) Ini bermakna, kita perlu mengurangkan pengambilan makanan2 seperti di atas dan mengamalkan pemakanan yg sihat di samping minum air yg banyak setiap hari.

Bersempena dgn bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini, sy juga ingin bersama2 turut serta dgn AliceWonders.com menyertai Got Boobies? ini untuk mengingatkan kita semua bahawa pencegahan awal mungkin akan dapat menyelamatkan diri kita dan keluarga serta rakan2 terdekat dari breast cancer. Lakukan pemeriksaan kesihatan at least sebulan sekali bg mereka yg masih didatangi haid (7-10 hari selepas selesai haid) dan kpd ibu2 kita yg sudah keputusan haid mungkin boleh menetapkan 1 tarikh yg sesuai utk melakukan pemeriksaan kesihatan pada setiap bulan. Mulakan ia dari sekarang dan amalkan gaya hidup yg sihat!

Sayangi diri anda, sayangi keluarga anda, dan sayangi rakan2 terdekat anda! :)


~gambar sekadar hiasan~









KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

armouris said...

info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

AliceWonders said...

Hello!

Thank you so much for your support towards our campaign :)

Cheers

Thanks also for the informative post!

Love,
Alice
www.alicewonders.com



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi