Wednesday, October 21, 2009

Open House di Rumah Kecil Kami

Isnin minggu lepas, saya dan abang telah berjaya membuat makan2 (cakap omputih open house) di rumah kecil kami di Paka ini. Alhamdulillah, kami dengan riang ria rayanya telah dapat menjamu rakan2 dan neighbour2 terdekat (cayalah... :)).

Menu open house kami ialah nasi lemak ibu (credit to my mom pasal sambal tumis sangat sedap), ayam goreng berempah, bihun goreng, popiah goreng (digulung oleh saya) dan kuih keria. Pencuci mulut agar2 yg dimasukkan bersama cocktail and lemon dan juga air laici. Semuanya dibuat sendiri, langsung tidak menempah dengan katering. Memang gembira sebab dapat sama2 menjemput kawan2 makan (1st time ajak orang ramai2 dtg rumah kecil kami ni). Ibu dan abah saya turut serta memeriahkan majlis yg tak seberapa ini :)

antara yg terhidang di atas meja...

Husna juga turut gembira kerana ramai yg datang akan dukung dia bawak jalan2 kat laman rumah. Duit raya pun dapat :) Rumah kami start dibuka pada lunch time khas untuk staff2 ex-department abang, electrical dept. Meriah2...ada dalam 20 orang rasenye. Kemudian berlarutan selepas office hour khas untuk neighbour2 keliling rumah. Ramai sungguh sampai ada beberapa insiden kecil berlaku (so sad, almari kaca tempat abang bubuh kereta2 kecilnya pecah sebelah) biasalah anak2 neighbours yg datang ni kan tengah nak membesar, sangat lasak dan nakal. Tak pe, abah budak2 tu dah janji nak pay ganti rugi. Huhu.

budak kecik ini sedang asyik nonton iklan deko...deko...deko...

Alhamdulillah tercapai hasrat abang nak menjemput kawan2nya makan2. Dan saya juga sangat berterima kasih kepada my mom and abah sebab banyak bantu mana2 yg tak lengkap (almaklum, tak berapa pandai sangat masak-memasak). InsyaAllah tahun depan boleh buat lagi dengan menu yg lebih lazat :)







KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

ezan said...

khusyuk nye husna tgk tv.. semakin bulat.. hehehe..geram la.. :P

hadina said...

teringin sgt nak g umah huda..tapi ntah bila sampainye...hehehe



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi