Thursday, October 01, 2009

Raya Sakan

Selamat hari raya!!!


Dah nak masuk 2 minggu kita menyambut Syawal kan. Alhamdulillah. Meriah sungguh rayaku pada tahun ni. Sebab ada Husna penyeri majlis :) Makan2 jugak tp jangan lupa jaga kesihatan. Manis2, pedas2, lemak2 etc try kurangkan yer.

Aku balik Johor tahun ni. First time abang beraya bersama familiku. Abang punya excited dia yg tolong alih2 perabot kat rumahku. Kemas2 apa yg patut. Ketupat pun abang yg anyam (ops!saya tak pandai anyam ketupat) Abang juga soping raya untuk ibu and abahku :) Thanks abang!





Malam2 sebelum raya tu sempat jalan2 kat bazar raya kat tepi sungai opposite dgn Hentian Bas Kluang. Meriah sungguh! Jalan himpit2. Lemas den. Husna, awal2 abang dah bawak lari. Khuatirkan orang ramai yg suka cuit2 and cubit2 pipi Husna. Tangan tah bersih ke tak nak cuit2 baby orang kan :) So sempatla rembat beberapa helai tudung malam tu.


Juadah pagi raya di rumahku memang special. Kat Johor mesti ada kuah lodeh, sambal kacang, sambal goreng (orang jawa punya), ketupat or nasi himpit dan juga rendang. Tp my mom ada masak satu lauk tambahan hari tu, ayam masak kurma. Delicious sungguh tengok juadah2 tu. Abang paling suka sambal goreng tu sebab dimasak dgn petai, tak abih2 duk cedok sambal goreng :) First time rasa pun yer.

Dan Alhamdulillah kami dapat beraya di beberapa buah rumah atok sedara dan pak cik2 kat area Johor tu. Koleksi duit raya Husna pun boleh tahan banyak:) (nanti nak masukkan dalam tabung haji). 2 hari di Johor, aku dan abang balik Paka sebab abang ganti orang stand by. Raya keempat baru gerak balik ke Perak. Abah & Mak in law buat open house dan celebrate sekali birthday Syifa' anak Kak Long. Meriah2!!! Ada sate gitu! Nyum3...so kat Perak ni abang saje cuti lama till last Monday baru balik Paka. Sempat singgah rumah Fariza di Kamunting and met her lil Amir. So cute and dah chubby gak cam Husna (hadiah Amir later ummi Huda bagi yer). Ini pun kebetulan pergi Batu Kurau ada kenduri cukur jambul si kembar Hannah & Humyrah, so singgah rumah Fariza.

Syifa' (Syaza Liyana), Husna, Hannah & Humyrah...

Best2!!! Raya sakan...

psst: tengah tunggu neighbour2 yg nak buat open house, kami just datang serbu je :)






KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 comments:

Mrs. Amie said...

tembamnya husna! i like!

Lea Shmea said...

husna nk mkn ketupat ke? hehe comelnyaaa!

Mask-roll said...

mane org x cubit husna tu...tgk la... kalo aku geget trus! huhuhu



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi