Friday, November 20, 2009

Jalan2 Langkawi (Part 1)


image source from Google

Langkawi, sebuah pulau yg penuh cerita2 lagenda dan sejarah. Tripku dan keluarga bermula from Shah Alam. Awal2 pagi selepas menikmati breakfast bihun goreng yg disediakan oleh Mak Long, kami pun memulakan the journey. Kami terdiri daripada my abah, my mom, adik bongsuku, Husna and me.

Sepanjang jalan tu rasanya tak jumpa langsung tempat yg kering. Basah saja jalannya. Ikut Plus. Ada beberapa buah R & R yg kami singgah untuk merehatkan badan dan mengenyangkan perut :). Jalan dan jalan hingga kami tiba ke Changlun untuk tuju ke jeti Kuala Perlis. Tiba sana lebih kurang jam 2 lebih, my mom called Cik Idah (Ucu Kak Norku). Cik Idah datang dgn suaminya membawa kami ke sebuah kedai makanan berhampiran perkampungan nelayan. Kami dijamu ketam goreng tepung, laksa Perlis dan nasi ayam. Tiket feri (RM18 one way) pukul 4pm. Hujan masih lagi turun.

Setelah parked kereta kat tempat letak kereta berbumbung (sehari RM10), kami pun tuju ke jeti untuk menaiki feri ke Langkawi. Smooth je perjalanan menaiki feri ni walaupun hujan. Alhamdulillah tiba di daratan lebih kurang jam 5pm tu, tengok keadaan kat Langkawi yg cantik hilang kejap penat lelah dalam perjalanan. Terus call mamat yg kami janji nak sewa kereta tu. Dapat kereta Wira auto. Okla kut. Then, perjalanan diteruskan untuk ke tempat penginapan. Erm. kami ni kan 1st time datang (my abah pernah pergi kursus kat Langkawi ni dulu tp long2 time ago lupa dah) so agak terkial2 juga untuk tuju ke tempat penginapan. Ada map pun macam tak reti guna. So, hampir sejam juga nak sampai kat Pantai Tengah nun. Dah nak Maghrib gitu.

Settled hal penginapan yg cantik tu, kami pun berehat2... Husna dah siap mandi, aku pun mandi gak la. Solat semua. Makan2 sambil tengok tv tak lama tu terus masuk bilik menidurkan diri.

~ to be continue ~





KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

yatie chomeyl said...

dulu2 p langkawi dgn family, kitorg sewa van..adik drive, akak tukang baca map. nsb baik tak sesat hehe

Huda said...

kak yatie - tu la pasal..silap gak langkawi tu mase kat kuah nk tuju pantai tengah susah sikit signboardnye..huhu



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi