Monday, November 23, 2009

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Tahniah kat my lovely cousin, Kak Nor yg selamat melahirkan baby twins girls pagi tadi jam 9.40am kat Darul Ehsan MC.

Both ummi and baby2 sihat dan disahkan tiada jaundis. Si kakak 2.8kg while si adik 2.5kg. Keluar melalui tingkap (memang itu pilihan Kak Nor). Maka, cukuplah 4 orang anak Kak Nor and Abg Jo. Lepas ni, kata Kak Nor dia nak tutup kedai dah :) Alhamdulillah.

Tahniah juga kat my lil bro sebab dapat pra tawaran untuk kerja dgn TNB. Alhamdulillah. Soon, adik akan duduk kat Ilsas untuk menjalani latihan dan seterusnya bekerja. Mudah2 an adikku itu akan berjaya dalam lifenya! :) Hai! keluargaku ini penuh dgn staff TNB la gamaknya :)

Husna and Pak Usu...


Dalam pada itu juga, encik hubbyku ada bertanya ... "nak ikut pergi Bakun tak?..." erm, aku jawab nak! Ya la, kesian kat abang duk ulang alik 2 minggu sekali semata2 nak jenguk aku dan Husna. So, bila kami dah ke sana nanti tak de la episod rindu2 an lagi... save sikit tiket flight dan juga bil telefon :)

Selain itu, aku dah received beberapa kad jemputan kahwin from kawan2 yg bakal menamatkan zaman bujang masing2 tak lama lagi. Antaranya, Kak Zakiah (senior x-SMKL), Zack (x-SMKL) dan juga Shida (x-uniten). InsyaAllah jika berkesempatan mmg nak sangat tengok mereka naik pelamin dan makan nasi minyak :) Tahniah kat both of them! Welcome to the club as husband and wife!!!



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi