Wednesday, December 16, 2009

Ibu Hadif's Giveaway - Anugerah Terindah

She's our bundle of joy!!!

Yup! Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah SWT.

Saat melahirkan Husna adalah kenangan yg paling sukar dan tidak bisa untuk diceritakan melalui pen berdakwat biasa dan dilensakan melalui kamera digital. Terlalu indah dan sangat bermakna bagi diriku. Secara automatiknya aku dan suami terus jatuh cinta pandang pertama kepadanya.

Perasaan yg pastinya semua ibubapa merasainya ketika pertama kali melihat bayi mereka. Sesungguhnya, Allah itu Maha Agung! Kesakitan yg ditempuhi selama beberapa jam lenyap begitu sahaja dan bagaikan langsung tidak terasa. Hilang segala kekusutan, kesusahan dan perit jerih untuk melahirkannya. Semuanya lenyap bagaikan terjaga dari mimpi apabila bayiku berada di dalam dakapan. Husna tidak menangis semasa 'keluar'. Setelah doktor memasukkan tiub air ke dalam mulutnya, barulah terdengar tangisannya yang comel.

Ucapan "Assalamualaikum" kuucapkan kepada bayi kami, Afifah Nurhusna. Sempat lagi aku mengira jumlah jari kaki dan tangannya :) sebelum dibawa pergi untuk dicuci. Suamiku juga sempat mengusap-usap pipinya yg gebu.

Ciuman tahniah (mungkin) dan terima kasih diberikan oleh suami di pipiku.


1st day Husna


Harapan kami, Husna sebagai anak sulung mampu menjadi contoh tauladan yg baik kepada bakal adik2 nya kelak. InsyaAllah. Seperti ibubapa lain juga, mudah2 an Husna menjadi anak yg berakhlak tinggi, hormatkan orang tua dan dikurniakan kesihatan yg baik. AMIN~

*Giveaway ini organized by
Ibu Hadif yg akan menyambut anniversary perkahwinan ke-2 pada 23 Disember ini.

*Nak join? Klik SINI







KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

1 comments:

MRS. K said...

haii... ibu hadif dah terjah entry ni.. gudluck!!



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi