Tuesday, December 29, 2009

Mandi manda sampai kecut

Husna gemarkan aktiviti mandi manda. Mungkin juga jadi satu kegemaran untuk baby2 lain :) Sementelah Husna demam beberapa hari yg lalu (demam rindu kat abah), ummi pun ikutla saranan nurse kat hospital. Kata nurse tu, nak baik demam basahkan badan budak. Kepala semua basahkan. Air sejuk pun tak pe. Erk! Sejuk??? Bolehkah Husna bertahan dgn air sejuk? Dah basahkan tu pulak, pakaikan pampers je, tak payah bajukan... tp kalau dia sejuk, selimutkan aje. Wah! Sungguh!!! Terkejut dengar saranan nurse tersebut. Erm... boleh ke macam tu?


ini budak demam kuat...

Maka, pada tengahari Ahad yg lalu... ummi mintak Atok pamkan pool letak kat beranda rumah Atok. Air pun diisi. Husna sebelum air tu penuh dah duk tinjau2 dalam pool (tak sabar la tu) :) Selesai air diisi, maka Husna pun direndam di dalam pool tersebut. Syoknya! Dengan berseluar short putih, Husna bermain2 dgn bola di dalam pool itu. Aik! Dah tak demam ke si kecik ni? Selamba aje main2 air. Duk cepur2 air tu. Sampai berkecut kaki dan tangannya. Tahan sejuk pulak tu.


muka ceria dapat main air...

If ummi kat tempat Husna, sekejap aje la berendamnya. Mana tahan weh... demam2 pergi berendam. Kang tak de pasal cari pasal pulak :) So, kat sini kesimpulan yg dapat kita lihat... Alhamdulillah Husna dah baik demam selepas aktiviti mandi manda itu. Terus turun suhu badan dia jadi normal. Dan yg penting, abah Husna dah tak risau lagi.



pelbagai aksi di dalam pool...


Alkisah, aku dan Husna ikut Atok and Nenek Husna balik Johor hari Khamis tu. Tup3 hari Jumaat and Sabtu Husna demam kuat sampai 39 celcius. Abah Husna tak ikut balik sebab banyak kerja sampai lewat malam (due to commissioning works). Dek sebab risau akan hal si kecik kami tu, lepas siap2 kerja Sabtu malam, encik abang balik juga dgn bas ekspres dan sampai di Kluang jam 9am hari Ahad. Now, kami dah ada kat Paka semula sebab encik abang tak nak risau2 lagi. Pity kat my husband tu sebab penat kerja dan penat pergi balik Paka-Kluang-Paka.







KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 comments:

ezan said...

seronoknya tgk husna main air... nak join sekali la... hehehe...

yatie chomeyl said...

amboi husna posing dlm pool ala2 model majalah mangga gitu ehehehe.
nsb baik dh ok demam nyer ye

Fariz Finie Family™ said...

ee comelnya pool tu..
hurm tgh tgk2 gk ni pool yg simple2 tuk ilham..:)
huda beli kat ner tu?



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi