Thursday, December 31, 2009

Salah siapa?

Terpanggil untuk mengulas tentang accident bas ekspres di PLUS beberapa yg lalu. Ya Allah! Memang sedih untuk dikenang. Meremang bulu roma bila tengok keadaannya di dalam berita di TV.

Pilu rasanya hati waris2 yg menuntut jenazah2 dan mayat ahli keluarga mereka yg terkorban tu kan. Mesti punya. Bayangkan 10 orang sekali! As my personal opinion, kemalangan itu bukanlah TERSENGAJA dilakukan oleh driver tersebut. Memang tidak dinafikan, manusia banyak kekurangannya. Beliau dgn tidak sengaja telah terlelap seketika. Yup! Itu silapnya dan beliau mengaku. Pada hal, beliau driver yg baru sahaja bertukar turn untuk drive selepas berhenti rehat di R&R. Bas itu juga masih baru. 3 bulan berkhidmat. Had laju kebangsaan juga dipatuhi ketika kejadian berlaku.

Malang memang tidak berbau. Sudah tertulis di Luh Mahfuz, ajal maut mereka itu di atas jalan raya terlibat dgn accident. Ya Allah! Kau ampuni dosa2 ku ini. Jika diberi pilihan, aku sangat2 tidak mahu bertemu ajal kerana accident. Tp, sebagai hamba... kita layak ke untuk memilih? Hanya pada Mu ku mohon keampunan.

Pengalamanku menaiki bas ekspres syarikat itu tahun lepas (berkali2 juga ulang alik Shah Alam-Paka-Shah Alam), Alhamdulillah... tiada perkara tidak diingini berlaku. Bayangkan bas 2 storey melalui Highway Karak, Genting Sempah dan so on. Area2 tu kita sendiri maklumla kan jalannya berbukit2 dan di lereng2. Kebiasaannya, aku memilih perjalanan di waktu malam since kerja pun habis pukul 6pm, selepas Isyak baru gerak balik Paka. Same goes bila from Paka, gerak jam 11.45pm dan sampai Shah Alam lebih kurang Subuh waktunya.

Persoalannya di sini, accident2 yg berlaku ni siapa patut dipersalahkan?

  • Adakah driver tersebut 100%?
  • Jalan raya di Malaysia yg tak sesuai?
  • Fizikal bas tersebut yg 2 storey?
  • Perjalanan di waktu malam yg pastinya semua orang mengantuk?
  • Pihak berkaitan yg selama ini diam aje (kalau dah tahu tak sesuai bas tu guna kat highway janganlah benarkan)

Susah kita nak cakap kan. What I can say, most things yg happent...when it happent baru nak itu, nak ini...baru nak kecoh2...baru nak cari solution, baru nak kata sebenarnya tak sesuai, baru nak komen itu ini...yg sebenarnya apa? Kalau berterusan begini, maka tiadalah penghujungnya. Ianya akan berlaku lagi pada masa hadapan. Dan kesilapan yg sama akan diungkit. Same things.

Fikir2 kan lah yer...aku pun dah malas...


psst: tak salah kan siapa2 dalam kes ini, semuanya ketentuan Ilahi...Dia yg Maha Mengetahui...

psst2: lori2 kontena and segala jenis lori tu agak2nya diorang ni driver terlatih ke tak ek? sebabnya apa, kadang2 tengok diorang ni macam tak ikut peraturan...LPKP patut chek on this too...yg aku tahu, lori bawak minyak aje nampak kat belakang lori tu diorang tulis "saya pemandu terlatih"...






KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

1 comments:

yatie chomeyl said...

tu la, sedih btul baca berita exsiden tu. al-fatihah untuk mangsa2 yang terkorban.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi