Monday, December 21, 2009

Weekend Husna dan Ummi

Weekend baru ini banyak habiskan masa di rumah saja. Mak abah in law ada datang rumah hari Rabu lepas bersama2 Kak Long, her hubby and lil Syifa'. 1st time for Kak Long abang & hubby datang berjalan ke sini since mereka dapat bercuti panjang pada bulan ni. Rabu until Sabtu. Lama mereka di sini. Sempat bawa mereka ke Mesra Mall, Kerteh dan jalan2 ke Kuala Terengganu. Dapatla mereka ke Taman Tamadun Islam tu, Masjid Kristal dan juga ke Pasar Payang yg mahal harga barang2nya.

Musim hujan sejak 2 menjak ni, kain baju banyak dijemur di dalam bilik basuh. May be sebab pakai sabun cap Daia tu, so kain baju tetap segar walau tidak dijemur di bawah matahari :) Encik abang since last Friday on off di rumah. Kerja kan. Commissioning. Balik pun kadang2 lewat jam 2am baru sampai rumah. Keluar pagi jam 8 or 9 am. Kesian encik abang. Mesti penat. Tp dah memang itu kerja abang as engineer. Kenala sabar as her wife :).


ummi & Husna


Husna pula tidak berapa sihat 2 hari lepas (Alhamdulillah dah ok sekarang ni). Demamnya di waktu malam. Lekatkan cool fever saja. Tak berapa kuat demamnya. Umminya pula kena batuk2. Tonsil dalam tekak ni tiba2 membengkak dan menyebabkan batuk yg berkahak. Tp Alhamdulillah dah pulih sedikit. Kesimpulannya, weekend walaupun di rumah sahaja tp sangat selesa bila berada di rumah :)

SALAM MAAL HIJRAH! SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH! Semoga tahun baru yg sedang dilalui ini dapat ditempuhi dgn penuh kesyukuran. AMIN~


pssstt: Kami sekeluarga tidak dapat hadir ke kenduri Fawwaz, di Putrajaya. Harapan kami, Fawwaz dan wife berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat :)








KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

1 comments:

Anonymous said...

tupperware dating games [url=http://loveepicentre.com/]archaeometry an positives and negatives of tl dating[/url] online dating personals http://loveepicentre.com/ seattle dating



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi