Friday, January 23, 2009

Pergi Klinik

Alhamdulillah, pagi tadi jalan-jalan kat pekan Paka tengok-tengok Klinik Habibah tu bukak. So, ape lagi, abang pun parking kereta tepi jalan. Tak ade patients kat klinik tu. Hehe...sebenarnya klinik ni aku first time pergi. Doktornye best gak and banyak bagi advises tentang pregnancy. Doktor pun chek cam biasa yang aku buat monthly, tekanan darah ok, berat ok...hehe... then scan baby. Doktor kata baby ok, jantung dia degup normal. Kali ni dia tidur n kakinya kat belah kanan rahim aku. Patutla suka menendang umi kat belah kanan :) Doktor try scan jantinanya...erm, memang suspenla. So, doktor kata adalah 60% may be girl n the rest tu may be boy. Aiseh, baby...baby... tak perla, kita tunggu saat kelahirannya nanti.

Urine test pun Alhamdulillah ok. Pas tu, doktor panggil balik masuk. Alamak! kene injection la pulak. Ape tah nama injection tu (lupa walhal doktor sebut tadi), tapi kenela inject once kita rase dah ada pergerakan baby. Doktor klinik lama aku dulu may be lupa nak bagi injection tu. Sakit gak kene cucuk, almaklum lama dah tak kene injection since form 3 kut. Darah nye hemoglobin cam biasela, gitu gak. For the next chek up, aku kene datang untuk amik GL nak pergi chek up kat Kuantan Specialist (planning nak deliver situ). Dengarnya, doktor situ ada 3 orang. Doktor Khalid, Doktor Suraya n seorang lagi doktor cina lelaki. Tengokla nanti camne...

Persiapan untuk baby, so far ada gak sikit-sikit. My mom kata dia tengah jahitkan barut untuk baby. Then, bengkung mak mertua dah bagi dah. Aku tak beli lagi set selepas bersalin, plan nya nak pakai set nona roguy. Nanti g belila... Maxi pun aku kene beli lagi, sebab doktor tak bagi dah pakai seluar (tadi kebetulan chek up pakai tracksuit) huhu...so pas ni kene cari another maxi or dress untuk memudahkan aku keluar ke mana-mana. Bukan apa, sian lak baby tu tak besar-besar nanti. Doktor ada gak pesan, kalau baring jangan menelentang nanti dikhuatiri baby boleh lemas (ada baca dalam buku 40 Hari Nan Indah). Sila baring mengiring kiri or kanan. Nak bangun dari pembaringan pun gitu, mengiring dulu baru bangun. Okla, see ya until next! :)

Tuesday, January 20, 2009

Holiday n Happy Birthday, Abang

Berjalan-jalan di sekitar Penang memang memenatkan tambah pulak perut dah semakin membesar dan sakit pinggang bila berjalan terlalu lama. Tapi, macam mana pun puas sangat dapat berholiday di sana. Abang booking apartment TNB kat THE REEF, Batu Feringgi for 3 days, 2 nights. Stay kat tingkat 15 so dapatla merasa angin laut kat sana walaupun aku tak join mandi laut :) Famili abang pun turut serta dalam percutian ni untuk memeriahkan lagi suasana.

Sebelum balik, bergambar kat depan The Reef...


Mandi-manda kat Teluk Bahang...

Mandi laut, jalan-jalan sekitar Penang dan Taman Rama-rama...huh, kalau ikutkan tak cukup 3 hari tu. Tapi tak perla, next time boleh datang lagi since Kak Long abang pun stay kat Balik Pulau. Erm, Pak Usu belah ibu pun menetap di sana. Heh, famili aku kan asal sana, sebab arwah atuk tu dulu asal sana. Ada macam cucu mami tak aku ni? hik3...


kat Taman Rama-rama, Penang...


The Reef Apartment - besonye perut Cik Huda :P


Then, semalam birthday abang. Alhamdulillah, abang dah semakin meningkat umurnya :) Pagi-pagi semalam aku dah wish birthday kat abang.

Hehe...malamnya kami pergi beli kek birthday untuk abang. Beli yang small one je sebab nak makan untuk 2 orang. Celebrate pun kat rumah aje dan hanya berdua :) Aku petik sepatah dua kata ucapan abang before potong kek tu, " Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan anak yang ramai"... Aduh, anak yang ramai tak larat didengar tu...hehe...mudah-mudahan yer bang, kita berusaha dan berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja. InsyaAllah. I
l o v e U so much, sayang!

Kek bitrhday abang...nyum3 sedapnya...



Potong kek yer...comelnya kek :)


Dan bermula beberapa minggu yang lalu, aku dan abang dah start MEMBOIKOT beli barangan buatan US dan mana-mana yang menyokong Israel laknat tu. So, tak delah makan KFC, Mc D lagi pasni...nak ayam goreng wat sendiri. Lagi sedap dan sudah pastinya kita yakin bersih dan halal :) Jom sama-sama memboikot!

Monday, January 12, 2009

Gambar keluarga

Post kali ni saje nak letak gambar semasa majlis perkahwinan adik ipar. So, ade gambar terbaru aku yg dah besar perutnye :) Perut besar, baju pun kena design besar. Actually, aku prefer baju kurung riau or baju kurung pahang. Nampak lebih sesuai dipakai untuk preggy women. Ia lebar di bahagian bawah. Untuk kedua2 majlis ni memang aku pakai baju kurung riau dan kainnya aku mintak tailor jahit dgn getah dan zip.



bergambar kenangan di Batu Kurau
28 Dis 2008

kat Kg. Teluk Sareh, Kg. Gajah
14 Dis 2008

Alhamdulillah, this week masuk 28 minggu means dah 7 bulan almost. Masanya seakan hampir tiba, aku berharap dapat teruskan membaca surah2 pilihan untuk ibu mengandung setiap hari. Baby's stuffs ade gak aku beli sikit2, tp hubby kate nnti last minute baru beli baby court, tilam n etc yg besar2. InsyaAllah...

Wednesday, January 07, 2009

Sana sini itu ini

Selesai sudah kenduri adik ipar aku yg berkahwin dgn suaminya, Hidir, orang Batu Kurau, Taiping. 2 minggu sudah rombongan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki berlangsung dgn meriahnya (gambar tak transfer lg dari camcorder). Ramai gak mak abah ajak kawan2 mereka ikut pergi menghantar. Aku rasa on the way balik tu ada lalu depan kawasan perumahan mak abah Fariza, tp tak surela betul ke tak. Sebab lalu Tasik Kamunting kut, ingat2 lupa. Biras aku tu tua setahun dari aku, kelakar gak bila dia panggil Kak Huda. Kalau panggil Kak Ngah lagi aku prefer kut. Hehe...takpela, asalkan saling menghormati.

Erm...pregnancy aku, so far Alhamdulillah. Nampak sihat, baby pun aktif. Macam2 gaya tendangan yg dia buat. Each time dia menendang tu aku akan response balik dgn usapan kat perut. Kadang2 ada gak bercakap2 dgnnya :) Rasa bahagia sangat bila wat camtu. Hubby pun selalu wat perkara yg sama dgnnya, biar dia rasa umi n abi nya dekat dgnnya. InsyaAllah seminggu lg masuk 7 bulan. Aku berdoa kesihatan aku dan baby sentiasa dalam keadaan yg baik dan tidak bermasalah. Sakit pinggang, ulu hati memang sinonim bg org mengandung ni. Sabar je...

Aku nak share sikit apa yg aku suka makan n wat sejak menjak mengandung ni...

1. aku tak mengidam, tp selalunya apa yg aku nak tu insyaAllah pasti akan dapat. Contohnya, baru2 ni tengok tv cerita pasal buah mangga. Aku cakap kat hubby nak makan mangga, esoknya dia beli 3 biji buah mangga.

2. suka sangat makan pisang goreng. tp ada gak hari yg aku tak makan pisang goreng, selalunya memang akan makanla kecuali tak jumpa pisang goreng.

3. usha baju baby kat website2 yg sedia ada, tp tak beli pun. suka tengok.

Jantina baby masih lagi dalam teka-teki sbb last time scan, baby duduk macam mane tah. Takpe, yg penting dia mesti sihat. InsyaAllah.

ps: Same-same kita berdoa untuk penduduk Islam di Gaza City, Palestin. Mudah-mudahan mereka akan terselamat dari Yahudi laknat dan peperangan berakhir segera. AMIN.

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi