Thursday, April 30, 2009

Husna dan Umi

Husna dah almost 1 month. InsyaAllah 3 Mei ni cukup sebulan. Rambut yg asal dan lebat tu telah dicukur ketika Husna 11 hari, dicukur oleh abahnya :) Now rambut Husna dah tumbuh balik. Masa awal-awal dulu Husna suka tidur siang dan jaga malam. Tapi, Alhamdulillah sekarang ni dia dah pandai bezakan timing dia. Malam bangun pun untuk menyusu aje :)

Umi dan abah dah rasa tak tidur malam jaga Husna :) Walaupun penat tp siangnya kami masih boleh ganti tidur (time abah tak kejela). As for me, masih lagi dalam pantang. Berlulur, pakai bengkung, makan jamu nona roguy tu dan bertungku. Makan dan minum pun kena pantang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Husna pun tak banyak kerenah.



Husna dan mimik-mimik mukanya :)

Tuesday, April 21, 2009

Our baby - Afifah Nurhusna

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah SWT yg telah memberi peluang untuk aku dan abang bergelar umi dan abah pada 03.04.09 bersamaan 7 RabiulAkhir 1430 Hijrah, pada awal pagi Jumaat jam 5.08.


Ceritanya begini,

Hari Rabu, 01.04.09 masa nak mandi pagi tu, dah ada keluar sedikit darah. Bgtau kat ibu, then ibu yg panik :) Ibu suruh siap-siap pergi klinik chek. Aku call abang, dalam pukul 10 abang balik. Sementara tu, aku call Dr. Khalid minta advise dia bout this. So katanya, pergi klinik berhampiran and chek. Then, pergilah klinik Habibah yg biasa kami pergi tu untuk chek apa-apa yg patut. Hasilnya, tanda itu dikenali as 'show'. Belum ada bukaan serviks lagi. Call Dr. Khalid balik and dia advise tunggu till sakit yg setiap 10 or 5 mins baru ke hospital. Selalunya after show tu, within 24hrs kita akan rasa sakit.

Khamis, 02.04.09 abang pergi kerja macam biasa. Lepas je abang pergi kerja, aku dah rasa sakit semacam. Tapi, takla kerap. Dalam setengah jam sekali. Ibu suruh kemas-kemas apa-apa yg patut and cuba banyakkan berselawat. Adik aku, Amin yg juga ada kat rumah pun dah start panik sebab tengok muka aku pucat semacam. Pastu aku pulak banyak bergerak, lagilah dia bising (macam dia pulak yg nak bersalin :) ) Call abang tak lama tu, so abang kata pukul 12.30 abang balik and pergi hospital.

Arrived kat Kuantan Specialist lebih kurang jam 2.30pm. Dah wat appoinment with Dr. Khalid so just tunggu dia datang. Dr. Khalid chek baby punya heart beat, air ketuban and kedudukannya. Then barulah dia chek bukaan. Baru 2cm. So doc kata, insyaAllah lewat malam ni or awal pagi esok baru deliver (almaklum doc pakar, dia for sure banyak tau). Aku dimasukkan ke wad 108. Nurse datang nak buat CTG kat perut aku. Lama gakla dalam setengah jam gitu. Pastu, nurse pam suruh aku buang air besar. Nak redakan kesakitan yg sekejap-sekejap tu, aku jalan-jalan kat area wad dan sekitar floor tu. Usha-usha baby orang kat nursery, pastu sambil-sambil practice tarik nafas.

Malam dalam pukul 8.30 tu Dr.Khaled datang menjenguk kat wad. Dia pecahkan air ketuban and bukaan masa tu just 3cm. Berdebar gak. Doc pesan kat abang suruh tidur dulu. Lepas je water break tu, aku dah start rasa memulas dan sakit yg amat. Setiap jam nurse datang pantau keadaan aku. Memang dah tak leh tido dah time tu...ke kanan salah, ke kiri pun salah. Abang setia menemaniku walaupun kulihat dia letih yg amat. Tapi sebelum tu, aku mohon ampun dan maaf kat abang atas segala kesilapanku yg sengaja atau tidak selama bergelar isterinya. Dah macam hari rayala pulak sebab aku cakap kat abang, "Selamat hari raya, abang..." Abang jawab, "Ooo...baru nak minta maaf yer..."


Aku sebolehnya tak mahu ambil apa-apa injection untuk legakan kesakitan ni. Aku cuba untuk mengawal sendiri sakit yg kutanggung ni tp apakan daya kalau dah tersurat aku memang kena amik injection untuk tahan sakit tu. Mulanya perlahan je aku nangis, tp dah lama-lama tu aku dah teresak-esak. Ibu yg tengah tidur pun siap terjaga melihatkan keadaan aku yg sedang menahan sakit. Aku peluk abang kuat-kuat. Lama-lama tu, abang pujuk aku untuk amik injection. Aku hanya mengangguk setuju. Abang panggil nurse dan nurse pun cucuk aku kat punggung. Injection tu wat aku rasa mamai dan nak tidur, so dapat lupakan seketika sakitku tu. Tapi kesakitannya tiada perubahan masih sama sebelum disuntik. Aku teruskan recite ayat nabi yunus dan macam-macam lagi ayat yg aku ingat kat kepala ni.

Tak lama tu, nurse masuk dan beritahu kalau dah sakit macam nak membuang air besar tu panggil dia. Lebih kurang dalam pukul 3 tu aku dah rasa sakit nak membuang. Abang panggil nurse. So nurse sorong aku pergi bilik bersalin. Abang teman aku. Ibu, nurse nasihatkan tidur dahulu sebab lama lagi nak tunggu aku bersalin. Kesian ibu, bolehkah ibu tidur bila lihatkan keadaan aku masa tu? Kat dalam labour room tu, aku diajar cara-cara nak meneran oleh nurse. Banyak gak benda dia ajar. Sambil tu, aku masih lagi sakit-sakit. Bila tiba saat nak meneran, ada la 2 kali je yg aku mampu nak teran. Pastu aku lembik balik. Kang bila sakit datang lagi, 2-3 kali lagi aku mencuba teran. Tak terhitung rasanya jumlah aku cuba meneran baby keluar dalam 2 jam tu. Setiap kali aku sakit nak meneran aku akan cuba untuk mengumpul sebanyak mana kekuatan yg ada dan nafas yg tinggal supaya aku boleh meneran sekuat hati.


Abang sentiasa pegang tanganku sambil memberi kata-kata semangat kat aku. Lama menanti...tak lama kemudian kepala baby dah kelihatan sedikit. Nurse panggil abang suruh tengok kepala baby. Sambil tu nurse ajar lagi meneran. Till bukaan dah sepenuhnya, nurse call Dr.Khalid kat bilik sebelah. (Kesian doktor...pagi-pagi dah kena sambut baby :) )Time tu aku memang dah lemah gemalai yg amat, bak kata orang-orang kalau usik sikit pun memang takleh nak lawan balik dah. Hehe...Pastu doktor masukkan drip...erm air kut bagi "power"la kat aku sebab tengok keadaan aku dah tak larat sangat. Lepas je dapat "power" tu, dengan 2 kali teran lagi aku pun selamat melahirkan Husna. Doktor tarik Husna keluar dan potong tali pusatnya. Then, berula doktor letak Husna kat atas badanku. Alhamdulillah...dapat pegang baby sambil aku cakap kat baby..."Assalamualaikum, sayang..." Abang pun sempat usap and pegang baby sekejap sebelum baby dibawa pergi untuk dibersihkan. Tak lama tu, nurse panggil abang untuk azan dan iqamatkan our baby :) Abang kata, time azan dan iqamat tu, baby senyap aje and matanya melilau melihat keadaan sekeliling :)

Selesai mengeluarkan uri dan dijahit, aku pun ditolak ke wad. Memang letih melahirkan Husna. Tapi bagi aku dan juga abang, pengalaman tu sukar bagi kami untuk lupakan. InsyaAllah akan kami didik dan berikan Afifah Nurhusna ilmu dunia dan juga akhirat sebagai bekalan untuk dirinya menjadi insan yg berguna suatu hari nanti. Kepada bakal ibu dan bapa di luar sana, bersedialah dari sekarang! Mudah-mudahan kita sama-sama dapat menjadi ibu dan bapa yg cemerlang dalam mendidik anak-anak kita. AMIN.

-- setelah beberapa kali diedit...akhirnya dapat gak publish...

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi