Friday, May 29, 2009

Aqiqah for Husna

Perkara: Majlis kenduri kesyukuran dan aqiqah Afifah Nurhusna
Tempat: Rumah Tok and Wan, Kg. Gajah, Perak
Tarikh: 23 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 10am-4pm


Ala comey pakai baju kurung :)

Last Saturday, a big day for Husna. Kenduri aqiqah for her. Alhamdulillah, ada rezeki untuk buat aqiqah Husna. Dia pun macam faham je, dan tak meragam hari tu. Husna dipakaikan baju kurung yg dijahit oleh nenek (my mom) :)


Buaian untuk Husna...

Abah abang jemput ramai orang kampung ada dalam 100 orang jemputan. Indah berseri buaian Husna, tu hasil kerja tangan decorated by Nenek, Mak uteh Husna, Makcik siah dan juga Wan. Paginya marhaban untuk orang perempuan. Since Husna tak pernah lagi naik buaian, so masa naik buai tu Mak Yong Mi (bidan merangkap sepupu abah abang) yg naikkan. Naik je buai si kecik tu terus tidur...adeh...syok kut sebab kena buai dan dodoi :)


Husna didodoi dan dibuai...

Selesai marhaban orang perempuan (ada dalam 3 jam kut :)), semuanya dijemput untuk jamuan. Petangnya selepas Zuhur giliran orang lelaki pula yg marhaban. Tapi sebelum tu diadakan bacaan doa untuk keluarga. Then, lagi sekali Husna didodoikan di dalam buaiannya :) Memang meriah suasananya masa tu, Husna pun iyekan je...tak banyak hal.


Sedikit cenderahati untuk tetamu...


Bubur kacang, jelly, kerepek pisang n mug...

Alhamdulillah, kenduri aqiqah Husna berlangsung dgn jayanya. Dan ada juga rezeki untuk Husna pada hari tu :) Amin...


Tuesday, May 19, 2009

Selesai sudah 44 hari

Tempoh berpantang bolehla dikatakan sudah selesai selama 44 hari. Alhamdulillah, proses yg dilalui tidakla sekejam mana :) My mom takla terlalu TEGAS. Masih boleh tolerate dgn anaknya ni. Hehe... tp ibu kata dulu masa zaman dia berpantang arwah nenek sangat tegas dgnnya. Dan aku takla mengambil kesempatan atau pandang enteng dgn amalan pantang ni. Ikut juga :)

Yg paling aku ambil berat ialah kesihatan diri. Dalaman dan luaran. Pemakanan seawal lepas melahirkan Husna aku kena makan nasi panas yg ibu sediakan. Makan nasi tak leh tambah, tp kalau tak abih tak pe :) Lauk pulak, ibu masakkan lauk ikan or ayam kuah singgang atau sup dimasak dgn lada hitam. Pada aku, ok je lauk2 macam tu sbb tak berlemak. Aku prefer yg berkuah takla kering je nasi tu. Selain tu, supplement yg diambil vitamin dan juga jamu nona roguy. Hari keempat bersalin aku dah start berurut. Panggil tukang urut merangkap bidan juga, Mak Yah. Tak larat kalau dibiarkan lama2, badan lemah sangat dan urat2 tegang. Alhamdulillah selesai 3 hari berurut badan dah sihat, perut pun dah ok. Erm...sebut pasal berat, hehe...nampaknya berhasil juga program diet ciptaan sendiri. Berat dah turun tp masih belum mencapai target yg diidamkan. Masih dalam proses penurunan, takleh lah drastik sangat kan...nanti baby pula tak cukup makan :)

Husna ada satu tabiat tidur. Dia kalau dibiarkan tidur sambil meniarap insyaAllah lama sikit tidurnya. Tapi kalau tak tiarap, erm...ada dalam 2-3 min je dia tidur. Malam ada kalanya dia takleh tidur kalau ada masalah macam sakit perut. So, kenala pujuk and dodoikan dia sampai dia terlelap. Then, masa Husna sebulan hari tu bawak dia pergi cucuk kat klinik panel. Beratnya masa tu dah naik 4.5 kg. Husna kena cucuk menjerit gak :) Tp sekejap aje, pastu dia sambung tidur balik :)

My lovely cousin, Kak Nor disahkan preggy lg :) Alhamdulillah, after chek up with Dr.Kham kat An-Nur, dia disahkan preggy twin. Mudah2 an semuanya selamat till end. Dan semoga bertambah rezeki famili Kak Nor dan dapat segera berpindah ke rumah baru kat Seksyen 7, Shah Alam. Also gud luck tuk Kak Nor yg nak sambung PhD next year. AMIN ~

Sunday, May 10, 2009

For u Mom...

Mother's Day setiap tahun disambut. Dan tak sangka tahun ini aku dah pun bergelar seorang ibu @ emak @ umi @ mama. Alhamdulillah :) Tapi my baby tak leh nak wish sebab lom pandai cakap :)

Selamat hari ibu kat ibu and emak mertua! Kasih sayang dan perhatian yg kalian berikan tidak ternilai oleh wang ringgit. Kasih ibu membawa ke syurga. Moga diriku dapat mencontohi sikap dan keprihatinan kalian dalam mendidik dan membesarkan anak-anakku kelak.

-- Thanks to Faryza sbb wish Mother's Day...


Husna - kehadiran Husna melengkapkan hidup umi ...thanks Allah!


Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi