Friday, July 31, 2009

Shah Alam dan PD

Dah 2 malam aku kat kL. Tumpang stayed kat rumah my cousin at Seksyen 7, Shah Alam. Rumah baru Kak Nor :) Abg ada course kat ILSAS, Bangi. Cantik rumah Kak Nor. Ada sikit renovation dilakukan di rumah barunya tu, bilik2nya besar. Ucapan selamat untuk Kak Nor n famili sebab dah dapat rumah baru (lama dia tunggu nak ada rumah sendiri).

Petang semalam aku dan abg sempat ke Sungai Buluh tengok adik abg baru keluar wad. 4 hari kut dia kena admit kat Hospital Sungai Buluh sebab kandungan gula dia tinggi, pastu tak pasal2 pulak sakit perut hari tu dan demam. Doktor2 semua panik sbb dia preggy twin. Baru nak masuk 34 wks. Doktor masukkan ubat untuk matangkan paru2 baby2 dan macam2 lg ubat katanya. Kesian kat my sis in law tu, tp nak wat camne...preggy twins mmg tinggi risikonya. Doktor pesan kat dia before balik tu, kalau sakit perut lagi terus pergi hospital. Semalam tengok dia sihat dah sikit. Mudah2 an dia sihat seadanya.

So malamnya, aku dan abang ke PD pulak. Bermalam di rumah abg sepupuku. Abg ade kerja sikit kat TNBD Seremban. Tak malam ni maybe esok pagi kami balik ke Paka.

One thing lagi, Husna dah masuk 4 hari tak poo poo :( Ini amat merisaukan umi dan abah, Sebab 1st time Husna begini. Dah pergi klinik masa kat Shah Alam, doktor chek perutnya...tp tak keras. Husna tak meragam. Ceria sahaja. Tp kami as her parents pulak yg risau. Takut la kan. Doktor bagi ubat untuk dimakan. Doktor pesan, after 2 days kalau tak berkesan kena pergi klinik semula untuk pam keluar poo poo nya. Ya Allah! apakah dugaan yg Kau berikan kpdku ini? Kumohon padaMu Ya Allah agar Kau permudahkan segalanya. AMIN YA RABBAL ALAMIN.



Thursday, July 30, 2009

Permata Hati - Giveaway


Apa komen anda tentang beg ini?

Cik As kembali lagi dgn Permata Hati - Giveaway. Apa pendapat atau komen anda semua tentang tote beg di atas tu? As for my opinion, ianya cute. Can be use as diaper bag or bring anythingla yg kita suka. Just for talinya may be boleh ditukar sama dgn design flower pada beg tu, kasi sepadan sikitla :) (my opinion tak semestinya betul)

Kepada yg berminat, anda boleh menempah tote bag seperti ini dari Cik As. Juga boleh turut serta dalam giveaway ini. Pemilihan pemenang ditentukan guna random.org. So, kalau kita yg terkena maka kitala yg dapat! (kita merujuk kepada sesiapa jua)

Tiada syarat yg ketat, just open kepada para blogger and tak perlu jadi follower. Berikan komen tentang beg tersebut dan buat sedikit entry tentang giveaway ini di blog masing2 kemudian jgn lupa untuk tinggalkan link anda di entry blog Cik As. Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 3 OGOS 2009 (Isnin).



Wednesday, July 29, 2009

Romantic & Loving Couple Contest


Ahakz...baca title pun kita leh tau :) (shy2 cat la konon). Auu...romantik gitu. Bukan senang nak publish gambar2 romantik kat internet ni, takut orang salah guna gambar kita tu kan :) Tp tak pe, this time bagi sy chance untuk menyertai contest yg dititlekan seperti di atas itu...

Actually, contest ni dianjurkan oleh MamaTisya bersempena dgn Wedding Anniversary nya kali ke 3 pada tahun ini. For those people yg berminat nak join jangan silu jangan segan, jom join ramai2...sama2 memeriahkan Romantic & Loving Couple Contest ni! (suke2 aje kan:) )

Ok, MamaTisya...here is the picture yg sy pertaruhkan. Rasanya dah romantik abih dah tu :)


  • Nurulhuda & Mohd Sazli
  • Kahwin pada 14 Mac 2008 (1st anniversary this year)
  • Gambar ini diambil semasa sy dan hubby pergi bercuti ke Bali, masa ni kat Tanah Lot. Baru je, dalam minggu lepas (July 2009). Percutian ini umpama Balimoon pada kami sebab tak bawa sekali our lil Husna :) 1st time berjauhan dgn Husna. Kami ambil gambar ini berbackgroundkan sunset di belakang kami, tp kalau u all perasan, sunset tu cam dah nak abih kan...terlambat sikit. Takpe, asalkan ada kenangan di situ... photographer yg ambil gambar kami ni pun bagus, cantik gambarnya...my hubby pun very excited dgn gambar ini (sebab kami terlepas compliment yg hotel bg untuk amik gambar during sunset) Muka masing2 maafla...agaknya tengah kepenatan bershopping sakan di Tanah Lot :) Harapan sy, keromantikan (ade ke perkataan ni?) kami akan berpanjangan sehingga bila2...insyaAllah :)

Syarat2 penyertaan adalah mudah iaitu seperti di bawah ini:




1. Add blog MamaTisya di bloglist@blogroll and become her Follower - DONE

2. Upload Romantic & Loving Couple Contest picture on your blog sidebar - DONE

3. Buat entry khas ngan tajuk Romantic & Loving Couple Contest (hanya tajuk ini sahaja yg diterima) - DONE

4. Upload only ONE gambar paling Romantic & Loving anda (selain dari gambar kawin ye & bukan banyak2 gambar diedit dalam satu frame) & sertakan details seperti berikut:

  • Nama anda & pasangan - DONE
  • Tarikh kawin & anniversary ke berapa tahun ni - DONE
  • Citer sikit pasal gambar yg dipilih & nyatakan tahun bila & lokasi gambar itu - DONE

5. Dalam entri itu pastikan anda mention & link ke MamaTisya & Romantic & Loving Couple Contest (no link back will be disqualified) - DONE

6. Bila dah siap, tinggalkan link di entri ini, senang MamaTisya nak view entry yg dah siap - DONE

7. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yg paling Romantic & Loving Couple

~Hadiah adalah something from ANNA SUI~








Saturday, July 25, 2009

Balimoon

Hampir seminggu juga aku tak update blog ni... bukan apa, sibuk jalan2 cari makan :) Emm..17.07.09, hari Jumaat aku dan abang bertolak ke Bali. Percutian yg lama dah kami plan since Husna lom ada lagi. Percutian ala 'balimun' :) Husna kami tinggalkan di samping atuk & neneknya di Johor sambil dibekalkan susu yg kuperah sendiri. (1st time berjauhan dgn my Husna...sedih sangat masa nak gerak dari rumah haritu) Percutian ini turut disertai oleh kawan2 abang - Busyem, wife & his aunt, serta 2 org berpangkat bos abang (seorang tu single and available lagi umur dah separuh abad) Boleh pulak masa on the way gerak from Johor tu dengar berita Jakarta dibom, tp tu kat Jakarta...very far from Bali.

kat LCCT before naik flight...mask sentiasa dipakai sbg langkah safety...

Sampai kat Bali dah malam, around 9pm camtu. So bos abang yg single dan juga kaya (banyak duit tp tak kedekut) tu telah bermurah hati sponsor transport (kijang @ innova kat Malaysia) and drove we all semua ke sebuah restoran masakan Minang. Halal lah kan. Bali ni susah sikit nak cari yg halal sebab 95% kut orangnya beragama Hindu. Kat mana2 kita boleh nampak patung berhala mereka, kat kedai2 lagi la...(smelly sikitla, bau colok diorang bakar kan) Lepas makan2, pak supir hantar kami ke hotel masing2. Me and abang stayed kat Dewi Sri Hotel. Not bad tempat ni. Ala resort gitu. Banyak gila omputih stayed situ gak. Dan one thing, hotel ini dekat sangat dgn tempat Bali dibom dulu. Legian nama tempat kiteorg stay ni, dekat dgn Kuta. Happening tak ingat masa malam minggu...dah rasa macam kat negara omputih. Kami keluar pun sebab nak beli air mineral pastu cepat2 ajak abang balik hotel, takut seh... :)



kat Dewi Sri Hotel...dah nak chek out masa ni...

2nd day kat Bali.. kami jalan2 kat Galuh (tempat shopping yg ada 50% diskaun) Ade lah beli sedikit2 barang. Kemeja & baju batik. Then, lunch kat satu tempat makan nama Natrabu. U all yg datang Bali, i recommend makan kat sini. Bagus. Sedap. Halal. Ada musolah. Makanan yg dihidangkan masakan Padang Minang. Harga berpatutan. Ada aircond juga :) Petang sikit, supir bawak kami ke Tanah Lot. Mak aih..sampai sana dah ramai tak ingat manusia. So apa lagi, inilah peluang nak shopping2 barang murah. Kat Malaysia ni macam kat Padang Besar la lebih kurang. Tp yg pasti kita kena pintar menawar :) Bila dah hampir jam 6.15pm (waktu sunset ni), semua ramai2 ke tepi beach nak tengok sunset. Maghrib masuk awal lah kan. Niat jamak. SubhanaAllah... indahnya ciptaan Allah SWT. Sempat dioffer oleh photographer jalanan untuk amik gambar berbackground sunset. Cantik woo...10 ribu rupiah je bayarannya :) Romantik gitu...

inilah hasilnya...gambar berlatarbelakangkan sunset...

3rd day bos abang yg 2 orang tu ke Surabaya. Mereka ajak gak kiteorg join sekali, tp kami tak dapat nak join. InsyaAllah nanti ada peluang lagi kami ke Surabaya pulak. Me dan abang chek out Dewi Sri Hotel then chek in kat Legian Express pulak :) Saja...hotel ni pun ok gak dan value for money :) Pastu, kami yg tinggal kat Bali ni telah sepakat nak habiskan hari tu di Nusadua. Main permainan air. Ada lah pakej2 tertentu yg disediakan. Me dan abang pilih nak scuba diving dan main flying fish. Pastu abang single main parachute terbang. Kat Bali ni tak perlu ada lesen pun boleh diving sebab kami dibantu oleh instructor yg terlatih. Lama tu kat dalam laut, 30 mins ++. Leh tahanla, tapi air dia keruh sikit tak macam kat Terengganu ni, jernih airnye :)


wakaka...macam pro je kan...dalam hati takut2 pun ada :)



sesudah flying fish...cuak kena terbang :)



abang main parasailing...


4th day, kami jalan2 ke Ubud pula. On the way to Ubud tu ada singgah banyak tempat perlancongan. Ubud ni macam perkampungan kraf la. Setiap kampung tu ada hasil kraf masing2. Kami singgah kat tempat orang buat batik, buat silver, lukisan dan ukiran kayu. Boleh puji orang sana sebab mereka sangat berbakat dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu kraf :) Sampai kat Ubud, kami sempat shopping2 sikit barang hiasan dalaman. Malam nya aku dan abang decided nak naik kereta kuda pusing2 Legian dan pantai Kuta. Pembawa kuda tawarkan harga 200 ribu, tp abang try tawar menawar finally 70 ribu aje bayarannya (my abang memang pandai bab2 duit ni) So pusing2la kami dgn kereta kuda tu.


makan seafood kat Jimbaran...halal...no fried, just steam and toast...lobster seh..

Last day kat Bali... emm... konon nak pegi spa, tp kan disebabkan ketidakcukupan masa, maka cancel lah nak berspa dan baliness massage tu. Pergi airport jam 2pm. Chek in pukul 5pm. Ada sebab kami pergi airport awal. Kami tak cukup cash, dan baru je dapat tau yg airport kat Indon ni dia punya tax tak include dalam flight ticket. So kalutla sikit kalau tak boleh bayar guna credit card. Then bila tanya2 kat encik kaunter pertanyaan tu dia kata bisa. Alhamdulillah...lega sangat. 150 ribu per person. Dua orang kenala 300 ribu kan. (mahal seh, tax kat airport Bali ni)

Arrived kat kL dalam jam 10.40pm. Alhamdulillah. Amik kereta, abang parking kat rumah 2 pupunya di Nilai dan drove balik Johor. Dah rindu sangat sama Husna. Sian dia, dah susut sikit anak umi. My mom kata malam2 dia susah tidur dan asik panggik 'emm mmak' je... :( Hingga ke hari ini pun aku dan abang dikurniakan kesihatan yg baik, Alhamdulillah...kita merancang, segalanya Allah Taala yg tentukan :)


Tuesday, July 14, 2009

Saya pun dah lepas 100 hari

Ya...sy pun sudah melepasi 100 hari. Masih terasa sakit ketika tunggu untuk lahirkan Husna. Teringat2 masa Husna keluar tu, bulat aje rupanye :) Teringat masa tu rasa susah nak susukan Husna sebab susu lom ada sepenuhnya. Menangis gak, kesian tengok dia lapar...Dalam 3 hari lepas Husna lahir...sentiasa pantau tidurnya, khuatir dia kena jaundice. Alhamdulillah tidak ada sakit itu. Husna sihat walafiat...


pic ni dari hp Pak Su...

Dari sehari ke sehari Husna semakin membesar...umi happy sangat...Husna kalau nangis pun halus suaranya, jerit lagilah...manja aje bunyinye. Kecuali kalau Husna tengah sakit perut, erm...memang umi dan abah tak leh nak wat ape. Cuba sedaya upaya nak baikkan Husna.

Umi tak ajar Husna tidur dalam buaian sebab kalau Husna dah terbiasa, cuba imagine...abah kan selalu outstation. Most of the time kita akan stay kat hotel. Susah nak angkut Husna punya buaian tu. Mana2 pergi kena bawak buaian :) Alhamdulillah Husna tak ada masalah nak tidur. Bila jalan, dalam kereta baru 2 min Husna dah tidur :) Along the way tu pun Husna akan tidur.

Other thing, umi tak ajar Husna hisap puting. Mula2 tu abah tanya gak kat umi apa rasionalnya tak bagi Husna puting? Umi diam aje. Bukan apa, alasan umi...Husna tak comel kalau hisap puting. Tambah nanti bila Husna dah besar sikit...and puting tak nak lepas...lagila buruk rupanya (pendapat umila...) Takpe...Husna hisapla jari, umi akan sentiasa jaga jari2 anak umi tu.

Umi doakan Husna akan sentiasa diberi kesihatan yg baik...insyaAllah...love u sayang umi...

Monday, July 13, 2009

From Teluk Sareh to kL

Lama tak update yer...mana menghilang? Erm...bulan Jun dan Julai, my abang asyik pergi outstation aje. So, me & Husna kena angkut sekali. Rasanya masa dalam pantang dulupun, abang angkut me, Husna together with my mom & abah ke PD. Tp masa tu dah puluh2 hari, dah sihat pun.

Last week ikut abang balik Perak. Abang course kat TNB Ulu Kinta. Me & Husna stayed kampung aje, seronok sikit sebab ramai orang rather than stay kat hotel kan. Kat kampung tu boleh nak guna internet broadband ni tp speednya agak slow tu yg malas nak online. Jumaat malam ke kL. Abah abang dapat award 30 years dalam perkhidmatan bersama TNB. Kami semua stayed kat Seri Pacific Hotel. Esoknya, balik terus ke Paka. (plan nak visit Fariza tertangguh lagi)

me and Husna kat lobi Seri Pacific...tunggu atuk Husna chek out

Tp sempatla malam tu pergi lepak kat Dataran Putrajaya. My sis in law yg stay Sg. Buloh tu teringin sangat nak pergi sana. Dia siap masak2 lagi untuk makan2 kat sana. Rasa cam picnic pun ada di waktu malam di bawah sinaran lampu2 kat depan Masjid Putra tu :) Meriah sangat, orang lak ramai time tu...maka kami pakat duduk kat betul2 depan pejabat PM tu. Hehe...


makan2 time...sambil lepak2 kat Putrajaya...

Erm...Husna sebelum ni tak pernah lagi jumpa dgn Mak Longnya (kakak abang). Walaupun Kak Long duk Penang, tp kerjanya kat AADK Balik Pulau tu banyak. Cuti pun susah. So, last week finally Husna berpeluang jumpa Mak Long & Pak Long. Alhamdulillah...ada gak hadiah from mak Long & Pak Long untuk Husna walaupun Husna dah 3 bulan. Tq Mak Long :) Hadiahnya ialah...tu kat bawah tu :)

tq mak long and pak long...

Then, semalam Husna pergi chek up & cucuk kat klinik. Husna kan dah 3 bulan, so kenala cucuk lg. Berat Husna erm...boleh tahan sihat anak umi ni...6.7kg. Patutla lenguh semacam tangan umi kalau dukung Husna. Kalau jalan2 memang kena bawak stroller selalu. Takpe, Husna sihat...umi dan abah senang hati :) Itula berkat hasil bf sepenuhnya sekarang ni...Tp kadang2 bila pipinya tu bertambah bulat, lesung pipitnya pulak yg tenggelam :)


Husna suka isap jari2nya yg runcing itu...


Sunday, July 05, 2009

Congratz Faryza and Anita!

Alhamdulillah..

Berita Muktahir!



Baby Fariza & Johan...

Mama Fariza sudahpun selamat melahirkan baby sulungnya, seorang hansome boy :)
Berat baby 3.19kg jam 8.25pm, Jumaat 3 Julai 2009. Alhamdulillah, baby dan mama sihat belaka. (sama date 3hb, Husna 3 april, dan juga hari jumaat) :)

Tahniah juga untuk nit@Anita yg telah selamat melahirkan baby boy nya secara normal jam 6.05pm semalam, 4 Julai 2009 kat hospital Putrajaya :) berat baby 3kg.

Mudah2 an kedua2 nya dapat menjalani pantang dgn sebaiknya! :)

Thursday, July 02, 2009

Husna selsema, sayonara Cameron Highlands

Update...
Khamis, 02 Julai 09...


Husna kena selsema, tp tak berapa serius. Patutla time nak bf dia, masukkan dalam mulut...dia nangis2. Dia takleh nak breeze dgn sempurna. Hidung tersumbat, mulut pulak nak menyusu...maka susahla dia nak bernafas seeloknya. Dah takleh bf, maka aku beri dia air suam guna sudu. Alhamdulillah, dia beriya2 meminumnya. Haus dan lapar sangatla tu. Tp since petang ni dah ok sikit...sapu vicks kat her nose and dada. Erm, tp malam tadi...Husna nangis2 lagi. Perutnya dah kembung sebab tak dapat bf dgn betul. Plan nak pergi makan steamboat pun tercancel (tak ape, Husna punya pasal...steamboat next time leh makan) Until jam 1 am baru Husna betul2 boleh tidur. Aku try massage2 belakang dia...pujuk dia baik2, dan Alhamdulillah dapat bf dia dgn sempurna (may be dia dah rasa selesa dan boleh minum dgn teratur).


me & Husna...

mom & youngest bro kat Tanah Rata, breakfast roti canai yg sedap...

Kat sini memangla sejuk, tambah pulak hujan turun sekali sekala... Pagi tadi kami dapat keluar berjalan2 naik ke tempat yg lebih atas. Ke Kea Farm, Tringkap, dan turun balik ke Tanah Rata...erm, pastu ada singgah kedai2 yg kat area Equatorial tu. Beli-belah. Sayur2, buah2 segar banyak. Souverniers pun beli. Strawberry must buy! Tp paling best, strawberry kering. Nyum3...abih je beli lg. Memang tak puas makan. Ada beli teh Bharat Plantation yg ada macam2 perisa tu.

my mom tgh shopping buah2 an...


strawberry kering, peria kering etc...


kaktus banyak tak ingat, warna warni pun ada...


my lil bro, Amin & Anuar...

Jumaat, 03 Julai 09...

Hari ni dah nak say gudbye kat Cameron Highlands. Sedih gak rasa sebab bila dah balik Paka nanti tak de rasa suasana macam kat sini. Nyaman & segar aje :) Ibu, abah & adik2 pun nak balik Johor hari ni. InsyaAllah, ada peluang lagi kami akan ke sini lagi di masa akan datang.

my mom & abah with Husna...

Dan hari ni juga Husna dah genap 3 months. Alhamdulillah. Husna membesar dgn baik sekali. Semakin bijak anak umi dan semakin cute (umi bukan perasan, tp ramai yg jumpa Husna kata begitu :)...termasuk sepasang couple tua from Japan, so memang benarla anak umi sangat cute :)) Tengah nak belajar meniarap. Erm...dan secara officially nya umi nak tanggalkan sarung tangan @ mitten off. Pasni bolehla Husna explore macam2 dgn jari2 nya runcing tu :) Happy birthday 3rd months, sayang umi!

Husna dgn topi cameron...

Wednesday, July 01, 2009

Hujan di Cameron Highlands

Dari petang semalam hujan turun bawa ke malam...sejuk tak leh tahanla kat Cameron ni (ops...sy first time datang sini) Petang semalam juga my mom, abah & semua adik2 lelakiku sampai from Johor. They all join cuti2 Malaysia :) My lil sis tak dapat join cause tengah sibuk looking for her first job. Mudah2 an dia berjaya! (tak pe, next time leh ajak dia)

So, tengahari ni nak chek out from Heritage and stay kat apartment hotel lak. Dah booking semalam kat Star Regency. Senangla sikit, boleh masak2... Erm, Husna since last nite asik meragam2 je...may be dia confuse tengok orang ramai2...semua uncle nye duk keliling dia :)

InsyaAllah kalau tak hujan hari ni, nak jalan2 kat strawberry park, rose valley ke (tp kena naik lagi atasla...), tempat jual2 sayur ke...mana2la yg sempat...esok pun masih ada :)

Ok, will update later...till next...

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi