Monday, August 31, 2009

Rezeki bulan puasa

Alhamdulillah...menang gak contest!!! Aku menang contest yg dianjurkan oleh Online Shopping Blog. Me and Husna dapat no 3. Oklah kan dari tak ada langsung :) Tak dapat CD, baju baby pun ok :) Boleh tambah koleksi baju raya Husna.

Tak sangka slogan ku terpilih. Terima kasih kpd pihak OSB. Untuk view pemenang2 lain sila ke http://www.mommyandbebe.com/

Erm, petang ni encik abang jemput 3 orang budak2 bujang jiran kami (engineer juga) berbuka puasa di rumah. Kena masak2 special sikit. Pagi tadi dah beli ikan merah and udang. InsyaAllah nak masak ikan merah masak cili api, udang sweet sour dan juga sayur kangkung goreng. Simple je kan. Dessert may be puding jagung. Mudah2 an jadila semua tu :) Wish me luck!






Thursday, August 27, 2009

Kembar seiras


seorg ikut mommy, seorg lg ikut abahnye kut :)

Seiras tak? :) Sama kan...hah tu la dia 2 org sepupu baru Husna. Kembar seiras. Dua2 girl. Maka kini, sudah 4 orang cucu girl my father in law :) Alhamdulillah. Ini baby2 of my sis in law (adik abang no 3) yg stay Saujana Utama, Sg. Buloh. Due semalam pukul 7pm. Siang tadi my father in law mms kan pics both of the twins. Aku pun tak sure which one yg sulung and 2nd. My sis in law kata, yg sulung tu terpaksa divacuum, tp yg 2nd tu automatikla dah boleh keluar sendiri kan :)

ni my sis in law with her hubby masa baru2 kawin bln 12 hari tu :)

Dapat gak dia bersalin normal. Bukan senang kan preggy twin and dapat deliver pun normal. Condition both of the twins and their mommy pun Alhamdulillah sihat. Tiada masalah. Tp my sis in law tu kena tmbh darah je. Tak pe, esok insyaAllah dah boleh keluar dan terus balik ke Perak untuk berpantang. Tahniah to both Hidir and Wani!!! :)

psssttt: my abang said, dia nak try gak dapat twins since his abah ada adik beradik yg twins. Abihla i :)




Kursus Jenazah

Dari Allah kita datang, kepada Nya kita kembali...pagi tadi aku attend kursus jenazah anjuran Pelitawanis Paka ni. Alhamdulillah. Aku diberi nur untuk hadir ke kursus itu. Sambutan drpd kaum ibu juga amat memberangsangkan. Kuliah start jam 10am dan habis selepas Zuhur di Balai Islam kuarters kami ni. Husna kubawa sekali dengar kuliah :) (tak meragam, baik je)

Antara isi kuliah yg sedap didengar...
  • setiap yg hidup pasti akan mati
  • roh apabila hendak berpisah dari setiap inci jasad kita, dia akan menangis
  • malam pertama di alam kubur
  • bagaimana nak menghadapi kematian
  • cara2 mandi mayat dan kafan (step by step diajar)
itulah sedikit sebanyak hasil kuliah yg kuhadiri itu. Banyak lagi boleh share dgn semua tp yg pasti itu antara paling berkesan dalam hati aku. Yer! kita sbg manusia, wajib bersyukur atas nikmat Allah. Setiap yg terjadi adalah qada' dan qadar dari Nya. Belajar dari pengalaman. Bila kita diberi peluang untuk belajar sesuatu, maka tekunkanlah niat di hati untuk pelajari sesuatu itu.

Maka, bila kematian mendatangi kita atau keluarga kita kelak...insyaAllah kita boleh menghadapinya dgn tenang. Ilmu perlu diamalkan :)







Wednesday, August 26, 2009

Masak2 untuk berbuka puasa

Alhamdulillah dapat gak memasak untuk berbuka last nite. Puasa 1st day buka kat kg abang. Puasa 2nd day pulak kat kedai makan sebab on da way balik from kg abang. Then 3rd day ada jemputan buka puasa kat rumah kawan abang.

Masak apa yer? Semalam masak simple2 je. Dengan Husna menangis bila tak de orang kat depan mata dia...agak kelam kabutla sikit. Nasib baik abahnya balik kerja awal, boleh layan Husna main2. Ha...Husna ada toy baru lg. Ummi dan abah belikan Learning Keys from Fisher Price. Cute sangat bila Husna klik2 kat button key tu dan dengar lagu2.



Husna tengah main dgn learning key nya...

Ok...back to the title...so last nite masak ikan bawal sweet sour dan last minute changing of the menu, ikan tenggiri masak kicap. Seafood je semua. Senang dan ringkas. Sayur tak beli, so just letak vege campur kat dalam kuah sweet sour tu. Hasilnya, abang kata...'marvelicious'...err...hehe...abang suka, aku pun suka :) (suka kena puji). Aku ni actually tak reti sangat masak2 ni. Time studi dulu, mana nak tunjuk sangat skill (sebab tak terror, seganla kan kat member2). Tp okla, since kawin...aku dah improve skill masak2 ni. Bolehla kan... insyaAllah petang ni nak masak pencuci mulut sikit. May be puding laici ke, tengokla macam mana (if Husna tak kacaula) :)




ikan bawal tu abang dah usik lepas buka ngan kurma...same dgn ikan tenggiri :)

Lain2 hal...hehe...walaupun Husna dah 4 bulan lebih, Alhamdulillah ada lagi kawan abang yg baik hati telah memberikan Husna hadiah sempena dia lahir. Husna dapat sehelai towel fiffy dan Hallmark feeding baby set :) Best2! ummi suka sangat :) Thanks Pok ki (Zaki) and his wife (Sis Lubna)!



cute kan? :)






Monday, August 24, 2009

BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"


Apa makna beautiful bagi anda? (hehe...nak belajar bahasa ke? ) Beautiful pada sy harusla cute dipandang, geram dipandang, tak lepas2 nak pandang...err...gitula lebih kurang. Husna ni tak tau nak kategori sebagai apa. Sebab dia tak pernah lg masuk mana2 contest baby comel ke etc. So for this contest, her ummi just nak try her luck! If ada rezeki anak ummi ni Alhamdulillah :) Husna ni babam sangat (pinjam word babam Kak Yatie :)). Mesra dgn orang2 tertentu.

Jom tengok aksi bersahaja Husna di bawah ini...


Nama baby ~ Afifah Nurhusha Mohd Sazli
Umur ~ 4 bulan
Gambar diambil pada minggu lepas semasa kami sekeluarga lepak2 di Equatorial, kL. Husna nak mandi time ni, tu yg tinggal diapers je tu. Kain baju semua dah tanggal. Actually gambar ni just candid. Husna syok dok main2 dgn blanket tu, ummi pun apa lagi cepat2 amik handphone dan snap the moment. Tak reti sejuk Husna ni...selamba je main2 dalam selimut :)



Baby dan abah sewaktu bersiar2 di pantai Batu Burok...


Syarat2 nya ialah:
  • jadi follower Mommy_Zara
  • sila add banner di atas pada sidebar blog anda
  • buat special entry untuk contest ini dan sertakan sekali satu picture baby u alls yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..
  • sila nyatakan sekali nama baby dan umur baby tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri
  • sila nyatakan bila gambar diambil
  • link kan blog Mommy_Zara dan sila tinggalkan comment bila dah siapkan entry k...
*A.L.E.R.T*
semua baby yg menjadi peserta mestilah dari umur....
newborn ------------------------> 3 tahun
for those yg single, u alls juga boleh sertai contest ni & syarat menghantar gambar seperti di atas haruslah dipenuhi...

dan hadiah2 nya ialah...


1st Prize: 1 printed tshirt(ur bb pic on it) +1 magnetic + 1 keychain + 1Mag baby poster
2nd Prize: 1 Magnetic + 1 Mag baby Poster+1 keychain
3rd Prize:1 keychain & Mag baby Poster
Mystery gift for number: 9 & 19 (me tak dok chance la)

*contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09

Nak join jom klik sini...

Good luck Husna!






Yatie Chomeyl's Giveaway - Kisses of Love


Ciuman yg bermakna adalah ciuman dari hati yg tulus :) Bukan paksaan atau lakonan...hehe...bab2 cium ni sy paling suka cium abang curi2 :) Muaah!3x Bila dengan Husna pula tak kira masa...suka2 nak cium dan suka2 nak gomol dia :) Dengan pipinya yg chubby itu memberi sy peluang untuk menkissingnya all the time kalau boleh.

Husna pula jenis tak kisah. Lagi banyak uminya kiss lagi la dia suka dan ketawa melekek2 :) Apa yg pasti kalau nak cium, ciumlah orang yg kita sayang itu dengan seikhlas hati, agar dapat menggembirakan hati orang yg kita cium itu. Dengan ciuman juga dapat menenangkan hati seseorang yg sedang berduka, menambahkan keceriaan di hatinya serta mengeratkan lagi ikatan kasih sayang yg terjalin...insyaAllah :)

ini pose sy kiss my lil Husna...muaaaahhh3x

Entry ini sy taip khas untuk join this contest yg dianjurkan oleh Kak Yatie. Untuk join sila klik sini dan lihat terms & conditions. Still sempat lagi ni...until petang ni jam 3, 24hb Ogos 2009. Hadiah2 yg disediakan sangat cute. Jom join! :)





Thursday, August 20, 2009

Baby in Pink Contest

Husna nak join contest tak? Nak2... (ektually umi yg lebih2 nak Husna join contest :P) Ok jom kita take part dalam Baby in Pink Contest ni. Well, contest ini dianjurkan oleh ibu Puteri sempena birthday Puteri yg ke 1 tahun 3 bulan.

Jom tengok syarat2 penyertaan:
  • Open kepada para blogger
  • WAJIB jadi follower ibu Puteri dan add url blognya kat blog list anda
  • Upload only sekeping photo anak anda dan buat special entry tentang contest ini yer dan jangan lupa untuk sertakan nama dan tarikh lahir anak
  • Baby boy or girl boleh join belaka asalkan pakai baju colour PINK (baby mesti yg lahir dalam tahun 2007-2009)
  • Make sure semua link yg patut ada dimention yer dalam entry anda
  • Ada 2 soalan cepu emas perlu dijawab:
a) Kenapa anak anda patut menang dalam contest ini??
b) Apa yg anda tahu tentang blog Sha ni & kenapa anda suka baca blog ini?? Just nak tahu ape yg anda tau..Extra marks k..
  • Dah siap semua sila letakkan komen anda di entry ibu Puteri dan bubuh sekali URL link entry anda
  • Pemenang ditentukan oleh juri professional
inilah gambar Husna dan baju pink nye :)

Nama baby ~ Afifah Nurhusna Mohd Sazli
Umur ~ 4 bulan 3 minggu

Kenapa Husna patut menang yer?
  • Gambar ini menunjukkan Husna tersangat excited memakai baju berwarna PINK (tp seluar kaler yellow). Sambil baring2 di atas katil . Sebelum Husna lahir, umi beli baju kebanyakannya kaler white sebab umi nak bagi fairla (if yg keluar kang boy or girl dua2 boleh pakai belaka). Agaknya sebab dah boring duk pakai kaler white je since lahir, tu yg terlebih excited bila pakai baju kaler PINK ni :) Betul tak pendapat umi ni Husna? :) Nampakla gurly sikit bila Husna pakai PINK. Kalau tak orang asyik tanya Husna ni boy ke girl?
Apa sy tahu tentang blog ibu Puteri?
  • Frankly speaking, sy ni baru je kenal ibu Puteri itupun sebab jalan2 kat blog orang lain then terjumpa blog ini. Our Precious Princess Fairytale...yg pastinya bila start baca beberapa entry dalam blog ibu Puteri ni, sy mula tertarik. Banyak gak info dan kisah2 Puteri yg menarik untuk dibaca. Di kesempatan ini sy ingin wish happy birthday kat Puteri! :)





Tuesday, August 18, 2009

Bf di bulan Ramadhan

Yerr...Ramadhan akan menjelang sedikit waktu lg. Apakah persiapan yg akan kulakukan untuk Husna? I mean, jaminan yg susu untuknya tidak kurang dan cukup sepanjang hari yg aku akan berpuasa nanti. Buat masa ini, aku amalkan minum soya. Juga minum banyak air kosong. InsyaAllah ada plan nak minum something yg ada fiber time sahur setiap hari berpuasa nanti.


Almaklum, ini 1st time aku berpuasa dan di samping itu perlu bf kan Husna. Pernah terniat nak try berlatih puasa sehari sambil bf Husna. Niat tu lama dah. Tp sampai la ni, dah nak masuk bulan puasa tak dapat2 juga nak buat puasa sunat tu :) Banyakla excuses kan. Tak laratla, letihla, and so on... Mudah2 an aku akan tabah menghadapi hari2 sepanjang bulan Ramadhan nanti. Biasala, bg mereka yg ada baby mesti dah terbiasa tak tidur malam (kadang2 anak bangun tengah malam), then sahur dah kena bangun awal untuk prepare something to be eat. Ya Allah! Permudahkan segala pekerjaanku! AMIN~

psstt: To all frens, if ada any ideas leh share sama dgn I camne nak bagi susu maintain ada time kita puasa nanti k! :)





Monday, August 17, 2009

Contest Before & After Makeover

Entry ini adalah sticky mode. Sila scroll untuk lihat new entry k!


Contest ini dianjurkan oleh Echa. Actually deadline 14 Ogos '09 but telah dilanjutkan sehingga 16 Ogos '09. Since dah dilanjutkan, sy pun tiba2 teringin nak try join this contest :) Suka2 join!

Sila terjah sini untuk melihat syarat2 dan cara penyertaan yer! Cepat! Masih sempat!!!

Tanpa membuang masa, jom lihat penyertaan sy ni :)

before

after


Perihal gambar ~

Gambar ini diambil di sebuah kedai gambar pada tahun 2008. Aku telah dimakeoverkan oleh seorang teman opis. Kredit untuk beliau kerana telah memberi satu kelainan kepada wajahku yg kusam ini (muka aku memang pucat kalau tak make up). Kiranya ini adalah sebagai hadiah kahwin aku la. Dia make over dan pinjamkan sehelai gown berwarna purple (i love purple!) Hasilnya seperti gambar itu. Cantik kan? Orang kalau dah kreatif, buat apa pun kat muka orang mesti menjadi punyala :) Thanks ek!

Gud luck untuk semua contestants!!!


Husna selseme dan batuk biasa

Malam semalam bawak Husna pergi klinik...erm klinik Habibah. Ramai patients seh. So, aku dan abang decided tunggu kat luar klinik aje. Masa tu tengah turn 40. Turn kami 45. Sabar la kan menunggu. Risau bukan apa, dgn budak2 and baby2 nye, orang2 tua pun ade...isk3...selamba je mereka ni. Langsung tak de langkah pencegahan :)

So sampai turn Husna. Doktor Rose pun tanya sakit apa. Aku bgtaula dia selseme dan ada batuk sikit. Doktor pun tembak kat telinga Husna untuk amik suhu. Doktor kata tak demam. Alhamdulillah. Lega. Doktor bagi ubat yg sepatutnya untuk Husna. Doktor advised, next time kalau boleh nak pergi klinik datang waktu siang. Sebab malam ni biasalah, ramai patients (siang diorang kerja kan). Then kena kurangkan bawak Husna kat public area, dikhuatiri macam2 penyakit kat luar tu :) Thanks doc! Balik dari klinik terus bagi dia makan ubat. Pandai pulak tu, kita bagi ubat dia rasa dulu. Kalau sedap dia telan semua, kalau tak dia keluarkan sikit2...isk3 anak umi ni :) Dalam half and hour tu Husna pun tidur.

Menjelang tengah malam, dalam pukul 2 tadi kut Husna terjaga. So aku bf kan la dia. Erm...rasanya dia tak tidur kut till kiteorang bangun Subuh tadi. Dia duk main2 sendiri je. Aih...tp tak pe, sekarang ni dia tengah bantai tidur :) Sian anak umi...moga cepat sembuh yer sayang...

Sunday, August 16, 2009

Outstation Batu Burok

2 hari sudah, aku ikut abang ke Batu Burok, Kuala Terengganu. Dekat je kut dgn Paka. Dalam 90km++ , sejam lebih la memandu. Stayed kat hotel dekat area tu. Cantik pantai Batu Burok. Before ni dah pernah pergi tp just singgah2 gitu je. Boleh tahan ramai manusia lepak2 and ambil angin di tepian pantai.


Husna dan abahnya...(air liur Husna menjejeh keluar)

Since abang ada workshop kena attend, so aku tak de la keluar sangat2 pun. Tak pergi Pasar Payang pun. Jalan2 area tu je. Lgpun, tak nak galakkan Husna terdedah dgn public area. Tp ada pusing2 dalam kereta sampai ke Manir, Losong, Pasar Cabang Tiga dll. Sempat tengok dari jauh Masjid Kristal. Erm...nicela. Walaupun kami ni permastautin di Terengganu tp kami belum lg pernah sampai ke Taman Tamadun Islam :) Bz dgn kerja mana sempat nak jalan2 kat tempat sendiri.

Then tengahari semalam balik Paka.

TAHNIAH kepada adikku, Saadah (Cik Cik Husna) & juga sis in law ku, Watie (Mak Uteh Husna) yg telah selamat berkonvokesyen 1st degree mereka semalam di Uniten kampus Putrajaya. Adikku amik course Bussiness Management majoring in Marketing (Hons.) and Watie pulak amik course Civil Eng. (Hons.) Sorila yer tak dapat hadir...nanti akak belanja ais krim :)



Cik Cik Husna

Mak Uteh Husna

Alhamdulillah...semoga kedua2nya dipermudahkan untuk mencari kerja. AMIN.

Tak lupe juga tahniah kat Mas yg berkonvo pada hari ini. Tahniah ek! Berjaya gak ko konvo... :)


Thursday, August 13, 2009

Jo visit dan meeting

Dua hari sudah Husna divisit (teruknya vocab) oleh my friend time studi uniten dulu. Aunt JoJo @ Zuliana nama sebenar :) Jo keje temp kat SMK Paka nun. Under Tesdeq. Best arr jumpe ngan Jo, syok leh sembang dgn kawan sekolah kan. Jo stay Kerteh umah kakaknya, umah sebenar kat KT. Jo datang siap bawak pisang goreng lg. Aku sempatla gorengkan cucur bawang dgn air oren. Nyum3. Masa Jo dtg, Husna baru tido. Tp pastu, aku tolong kacau Husna tido. Suka Husna kena dukung dgn aunt Jo nya :)

Petang semalam, aku attend meeting AJK Pelitawanis. Tak pernah pergi tu yg rasa nak pergi. At first, abang tak izinkan sbb kena bawak along si Husna (abah risaukan Husna). Yer arr...pergi public ni kalau boleh abang suruh kurang2kan. Tp last2 lepas aku buat senyap je, abang pun izinkanla (umi pandai buat muka sedih) Meeting macam biasalah, discuss agenda2 tertentu tentang persatuan. Husna baik je time meeting. Tengok orang sana, tengok orang sini. Ada gak kadang2 Husna mencelah :) Lama2 tu dia boring kut, nak bangun tak mo dah baring2. Lenguh gakla lengan memegangnya :) Pastu tepuk2 bg dia tidur kejap. Balik rumah terus mandikan Husna. Bukan apa, kesian kat dia panas kan kat luar tu. Ok dah...


Wednesday, August 12, 2009

Sweet Moments Baby Love 1st Give Away Contest

Galak bebenor (ada ke perkataan tu?) nak join contest ni... hehe... bukan apa, sekadar suka2 dan to share our moments sama2 kan :) also bagi meriah sikit our blog entry. Tak la boring je kita melihatnya. So this time bg laluan kat contest yg dianjurkan oleh Cik Intan, mommy to be ni :) Mudah2 an Cik Intan sihat aje sepanjang preggy ni, insyaAllah. Klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang contest ni dan syarat2 join contest.

Sila lihat gambar2 yg comel di bawah ini :)




Nama kami ~ Huda & Sazli
Nama baby ~ Nur Syaza Liyana (usia 3 bulan semasa photo diambil)
Photo diambil pada 08.12.08 di Taman Medan, Petaling Jaya

Kenapa photo ni dipilih?

Masa ni sy tengah preggy 7 bulan. Pipi pun comey gitu :) Menghadiri majlis kenduri bertunang adik sepupu encik abang. Meriah sungguh siap ada marhaban lagi. Tema majlis pulak kaler pink. Sy dan encik abang sambil2 tunggu time makan (datang untuk makan je ke?:)), kami jalan2 kat playground depan rumah pak cik abang tu. Bawak sekali si kecil Syaza iaitu anak kak long abang. Time tu umur Syaza baru 3 bulan. Mak dan abah abang (my mom and father in law) bawak Syaza jalan2 sampai ke PJ. Umi dan ayah Syaza tak dapat attend kenduri sebab ada tuntutan kerja yg perlu dilaksanakan. So, almaklumlah kami suami isteri ni first time ada anak buah sendiri... maka si Syaza tu ditatanglah bagai minyak yg penuh :) Suka sangat melayannya, tambah pulak sy tengah preggy time tu so memang suka sangat dgn baby2 ni (nak berlatih pegang2 and layan baby) Encik abang pun sangat sayangkan Syaza dan sanggup melayan karenah si kecil tu (rasanya mana2 daddy-to-be selalunya memang nampak very excited dgn mana2 baby kan?). Very lovely moment, rasa macam bawak anak sendiri jalan2 kat playground :) (now dah ada Husna, bawak dia pergi court badminton and tenis je la) Sesudah berjalan2 dan main buaian, kami pun dipanggil untuk makan2 :)

Kawan2 yg nak join, jom la same2 join. Tarikh tutup contest pada 15.08.09. Hadiahnya masih menjadi tanda tanya. Good luck ek! :)



Tuesday, August 11, 2009

Contest Baju Raya Sedondon


Tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma jua. Maka selama sebulan kita akan berpuasa. Dan kemudiannya Syawal tiba, sama2 kita meraikan hari raya (apekehe cam iklan je bunyinya). Dah siap ke baju raya masing2? Ada kaler tema ke? Hehe...

So, kat sini ada contest terbaru from Kak Naz - Blog Tentang Dia. Tajuknya
Contest Baju Raya Sedondon. Sila klik untuk melihat syarat2 penyertaan. Menarikkan bunyinya? Jom sama2 join!

As for me, sebenarnya tak kisah sangat tema2 ni. Tp tahun lepas kire speciallah sikitkan sebab baru kawin dan first time beraya bersama encik abang tercinta :) Tengah preggy pulak tu nak masuk 3 bulan. Baju raya kami time tu kaler hijau pucuk pisang temanya. Ihikz... cun melecun bergambar bersama :) Encik abang segak berbaju melayu cekak musang dan saya pula berbaju kurung riau bersama tudung bawal batu besar2 (famous time tu batu besar2)



Nurulhuda & Mohd Sazli
Tahun raya 2008
Tema kaler tahun ini cream (lom siap lg)

Penyertaan dibuka sehingga 22.08.09. Selamat mencuba! :)


Monday, August 10, 2009

OSB Giveaway Contest


Jom! Jom! Jom! Jom join OSB Giveaway Contest! Me macam biasalah, walaupun baru pernah sekali menang dalam banyak2 giveaway (itu pun saguhati) tp tak pernah berputus asa untuk mencuba mana2 giveaway contest yg diadakan :) Cuba selagi boleh!!! Caiyukkk!

Hadiah2 nya menarik sekali! Cuba lihat gambar2 di bawah ini...

erm...cantik kan? nak2...sama ada ini...


atau yg ini (1 insert)


yg ini pun ok kan :)


atau pun yg ini?




Syarat2 nya ialah...
  • jadi follower OSB
  • copy and add banner di atas tu kat sidebar dah bubuh link back
  • buat entry khas tentang giveaway ini dan... ada slogan yer!
  • "SAYA MEMILIH LAMPIN KAIN MODEN KERANA.........................................................................."
    (tidak melebihi 15 patah perkataan)
  • tinggalkan komen dan link blog anda bila entry dah siap
  • 4 pemenang akan dipilih berdasarkan slogan paling kreatif
  • deadline giveaway hingga 14 Ogos 2009
Jawapan slogan saya berbunyi begini -

"Saya memilih lampin kain moden kerana...

comel bergaya dipakai si manja,
jimat kos umi abahpun gembira,

mesra alam dan mudah diguna"

Poning pale pikir slogan :)










Mohon kekuatan diri...

Serius virus ni dah semakin teruk merebaknya. Tak boleh nak salahkan mana2 pihak. Kes2 jangkitan tempatan pun makin banyak. Golongan berisiko macam ibu2 preggy, kanak2, baby2, mereka yg ada darah tinggi and kencing manis sangat digalakkan tidak keluar rumah selalu. Bahaya! Penyakit ni dah merata2.

Hari2 duk lawat web MOH nak tau update terkini pasal ni la. Sekarang ni dahla musim orang membeli-belah sebab dah nak puasa dan raya. Tambah pulak tengah mega sale. Adus! Sabar je la. Abang kata, kalau nak keluar kena pakai mask. Husna tu lagila, still baby. Tak leh nak keluar sangat2. Dengar2 kat Paka ni pun dah ada kes. Tp belum digembar-gemburkan. Ya Allah! Apakah sebenarnya yg sedang Engkau tunjukkan kepada kami semua? Apakah yg sedang Engkau aturkan untuk kami semua? Mudah2 an ini akan memberi keinsafan kepada kita semua, yg sebenarnya ajal maut, jodoh pertemuan adalah di tangan Nya yg Maha Berkuasa. Kita sebagai hamba Nya hanya mampu berdoa memohon kebaikan dan keberkatan. Kembali kepada Nya. Aku harapkan bulan Ramadhan yg akan tiba nanti dalam sedikit masa lagi akan memberi peluang kepada kita semua membetulkan apa yg salah, memperbaiki kualiti ibadat kita.

Malam semalam before Maghrib, aku sempat membaca al-Quran surah Al-Waqiah bersama terjemahannya. Ini memang surah favouriteku. Almost hafal keseluruhan surah. Tafsirannya banyak menceritakan hari qiamat.Yup! Hari qiamat. Itu yg membuatkan aku suka dengan surah ini. Sepanjang menghamilkan Husna dulu pun, aku suka baca surah ni di samping surah2 yg lain. Aku ingin mengajak rakan2 semua (yg berkesempatan dan berpeluang) untuk sama2 mengaji atau melakukan solat sunat. Mohon kepada Nya agar diberi kesihatan dan keselamatan diri. AMIN~

psst - my sis and sis in law nak konvo Sabtu ni, rasa2 macam tak dapat attend. Ramai orang dan Husna pulak kecil lg...






Thursday, August 06, 2009

Teman Pak Usu

2 hari sudah Husna dan umi ikut atok, nenek & Pak Anjang teman Pak Usu ada assessment kat Ilsas, TNB. Pagi2 lg dah gerak from PD (ada PD malam sebelumnya) ikut highway je senang terus exit kat Kajang dan tuju ke Uniten. Abah Husna tak ikut sebab ada kerja kat TNBD PD. Lepas Pak Usu register semua kami pergi breakfast kat food court Uniten yg kat sebelah masjid tu. Lama dah tak makan2 kat situ...rindu sgt zaman2 studi dulu. :)

Dalam pukul 9 lebih tu, Pak Usu Husna called. Dah siap exam. Dia nak tukar baju untuk part practice lak. Lepas2 tu, kami ni jalan2 ke Alamanda. Saje jalan. Sempatla window2 shopping kat situ. Husna macam biasala, kalau nampak lampu2 memang dia excited sangat tengok lampu :) Penat jalan2 kami pusing masuk carefour lak. Nak beli air (Dahaga seh berjalan je). Tak lama tu baru Pak Usu Husna called cakap dah settled semua. So kelam kabutla kami semua bayar2 dan dalam kalut2 tu sempat sambar dunkin donuts 5 biji, free sebiji lg :) Nyum3...nasib baik Alamanda dgn Uniten 7 minit je kut. Then, pas amik Pak Usu kami semua terus berjalan pulang ke PD. Mudah2 an ada rezeki untuk my lil bro tu pasni. Kalau dia lulus this phase, insyaAllah ada chance untuk diinterview pulak. AMIN...


Monday, August 03, 2009

4 bulan dah Husna

Husna dah 4 months today :) Alhamdulillah... anak dara umi dah semakin besar, sihat dan bijak. Umi selalu doakan kebaikan dan kebahagiaan anak umi ni :)

Husna tengah thinking...

So, Husna sekarang... kalau diagah ketawanya melekek2 (alamak!betul ke tu vocab umi?) Suka senyum pada semua orang yg menegurnya. Umi perasan Husna ni leh tahan lasak orangnya. Kalau tidur... bila bangun tengok bantal dah ke mana, orangnya dah ke mana2...Even tengah baring2 atas tilam pun gitu. Tak suka bantal kut budak kecik ni :) Husna menerap tak reti sgt, tp suka berdiri. Tak suka duduk. Suka tengok cermin. Kalau orang tengah makan mulut dia pun mengunyah2 (lom cukup umur lg nak makan) Umi and abah plan nak sunatkan Husna bila umur Husna 5 ke 6 bulan nanti, insyaAllah.

Tak tahulah baby2 lain... tp Husna dah pergi banyak negeri since baru lahir till sekarang ni :) Yer arr..kampung umi kat Johor, abah lak kat Perak. Pastu ikut abah outstation la dah beberapa buah negeri Husna melangkah :) Happy birthday 4th months sayang!


Sunday, August 02, 2009

Lega Umi

Alhamdulillah... Husna dah start poo poo balik hari Jumaat tu, tp takla banyak sangat dan juga tak sikit serta tak ade yg pelik...lega hati umi n abah. Tp semalam tak poo poo balik. Adeh...mana satu ni Husna? :)

pssst: Husna dah poo poo dgn banyak dan jayanya semalam... :P



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi