Thursday, October 29, 2009

Kedemaman

3 days ago Husna got cough and flu. Dah pergi klinik and chek up. Tak ada apa2 masalah, musim demam rasanya plus our place yg kiteorang stayed ni hampir sangat dengan kilang2 Petronas nun. So, baby2 memang mudah kena sakit duk bernafas dalam suasana yg kurang sihat. Orang dewasa pun senang gak kena sakit sebab persekitaran yg tidak berapa bersih ni (abang jom pindah tempat lain).

muka budak kecik demam tggu turn kat klinik...

Aku pun tak terkecuali kena demam semalam. Dengan badan yg tak berapa nak sihat, malam kena bangun tengok2 kan Husna dan bf dia. Memang kena maintain strong bila tengok anak tak sihat. Tp, sometimes tu memang aku tak leh tahan sangat bila tengok dia nangis... aku pun turut menitis air mata. Anak kita ni umpama nyawa kita kan. Pilu aje rasa...

So far hari ni, Husna dah sihat sikit. Boleh senyum2 dah :). Dalam keadaan demam2 hari tu still leh lagi main2 sampai duduk bawah coffee table (orang dah pandai menyelusup) Aku pun so far, dah tak demam sangat, batuk still ada lg...hidung still tersumbat sikit. Alhamdulillah, mudah2 an both me and Husna lekas2 sembuh. Soon, abah Husna akan berada jauh from us. Kang dah tak de sape nak belai2 kami time sakit :( (sedih bila think bout this)


psst: tqvm for kengkawan yg doakan both ummi and Husna kat facebook and ym. Hope both of us get well soon, insyaAllah...




Tuesday, October 27, 2009

Happy Birthday, abahku!

Alhamdulillah. Genap 60 tahun umur my abah this year. Suka dan syukur sangat sebab abah boleh main2 dgn his 1st grandchild, Husna. Abah baru je baik demam dan batuk since Ramadhan hari tu. Mudah2 an abah dianugerahkan kesihatan yg baik oleh Nya.

atok & Husna...

Aku dan adik2 doakan abah akan sentiasa menjadi penyokong dan pendorong kuat kami untuk melakukan sesuatu yg baik. Sentiasa mengingatkan kami tentang perlu dan wajibnya melaksanakan perintah Nya. Sentiasa mengingatkan kami agar bekerja dgn jujur agar berkat pekerjaan yg kami lakukan. Alhamdulillah, kami gembira menyambut ulang tahun kelahiran abah. Moga abah sentiasa bahagia di samping ibu dan kami anak2 mu ini. Selamat hari lahir abah! :)


petang semalam aku sempat buat sebiji kek untuk my abah...yummy tak? abah suka :)









Online Contest - Senyuman Ceria si Comel


Mari ramai2 masuk contest ini!

Online Contest - Senyuman Ceria si Comel, jgn lengahkan masa untuk sama2 join contest yg dianjurkan oleh smileykidz photography

Caranya mudah... just upload seberapa banyak pics ur baby kat entry masing2. Make sure all the pics tu baby tengah smile dan ceria :) but hanya SATU sahaja yg the best akan dinilai.

Here those pics yg ada dalam Husna's folder :) (copyright tau, jgn curi!)







Nama anak: Afifah Nurhusna Mohd Sazli
Umur: 6 bulan


** For those yg nak join jom klik here untuk lihat syarat2 dan terma contest. Deadline contest till 31st Oct '09 ni! Jangan berlengah lagi!!!




Sunday, October 25, 2009

Got Boobies?

Dalam sejarah keluarga sy dan ibu sy setakat ini tidak pernah lagi yg mempunyai kes breast cancer. Alhamdulillah. Tp sy ada seorang rakan baik yg mana, ibunya menderita penyakit ini. Sy ingin meminjam ceritanya untuk menjadi tatapan dan ingatan kepada kita semua yg bergelar wanita. Mengikut fakta kajian, breast cancer di zaman alaf baru ni menyerang tidak mengira umur dan status wanita itu.

Berkenaan kawan baik sy itu, ibunya sudahpun selamat menjalani pembedahan membuang breast sebelah kirinya. Sy dapat rasakan sudah tentu ibunya menghadapi kesakitan itu dengan redha kerana tidak nampak walau setitikpun air mata kesedihan. Ya! Benar. Seelok-eloknya bila kita menghadapi musibah atau kesakitan, kita disarankan untuk bersabar, tabah dan redha dgn ketentuannya. Tp sy sendiri tidak pasti adakah sy juga akan sekuat itu apabila berdepan dgn perihal seperti ini?

Apa yg paling ditakuti kita tidak pernah ambil peduli perihal ini sehinggalah secara tiba2 ada di kalangan yg terdekat dgn kita mendapat breast cancer, pada masa itu barulah kita akan terfikir adakah aku juga mungkin akan mendapat breast cancer?

Pemeriksaan berkala boleh kita lakukan sendiri di rumah. Ada beberapa langkah mudah yg boleh kita lakukan sendiri.
  1. berdiri di hadapan cermin dan tengok jika ada sebarang perubahan fizikal yg pelik
  2. secara berbaring rasakan sebarang perubahan yg berlaku dan rasa puting jika ada pendarahan atau lelehan
  3. di bawah ketiak kita boleh merasa sebarang ketulan (jika ada)
  4. ulangi langkah di atas untuk breast yg sebelah lg
Menurut kajian pemakanan penduduk, telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protein haiwan dan makanan kurang serabut yg tinggi akan meningkatkan kadar kanser payudara. (sumber carian: breast cancer facts) Ini bermakna, kita perlu mengurangkan pengambilan makanan2 seperti di atas dan mengamalkan pemakanan yg sihat di samping minum air yg banyak setiap hari.

Bersempena dgn bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini, sy juga ingin bersama2 turut serta dgn AliceWonders.com menyertai Got Boobies? ini untuk mengingatkan kita semua bahawa pencegahan awal mungkin akan dapat menyelamatkan diri kita dan keluarga serta rakan2 terdekat dari breast cancer. Lakukan pemeriksaan kesihatan at least sebulan sekali bg mereka yg masih didatangi haid (7-10 hari selepas selesai haid) dan kpd ibu2 kita yg sudah keputusan haid mungkin boleh menetapkan 1 tarikh yg sesuai utk melakukan pemeriksaan kesihatan pada setiap bulan. Mulakan ia dari sekarang dan amalkan gaya hidup yg sihat!

Sayangi diri anda, sayangi keluarga anda, dan sayangi rakan2 terdekat anda! :)


~gambar sekadar hiasan~








Friday, October 23, 2009

Amukan dan tumbuh gigi

Aku ada di kampungku, Kluang hari ini...malam tadi balik kejap together with abang, Husna ibu and abah (my parents ada kat Paka since last 2 weeks kan) So pagi tadi sempat berlari2 ke Tabung Haji sebab nak create account untuk Husna :)

Husna dah ada account Tabung Haji dah...hehe (entry ini khas untuk tatapan
Husna bila dewasa kelak)
Half of the money yg dia dapat time raya sudah dimasuk ke dalam itu. Ada saki baki tu insyaAllah nak masuk kat somewhere (may be nak invest mana2 saham yg best) Sambil menabung boleh tanamkan minat Husna untuk menunaikan hajj nanti :)


buku akaun tabung haji Husna :)

Lately ni, Husna suka benar mengamuk2. Mengamuk macam mana? Erm...dia macam tak senang duduk. Tp ada masanya la, bukan dalam 24 hours tu asik mengamuk. Semalam bagi Husna mamam biskut jejari. Aku cakap, "gigit yer sayang jangan telan aje kang tercekik" :) Husna pun macam faham kut, dia pun apa lagi gigitla biskut tu. Aik? Terkesima kejap sebab dengar memang betul2 dia gigit that biscuit. Dah ada gigi ke si kecik ni? Ignore saja.

So, this morning...bagi lagi dia mamam biskut tu. Ok this time, ibu take over my job. Sambil suapkan biskut tu, ibu pesan lagi kat Husna..."gigit yer sayang...slow2 mamam..." gitula lebih kurang. Memang betul Husna gigit. Apa lagi? Aku dan ibu pun cepat2 chek her teeth tu. Wah! Ada 2 batang yg masih segan2 lagi nak tumbuh di bahagian bawahnya :) Dah ada gigi tu cuma belum tumbuh dgn sepenuhnya (sori gambar gigi Husna tak dapat diambil dek kerana si kecik itu asik mengamuk bila kita usik mulutnya) later insyaAllah...patutla adakalanya, terasa sakit my tut tu macam digigit2 oleh Husna. Ok lepas2 ni dah boleh start beli tooth brush for Husna ni :)

Husna juga sedang aktif untuk practice merangkak. Berdiri jangan cakapla, suka2 nak panjat atas badan abah or ummi. Kalau tak pun dia nak try berdiri dgn memanjat coffee table. As for my opinion, tak kisahla apa jua yg our baby nak buat dan try to achieve...kite as parents just give them some guide and supports so that diorang boleh lakukan dgn sebaik2nya :) seronok kan tengok all of their achivements depan mata sendiri dan sambil tu dont forget untuk selalu doa yg baik2 for them :)





Wednesday, October 21, 2009

Bersiar-siar di pantai

First time bawak Husna bersiar2 di pantai Paka (mana lagi?) Angin yg sepoi2 bahasa menyambut kedatangan kami bersama atuk dan nenek Husna. Ramai gak orang petang tu yg bersiar2 (bahaya mandi kat Laut China Selatan ni, ombak besar)

Husna dan abahnya
(sila abaikan abah Husna yg nampak tak berapa hencem tu)


Asalnya, abah Husna and atok nak memancingla konon. Memancing ikan pari ke, kerapu ke, yg senang dipancing. Tp, alahai...tengok alat pancing tu pun tau (pendek) dan umpannya sekadar ikan apekename. Dengan cuaca petang itu yg bila2 masa akan hujan (dah mendung time sampai pantai). Hehe. So just tengok2 alam sekeliling, menghirup udara segar dan bercanda :)

muka takut2 lagi...otw back to home...

Tp before balik tu, sempat pergi celupkan kaki Husna di gigi air. And basuhkan belakang kepala Husna yg asyik digaru2 olehnya. Gatal sampai merah2 sumtimes tu. Try basuh dengan air laut kut leh cure. Masa first time celup kaki Husna kat air laut, dia cool aje. After 3 mins kut, alamak!!! Husna menangis seh. Takut agaknya tengok air tu datang laju2 kat dia (ummi pun tak reti berenang sebab takut lemas) Beriya2 budak kecik ni menangis. Terpaksalah ummi and Husna's nenek kalut2 basuh kepalanya dan bergegas naik ke pantai :) Sian si kecik tu...1st time la katakan...





Open House di Rumah Kecil Kami

Isnin minggu lepas, saya dan abang telah berjaya membuat makan2 (cakap omputih open house) di rumah kecil kami di Paka ini. Alhamdulillah, kami dengan riang ria rayanya telah dapat menjamu rakan2 dan neighbour2 terdekat (cayalah... :)).

Menu open house kami ialah nasi lemak ibu (credit to my mom pasal sambal tumis sangat sedap), ayam goreng berempah, bihun goreng, popiah goreng (digulung oleh saya) dan kuih keria. Pencuci mulut agar2 yg dimasukkan bersama cocktail and lemon dan juga air laici. Semuanya dibuat sendiri, langsung tidak menempah dengan katering. Memang gembira sebab dapat sama2 menjemput kawan2 makan (1st time ajak orang ramai2 dtg rumah kecil kami ni). Ibu dan abah saya turut serta memeriahkan majlis yg tak seberapa ini :)

antara yg terhidang di atas meja...

Husna juga turut gembira kerana ramai yg datang akan dukung dia bawak jalan2 kat laman rumah. Duit raya pun dapat :) Rumah kami start dibuka pada lunch time khas untuk staff2 ex-department abang, electrical dept. Meriah2...ada dalam 20 orang rasenye. Kemudian berlarutan selepas office hour khas untuk neighbour2 keliling rumah. Ramai sungguh sampai ada beberapa insiden kecil berlaku (so sad, almari kaca tempat abang bubuh kereta2 kecilnya pecah sebelah) biasalah anak2 neighbours yg datang ni kan tengah nak membesar, sangat lasak dan nakal. Tak pe, abah budak2 tu dah janji nak pay ganti rugi. Huhu.

budak kecik ini sedang asyik nonton iklan deko...deko...deko...

Alhamdulillah tercapai hasrat abang nak menjemput kawan2nya makan2. Dan saya juga sangat berterima kasih kepada my mom and abah sebab banyak bantu mana2 yg tak lengkap (almaklum, tak berapa pandai sangat masak-memasak). InsyaAllah tahun depan boleh buat lagi dengan menu yg lebih lazat :)






Wednesday, October 14, 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway

~STICKY MODE till 14.10.09~



Hai! Selamat hari raya yg ke 18 kut :) Lama dah tak join mana2 giveaway. Since MamaTisya ada buat giveaway why not kita join, right? Suka2 aje dan meriahkan blog. MamaTisya buat giveaway ni untuk menghargai para bloggers yg sering kunjung mengunjung ke blognya :) Suka sangat! Thanks sis! :)

Sila lihat syarat2 di bawah ini:

  1. Terbuka kepada semua blogger
  2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE till 14 oktober 2009
  3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
  4. Add banner di atas di sidebar blog anda
  5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
  6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  7. Sila tinggalkn nama & email anda di sini
  8. Hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
  9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
  10. Duit raya tersebut akan di bank-in terus ke akaun bank anda nanti
Giveaway ni bermula pada 06.10.09 until 14.10.09 jam 5 pm. So, apa lagi? Jom la suka2 join! :)






Dia Datang

Since beberapa hari ni, agak bz sikit dgn macam2 perkara. Ke sana dan ke sini. Tak sempat nak jenguk my online diary ni...sian dia :) Back to the title, ehem... siapa yg datang? Hehe... Suspen sikit...

So far yg aku ingat, dah lama juga tak didatangi olehnya. Setahun lebih juga. Ya! Apa dia? Aku sudahpun didatangi olehnya :) Dalam fikiranku, normal lah kan. My lil Husna pun dah 6 bulan lebih. Maka, wajarlah dia datang pada waktu dan ketika ini. Kena hadapinya dengan tenang. Ye lah, takkan nak panik. Kita nak bf baby lg, take care of the baby lagi...kalau tensen2 kang kesian si kecikku itu :)

love budak ini so much!!!

Dah tanya my mom, dia kata memang normallah. Tp ada orang lagi lama tak datang bulan. Ikut body masing2la. Kebiasaannya after 6 bulanlah. Alhamdulillah. Tp after this, aku kenalah kira dan alert balik my calendar (bercadang nak jarakkan Husna :) ) Preggy time memang best, tp sakit nak bersalin tu Ya Allah, kena banyak2 istighfar. Tunggulah Husna besar sedikit. Tp kan, kalau dah rezeki...insyaAllah tak kan tolak. Terima seadanya :)






Friday, October 09, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest


Deko! Deko! Deko! (kena nyanyi dulu lagu favourite Husna ni) Mari kita sama2 memeriahkan lagi "Si Comel Berbaju Raya Contest" yg sedang dianjurkan oleh BabyIbu

Before that, jom kita lihat cara penyertaan dan syarat2 yg disediakan oleh cik puan organizer :)

Cara Penyertaan:

Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
  • Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
  • Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
  • Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini
  • Klik sini untuk Q &A
So, here is the picture that saya pertaruhkan for this contest...



Nama: Afifah Nurhusna Mohd Sazli
Umur: 6 bulan
Kategori: B (Girls)

Baju raya ini dijahit khas oleh nenek Husna (my mom) sempena raya pertama Husna pada tahun ni. Corak bunga berwarna merah jambu nampak lembut dipakai oleh Husna. Ditambah dengan memakai hair band di kepalanya. Kawan2 semua, apa lagi... jom lah kita pergi kumpul duit raya, Syawal dah nak abih ni :)

Hadiah2 yg disediakan amat menarik dan telah ditaja oleh semua sponsor di bawah ini...
Yang belum join, sila join sekarang! Yang dah join, sama2 good luck yer! :)






Wednesday, October 07, 2009

Aksi Stunt Husna

Tengahari tadi time nak masak2 kat dapur...si Husna ni aku tinggalkan keseorangan di ruang tamu sambil bermain guling2 (nak wat camne, dah tinggal berdua kenala berdikari :) ) Tak lama pastu, dah kedengaran suara si kecik ni memanggil2..."maa..maa..baa..aaa.." lebih kurang gitula soundnya :) Aku pun angkatla si kecik ni bawak dia ke pintu dapur sambil tolak bouncer.

Dan kuletakkan Husna di atas bouncer itu. Dia pun senyapla kejap. Sambil goreng2 ikan, duk perhati gak apa dia buat. Tengah belek2 jari. Ok lagi. Pastu aku ke sinki basuh sumting. Then tengok jap ape dia buat. Hah???!!! Sungguh berani budak kecik ni. Macam otai pun ada :) Nak tau apa dia buat? (sila lihat pictures di bawah ini)


aksi di atas bouncer nyaris2 jatuh ke bawah...


Selamba aje muka sambil sengih2. Macam orang tak bersalah. Waduhh! Risau aku dibuatnya. Geleng kepala sekejap lihat telatah si anak :) Tak lama pastu, aku angkat dia letak balik kat ruang tamu. Husna ni nama je ada playpen, tp tak berapa suka diletakkan di dalam itu. So biar aje dia guling2 atas toto. Tp kan bila dah letak balik dia atas toto, apa lagi uwaa..uwaa..uwaa.. la keje nya. Tak boleh kena tinggal langsung :) Aku biarkan aje sampai finish my job kat dapur tu.







Monday, October 05, 2009

Makanan Pejal Pertama Husna

Makanan pejal Husna yg pertama ialah Nestum beras stage 1 from Nestle. Masa first time bagi minggu lepas (Husna memang dah biasa aku suakan sudu bg minum air masak), selamba bukak mulut terus ngap! Lepas tu buat muka pelik. Ape bende ummi bagi aku ni? Agaknya itu yg tercetus di fikiran Husna kut :)



pic source from Google


Nestum beras tu aku campur sikit dgn susu. Bagi pekat. Aku try taste, sedap je...berkrim :) So untuk 1st trial, Husna makan beberapa sudu. Lepas tu, dia sibuk main. Then ada try bagi dia baby bites. Yg ini pun ummi and abah Husna dah try mamam, sedap. Flavour carrot gitu. Husna makan gak tp half2 je aku bagi. Takut tak habis. Husna suka hisap2 baby bites tu.



dapat gak search from Google - kes malas nak amik gambar sendiri :)



Next ingat nak try bagi dia makan bubur. InsyaAllah. May be leh bubuh some potatoe ke, ayam ke, ikan ke, carrot ke etc. Ni semua my mom yg suggest. Macam dulu2 dia bagi aku makan :) Tp kena blend semua tu bg halus and tak de la tercekik or tersedak bila Husna mamam.

Susu, Husna still dapat from her mommy ni. Fresh dan penuh nutrisi :) InsyaAllah aku plan nak bf dia till her age 2 years old.


Friday, October 02, 2009

Husna turn 6 months

Tomorrow Husna turn 6 months. Alhamdulillah :) Anak ummi dah beso. So, tadi pergi sunat kan si kecik ni dan terus chek up 6 months. Masa kena sunat tersengih2 je si kceik ni :) Tak sakit kut. Doktor Ros just titik sikit kat ehem2 Husna dan keluar darah sikit tu ok dah. Kira sahla sunat tu. Then timbang her weight. 7.4kg aje. Tak banyak pertambahan may be because Husna dah semakin aktif sekarang ni. Banyak movement kut (menerap pastu turn around, roll over etc) Masih dalam usaha untuk berlatih merangkak. Time kena cucuk hep B tadi, Husna ternangis sikit sebab terkejut doc cucuk kut.

Banyak gak achievements Husna takat ni. Seiring dengan usianya yg dah menjangkau 6 bulan kan :) FYI, Husna dah start belajar makan 2 days ago. Yummy. Bagi dia try baby bites perisa carrot dan juga nestum beras from Nestle. Tp tak berapa nak makan si kecik ni, sikit2 je dia mamam. Takpe, slow2 ye sayang :)

mangsa cigenit...

Nak citer sikit pasal Husna kena gigit dengan cigenit (betul ke spelling nye tu?) Macam ni citenye, hari tu balik beraya kat Perak. Pastu aku perasan, Husna asal malam je dia bangun dan menangis sekuat hati. Ada dalam 2 malam dia berperangai gitu. So the 3rd day tu, time aku nak bf dia sambil2 tu duk usha telinga kanan dia. Perasan ada cam habuk2 kecik kat cuping telinga dia. Aku pun tryla usik2, Husna punyalah marah sambil nangis teresak2 (biasa dia tak kisah usik telinga dia) Aku tak puas hati, chek gak lagi sekali. Erm. Sah! Ada benda kat cuping telinganya tu. Cepat2 aku panggil abang suh tengokkan telinga anak. Abang kata cigenit yg duduk dalam tu. Cigenit? Adeh, aku 1st time tahu ni. Tak pernah kena. Cigenit ni bg yg tak pernah tahu cam aku ni ialah lebih kurang or same dengan kutu babi. Waduhh! Sian anak ummi. Selalu cigenit ni ada kat ayam or kucing or kat semak2 la. Bila masa pulak Husna pergi semak? Kucing kat kampung tu tinggal si Seri je yg baru lepas beranak 3. Ayam lak mak tak de bela. Musykil sungguh! So kesudahannya, abang try cucuh dengan minyak panas and tembakau. Malam tu abang try cucuk2 perut cigenit tu time Husna tidur. Silap2 kalau kepala cigenit tu masih dalam urat kita boleh demam urat tau. Tp bila abang dah cucuk2 perut cigenit tu, berjayala kiranya cigenit tu lepas dari telinga Husna. Dan yg penting, Alhamdulillah Husna tak demam. Fuhh! Lega rasanya. Itulah pengalaman indah Husna untuk dikenang bila 1st time beraya di Perak :)

merah tu bengkak kena gigit cigenit...







Thursday, October 01, 2009

Raya Sakan

Selamat hari raya!!!


Dah nak masuk 2 minggu kita menyambut Syawal kan. Alhamdulillah. Meriah sungguh rayaku pada tahun ni. Sebab ada Husna penyeri majlis :) Makan2 jugak tp jangan lupa jaga kesihatan. Manis2, pedas2, lemak2 etc try kurangkan yer.

Aku balik Johor tahun ni. First time abang beraya bersama familiku. Abang punya excited dia yg tolong alih2 perabot kat rumahku. Kemas2 apa yg patut. Ketupat pun abang yg anyam (ops!saya tak pandai anyam ketupat) Abang juga soping raya untuk ibu and abahku :) Thanks abang!





Malam2 sebelum raya tu sempat jalan2 kat bazar raya kat tepi sungai opposite dgn Hentian Bas Kluang. Meriah sungguh! Jalan himpit2. Lemas den. Husna, awal2 abang dah bawak lari. Khuatirkan orang ramai yg suka cuit2 and cubit2 pipi Husna. Tangan tah bersih ke tak nak cuit2 baby orang kan :) So sempatla rembat beberapa helai tudung malam tu.


Juadah pagi raya di rumahku memang special. Kat Johor mesti ada kuah lodeh, sambal kacang, sambal goreng (orang jawa punya), ketupat or nasi himpit dan juga rendang. Tp my mom ada masak satu lauk tambahan hari tu, ayam masak kurma. Delicious sungguh tengok juadah2 tu. Abang paling suka sambal goreng tu sebab dimasak dgn petai, tak abih2 duk cedok sambal goreng :) First time rasa pun yer.

Dan Alhamdulillah kami dapat beraya di beberapa buah rumah atok sedara dan pak cik2 kat area Johor tu. Koleksi duit raya Husna pun boleh tahan banyak:) (nanti nak masukkan dalam tabung haji). 2 hari di Johor, aku dan abang balik Paka sebab abang ganti orang stand by. Raya keempat baru gerak balik ke Perak. Abah & Mak in law buat open house dan celebrate sekali birthday Syifa' anak Kak Long. Meriah2!!! Ada sate gitu! Nyum3...so kat Perak ni abang saje cuti lama till last Monday baru balik Paka. Sempat singgah rumah Fariza di Kamunting and met her lil Amir. So cute and dah chubby gak cam Husna (hadiah Amir later ummi Huda bagi yer). Ini pun kebetulan pergi Batu Kurau ada kenduri cukur jambul si kembar Hannah & Humyrah, so singgah rumah Fariza.

Syifa' (Syaza Liyana), Husna, Hannah & Humyrah...

Best2!!! Raya sakan...

psst: tengah tunggu neighbour2 yg nak buat open house, kami just datang serbu je :)





Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi