Thursday, December 31, 2009

Cutest Baby Contest 2009 by Mama_Aqish

*sticky mode until 31st dec 2009*
please scroll down for new entry


Lama dah tak join contest kan :) Nak bercontest ni pun ikut mood juga, time ada mood...entry penuh dgn contest je :)

Ok, jom kita tengok contest apa kali ni? "Cutest Baby Contest 2009" yg sedang dianjurkan oleh Mama_Aqish. Contest bermula dari 20 Nov 2009- 31 Dis 2009.




Untuk maklumat lanjut berkenaan contest ini tentang syarat dan terma anda bolehla klik sini.


dan gambar yg ingin dipertaruhkan ialah...



Nama: Afifah Nurhusna
Umur: 8 bulan
DOB : 03.04.09


*Hadiah adalah tajaan Branded Baby Clothes & ClickClickShoppe









Apa lagi? Jom pakat ramai2 join this contest! Keputusan adalah muktamad :)





Salah siapa?

Terpanggil untuk mengulas tentang accident bas ekspres di PLUS beberapa yg lalu. Ya Allah! Memang sedih untuk dikenang. Meremang bulu roma bila tengok keadaannya di dalam berita di TV.

Pilu rasanya hati waris2 yg menuntut jenazah2 dan mayat ahli keluarga mereka yg terkorban tu kan. Mesti punya. Bayangkan 10 orang sekali! As my personal opinion, kemalangan itu bukanlah TERSENGAJA dilakukan oleh driver tersebut. Memang tidak dinafikan, manusia banyak kekurangannya. Beliau dgn tidak sengaja telah terlelap seketika. Yup! Itu silapnya dan beliau mengaku. Pada hal, beliau driver yg baru sahaja bertukar turn untuk drive selepas berhenti rehat di R&R. Bas itu juga masih baru. 3 bulan berkhidmat. Had laju kebangsaan juga dipatuhi ketika kejadian berlaku.

Malang memang tidak berbau. Sudah tertulis di Luh Mahfuz, ajal maut mereka itu di atas jalan raya terlibat dgn accident. Ya Allah! Kau ampuni dosa2 ku ini. Jika diberi pilihan, aku sangat2 tidak mahu bertemu ajal kerana accident. Tp, sebagai hamba... kita layak ke untuk memilih? Hanya pada Mu ku mohon keampunan.

Pengalamanku menaiki bas ekspres syarikat itu tahun lepas (berkali2 juga ulang alik Shah Alam-Paka-Shah Alam), Alhamdulillah... tiada perkara tidak diingini berlaku. Bayangkan bas 2 storey melalui Highway Karak, Genting Sempah dan so on. Area2 tu kita sendiri maklumla kan jalannya berbukit2 dan di lereng2. Kebiasaannya, aku memilih perjalanan di waktu malam since kerja pun habis pukul 6pm, selepas Isyak baru gerak balik Paka. Same goes bila from Paka, gerak jam 11.45pm dan sampai Shah Alam lebih kurang Subuh waktunya.

Persoalannya di sini, accident2 yg berlaku ni siapa patut dipersalahkan?

  • Adakah driver tersebut 100%?
  • Jalan raya di Malaysia yg tak sesuai?
  • Fizikal bas tersebut yg 2 storey?
  • Perjalanan di waktu malam yg pastinya semua orang mengantuk?
  • Pihak berkaitan yg selama ini diam aje (kalau dah tahu tak sesuai bas tu guna kat highway janganlah benarkan)

Susah kita nak cakap kan. What I can say, most things yg happent...when it happent baru nak itu, nak ini...baru nak kecoh2...baru nak cari solution, baru nak kata sebenarnya tak sesuai, baru nak komen itu ini...yg sebenarnya apa? Kalau berterusan begini, maka tiadalah penghujungnya. Ianya akan berlaku lagi pada masa hadapan. Dan kesilapan yg sama akan diungkit. Same things.

Fikir2 kan lah yer...aku pun dah malas...


psst: tak salah kan siapa2 dalam kes ini, semuanya ketentuan Ilahi...Dia yg Maha Mengetahui...

psst2: lori2 kontena and segala jenis lori tu agak2nya diorang ni driver terlatih ke tak ek? sebabnya apa, kadang2 tengok diorang ni macam tak ikut peraturan...LPKP patut chek on this too...yg aku tahu, lori bawak minyak aje nampak kat belakang lori tu diorang tulis "saya pemandu terlatih"...





Wednesday, December 30, 2009

Sayonara 2009

2010 bakal menjelang tiba...cewah! As a Muslim, kita dah pun masuk tahun baru Hijrah seminggu yg lalu. Alhamdulillah... bila tahun berganti, umur pun meningkat setahun lg. Pelbagai perkara dilalui, ditempuhi, dan macam2 la...

Ada azam ke? Tak usah cakap pasal azamla, sebab yg tahun lepas dan tahun ni belum pasti sudah terlaksana :) Yg penting, bila menginjak tahun baru dan umur baru... kita mesti faham, tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Buatla apa2 yg elok asalkan ianya baik dan tidak merugikan masa. (alamak! aku dah start usrah :))

Sepanjang year 2009 ini, pelbagai peristiwa penting dan manis telah dilalui. Yup! Cerita yg manis2 je, yg pahit2 kita jadikan kenangan dan tauladan... :)

Jan 09
Cuti2 Malaysia, Penang

14.03.09
1st wedding anniversary of me & hubby

03.04.09
Telah lahir seorang ahli baru di dalam keluarga kecil kami iaitu Afifah Nurhusna

husna baru lahir...


July 09
Cuti2 Malaysia, Cameron Highlands

06.07.09
Honeymoon di Bali, Indonesia with hubby

20.08.09
Puasa sebagai seorang ibu yg fully bf, Alhamdulillah dapat laksanakannya dgn baik

20.09.09
1st time beraya bersama si kecil Husna (Aidilfitri) dan 2nd time as a wife

06.11.09
Cuti2 Malaysia, Langkawi Island


Itu yg manis2, yg pahit2 kita lupakan saja :) Jangan diulang atau diungkit perkara yg tidak senang. Manis untuk dikenang, pahit untuk ditelan...walla...ayat memang pujangga.

Selamat menyambut tahun baru masihi 2010 dan hijrah 1431. Semoga tahun depan lebih baik buat kita semua berbanding tahun ini. Amalkan gaya hidup yg sihat dan bersih dari segala keburukan :)




Tuesday, December 29, 2009

Mandi manda sampai kecut

Husna gemarkan aktiviti mandi manda. Mungkin juga jadi satu kegemaran untuk baby2 lain :) Sementelah Husna demam beberapa hari yg lalu (demam rindu kat abah), ummi pun ikutla saranan nurse kat hospital. Kata nurse tu, nak baik demam basahkan badan budak. Kepala semua basahkan. Air sejuk pun tak pe. Erk! Sejuk??? Bolehkah Husna bertahan dgn air sejuk? Dah basahkan tu pulak, pakaikan pampers je, tak payah bajukan... tp kalau dia sejuk, selimutkan aje. Wah! Sungguh!!! Terkejut dengar saranan nurse tersebut. Erm... boleh ke macam tu?


ini budak demam kuat...

Maka, pada tengahari Ahad yg lalu... ummi mintak Atok pamkan pool letak kat beranda rumah Atok. Air pun diisi. Husna sebelum air tu penuh dah duk tinjau2 dalam pool (tak sabar la tu) :) Selesai air diisi, maka Husna pun direndam di dalam pool tersebut. Syoknya! Dengan berseluar short putih, Husna bermain2 dgn bola di dalam pool itu. Aik! Dah tak demam ke si kecik ni? Selamba aje main2 air. Duk cepur2 air tu. Sampai berkecut kaki dan tangannya. Tahan sejuk pulak tu.


muka ceria dapat main air...

If ummi kat tempat Husna, sekejap aje la berendamnya. Mana tahan weh... demam2 pergi berendam. Kang tak de pasal cari pasal pulak :) So, kat sini kesimpulan yg dapat kita lihat... Alhamdulillah Husna dah baik demam selepas aktiviti mandi manda itu. Terus turun suhu badan dia jadi normal. Dan yg penting, abah Husna dah tak risau lagi.



pelbagai aksi di dalam pool...


Alkisah, aku dan Husna ikut Atok and Nenek Husna balik Johor hari Khamis tu. Tup3 hari Jumaat and Sabtu Husna demam kuat sampai 39 celcius. Abah Husna tak ikut balik sebab banyak kerja sampai lewat malam (due to commissioning works). Dek sebab risau akan hal si kecik kami tu, lepas siap2 kerja Sabtu malam, encik abang balik juga dgn bas ekspres dan sampai di Kluang jam 9am hari Ahad. Now, kami dah ada kat Paka semula sebab encik abang tak nak risau2 lagi. Pity kat my husband tu sebab penat kerja dan penat pergi balik Paka-Kluang-Paka.






Thursday, December 24, 2009

Nak buat apa tahun 2010?

Banyak benda dan rancangan berlegar2 dalam fikiranku ni. Macam2 benda nak buat. If can, nak try lakukannya sepanjang tahun 2010 ni. InsyaAllah.

Antara perkara yg sering bermain2 di dalam fikiran ialah:

  1. ada planning nak buat online shopping (nak jual apa yer?)
  2. nak cari curtain baru untuk sliding door rumah ni
  3. nak cari lebih ramai clients Public Mutual (anyone interesting?)
  4. nak reunion dgn kawan2 Uniten (lama dah plan, tak jadi2)
  5. nak cari kerja setelah setahun bertapa di rumah :) (most important!!!)
Ada lagi sepatutnya dalam fikiranku ni, tp tak apa...yg lain2 tu tak berapa nak penting. Aku perlukan sedikit kekuatan dan moral support nak buat semua tu. Tp yg no 2 tu, bila2 masa pun boleh. Tunggu raya tahun depan pun boleh.

Tu la, aku kalau tak dapat kerja yg sesuai kat sini, mungkin nak buat online business je di rumah. InsyaAllah. Tp, ada ke sesiapa yg sudi nak beli barang yg aku nak jual nanti? Hehe. Macam tak berani nak ambil risiko yer :) Tp kalau tak cuba, tak tahu.

Same goes to no.3, penting tu. Bukan aku agen consultantnya, my hubby actually. Aku suka free2 nak tolong ramaikan clients encik abang walaupun dia dah ada clients yg tetap sekarang ni. Tak ada keje kan, why not aku tolong2 promote kan? :)

Perihal nak cari kerja tu, since Husna lahir aku makin aktif mencari kerja baru. Just, belum ada peluang. Nak merasa zaman2 masa kerja dulu. Boleh bayar loan studi sendiri. Boleh bagi kat ibu abah duit sendiri. Boleh belanja adik2 makan. Boleh beli apa2 yg aku suka sendiri. Boleh macam2 la sendiri. Rindu zaman itu. Sekarang ni pun boleh sangat semua tu sebab encik abang yg support, patut aku bersyukur. Tp tula, memang aku bersyukur sangat... cuma manusia ni kan, sumtimes memang ada aje yg dia rasa tak cukup :) Nak juga berlebih2 an. Walla! Kena batang hidung sendiri.



psst: tengokla apa yg akan berlaku 2010. Aku pun surprise dgn diriku sendiri.






Wednesday, December 23, 2009

Playground time!

1st time for Husna datang playground! Jauhnya playground tu di muara Kerteh saja, berhampiran tempat makan2 seafood kat Kerteh nun (kat kuarters ni ada playground tp belum pernah diexplore). Berbackgroundkan laut dan angin yg sempoi2 bahasa, petang itu memberi satu peluang kepada kami sekeluarga untuk berhenti berehat sambil bersantai. Melihatkan keindahan laut ciptaan yg Esa dan bot2 nelayan yg diparking di tepi kuala bisa menghiburkan hati sesiapa yg lara (ewah2 ayat tak tahan)

Seronoknya si kecik tu dapat 1st time main buaian. Tak mahu turun langsung. Suka kena swing. Swing2...swing2...abah Husna tukang layan tolak buai. Ummi sekadar jadi photographer tak bertauliah :) Atok dan nenek duduk dating kat bangku yg sedia ada. Wan jalan2 pusing playground while atok jalan2 pusing tepi laut. Mak Long and Pak Long pun join sama main buaian.




tolak abah..tolak...ayun Husna...

Dah berbuai2, ajak Husna horse riding pulak. Diam aje dia. Sambil senyum2 kat abah. Memerhati alam sekelilingnya. Lepas tu, ke papan gelongsor. Tp Husna tak main gelongsor. Just dudukkan dia kat top. Sambil dia merangkak dan panjat2 kat bahagian top gelongsor tu. Lama dia kat situ tak nak turun2. Kena pujuk2 ajak balik baru dia dah tak pandang dah gelongsor tu. Husna main playground together with kakak sepupunya, Syifa' yg berusia 1 year and 3 months. Cute aje mereka berdua tu bermain.


with kakak syifa'...


Bagus beri pendedahan kat our baby ni tentang persekitaran dan keliling mereka. Banyak benda boleh mereka observe dan explore sambil learn something new. Tp, make sure...parents mesti ada so that playground tak akan bahaya kepada mereka.

suka sangat this pic...



pssst: terlupa nak suruh Husna bergayut sbb dia tak berapa nak tinggi like her dad :)






Tuesday, December 22, 2009

Info Baby and Mommy Lists (for 1st time mommy)

This entry ditaip khas untuk tatapan my friend, Ida (mommy to be). Dah lama dia request asked me untuk listkan all items yg perlu dibeli. Since, teringat ni...aku pun tulis. Sori Ida, lama sangat nak tulisnya yer...hehe...but ni pun just untuk refer, ada yg perlu ada yg bila2 masa lepas bersalin nanti pun boleh dibeli. Ikut keperluan dan budget semasa.


list for baby


  • baju long sleeve - 6 helai (cadangan)
  • seluar panjang - 6 helai (cadangan)
  • baju short sleeve - 6 helai (cadangan)
  • seluar pendek - 3 helai (cadangan)
  • kain bedung / swaddle - 5-7 helai (cadangan)
  • rompers
  • towels
  • barut
  • minyak telon or minyak yu yii
  • sarung kaki
  • sarung tangan
  • pampers or cloth diapers (size newborn)
  • hood or topi
  • baby wipe
  • barang mandian - syampoo, gel bath, lotion, baby talc
  • besen mandi
  • mat untuk besen mandi
  • sepit kuku
  • kapas telinga for baby
  • mat untuk salin pampers
  • botol susu (jika dirasakan perlu)

lain2 keperluan

  • katil baby or playpen (pilihan di tangan ibu bapa)
  • tilam & bantal
  • cadar tilam
  • selimut
  • buaian (if planning nak tidurkan baby dalam buai)
  • stroller
  • baby carrier
  • car seat (suggest untuk mereka yg akan travel jauh balik kg nak berpantang)


list for mommy

  • bf bra
  • pad bra
  • pad nifas
  • blouse ada butang depan
  • kain batik
  • termos
  • breast pump (if need)
  • sweater
  • set berpantang nona roguy etc
  • lotion halia
  • bengkung
  • stokin tebal

So, to Ida... selamat melahirkan baby tidak lama lagi :)





Ceria Si Ayah Bersama Anak Contest

Bulan ni aje dah beberapa contest (note: Label Contest) aku join. Bukan apa, saja nak memeriahkan suasana dan meramaikan kenalan, kan bagus gitu... Meh lihat contest apa pula kali ini...

"Ceria Si Ayah Bersama Anak Contest".





(Kategori A)
Nama abah ~ Sazli
Nama anak abah ~ Husna


Contest ni dianjurkan oleh
Fasha dan disponsor oleh Pu3zdini.
So, apa lagi? Jomla sama2 join dan memeriahkan contest di blog masing2! :)


If nak join sila klik
SINI untuk melihat cara2 penyertaan. Tarikh tutup pada 30 Dis 2009.






Monday, December 21, 2009

Weekend Husna dan Ummi

Weekend baru ini banyak habiskan masa di rumah saja. Mak abah in law ada datang rumah hari Rabu lepas bersama2 Kak Long, her hubby and lil Syifa'. 1st time for Kak Long abang & hubby datang berjalan ke sini since mereka dapat bercuti panjang pada bulan ni. Rabu until Sabtu. Lama mereka di sini. Sempat bawa mereka ke Mesra Mall, Kerteh dan jalan2 ke Kuala Terengganu. Dapatla mereka ke Taman Tamadun Islam tu, Masjid Kristal dan juga ke Pasar Payang yg mahal harga barang2nya.

Musim hujan sejak 2 menjak ni, kain baju banyak dijemur di dalam bilik basuh. May be sebab pakai sabun cap Daia tu, so kain baju tetap segar walau tidak dijemur di bawah matahari :) Encik abang since last Friday on off di rumah. Kerja kan. Commissioning. Balik pun kadang2 lewat jam 2am baru sampai rumah. Keluar pagi jam 8 or 9 am. Kesian encik abang. Mesti penat. Tp dah memang itu kerja abang as engineer. Kenala sabar as her wife :).


ummi & Husna


Husna pula tidak berapa sihat 2 hari lepas (Alhamdulillah dah ok sekarang ni). Demamnya di waktu malam. Lekatkan cool fever saja. Tak berapa kuat demamnya. Umminya pula kena batuk2. Tonsil dalam tekak ni tiba2 membengkak dan menyebabkan batuk yg berkahak. Tp Alhamdulillah dah pulih sedikit. Kesimpulannya, weekend walaupun di rumah sahaja tp sangat selesa bila berada di rumah :)

SALAM MAAL HIJRAH! SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH! Semoga tahun baru yg sedang dilalui ini dapat ditempuhi dgn penuh kesyukuran. AMIN~


pssstt: Kami sekeluarga tidak dapat hadir ke kenduri Fawwaz, di Putrajaya. Harapan kami, Fawwaz dan wife berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat :)







Thursday, December 17, 2009

Hidung Husna berdarah

Malam tadi Husna mengejutkan semua orang yg ada di rumah ini. Tiba2 aje darah mengalir banyak dari hidungnya. Ya Allah! Masa tu, my abah tengah mendukung Husna sebab try untuk dodoikan dia. Tah macam mana, tiba2 abah kata..."La ila ha illa Allah..." sambil tuju ke dapur (aku, encik abang and ibu ada kat dapur time tu) Aku nampak darah banyak from hidung Husna.

Apa dah jadi ni? Husna dah nangis2. Kalut sekejap semua orang. Aku kata, dari dalam ni. Encik abang kata, bukan... luar tu, luka kat hidung dia. Actually, hidung Husna mmg ada luka sikit kat luar tu sebab dicekau sendiri olehnya 2-3 hari lepas. Dah kering pun luka tu. Tp semalam agaknya dia pi rajin sangat duk gosok2 hidung... terus berdarah tempat luka tu. Aiseh! My baby! Sungguh merisaukan ummi.

So, aku and encik abang bawak Husna ke ruang tamu sambil memujuknya. Encik abang siap ambil first aid. Nak tampal cotton dgn plaster (ape ke peliknya?) Sekejap aje tampalnya, lepas tu Husna mengamuk tak nak ditampal. Then, tak berapa lama tu tempat berdarah tu dah kering. Baju tidurnya kutukar sebab penuh darah. Tisu2 berdarah semua kubuang. Tak jadi nak pi klinik sebab nampak dah ok. Conclusion dari semua ini, abah dan ummi decided untuk pakaikan Husna glovenya semula :) Macam zama2 dia dalam hari hingga 3 bulan :) Kelakar sangat tengok dia pakai glove sebab tak leh nak mencapai apa2 sangat dan bila merangkak nampak macam licin :) Pity my baby. Tak pe, untuk kebaikan dia gak...for a while je pun...



*cerita tanpa gambar sebab semalam semua orang panik dan tak sempat nak snap2 pic :)





Wednesday, December 16, 2009

Ibu Hadif's Giveaway - Anugerah Terindah

She's our bundle of joy!!!

Yup! Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah SWT.

Saat melahirkan Husna adalah kenangan yg paling sukar dan tidak bisa untuk diceritakan melalui pen berdakwat biasa dan dilensakan melalui kamera digital. Terlalu indah dan sangat bermakna bagi diriku. Secara automatiknya aku dan suami terus jatuh cinta pandang pertama kepadanya.

Perasaan yg pastinya semua ibubapa merasainya ketika pertama kali melihat bayi mereka. Sesungguhnya, Allah itu Maha Agung! Kesakitan yg ditempuhi selama beberapa jam lenyap begitu sahaja dan bagaikan langsung tidak terasa. Hilang segala kekusutan, kesusahan dan perit jerih untuk melahirkannya. Semuanya lenyap bagaikan terjaga dari mimpi apabila bayiku berada di dalam dakapan. Husna tidak menangis semasa 'keluar'. Setelah doktor memasukkan tiub air ke dalam mulutnya, barulah terdengar tangisannya yang comel.

Ucapan "Assalamualaikum" kuucapkan kepada bayi kami, Afifah Nurhusna. Sempat lagi aku mengira jumlah jari kaki dan tangannya :) sebelum dibawa pergi untuk dicuci. Suamiku juga sempat mengusap-usap pipinya yg gebu.

Ciuman tahniah (mungkin) dan terima kasih diberikan oleh suami di pipiku.


1st day Husna


Harapan kami, Husna sebagai anak sulung mampu menjadi contoh tauladan yg baik kepada bakal adik2 nya kelak. InsyaAllah. Seperti ibubapa lain juga, mudah2 an Husna menjadi anak yg berakhlak tinggi, hormatkan orang tua dan dikurniakan kesihatan yg baik. AMIN~

*Giveaway ini organized by
Ibu Hadif yg akan menyambut anniversary perkahwinan ke-2 pada 23 Disember ini.

*Nak join? Klik SINI






Entry ke-200 by Purple Light

Walla! Aku menceburkan diri dalam dunia blog ni since year 2005. Macam2 la ditulis (note: refer label) Blog ini amat special bg diriku. Hanya aku sahaja yg memahaminya. Encik abang pun tak berapa faham kenapa aku sayang sangat dgn blog ni.

Dan baru hari ini, entry ku mencecah yg ke-200. Before ni, time study kurang sangat berblog sebab busy dgn student life. Bila kerja pula, busy dgn opis work so tak boleh curi tulang :). During preggy time tu ada gak masa nak berblog and update some info about ummi and baby. La ni, bila dah ada si kecik, Husna... pun banyak excuses. Ada masa baru boleh update and berblog.

Lama dah kan blog ni wujud. Dengan tidak disangka2 bakal menyambut ulang tahun yg ke-5 next year :) Baru2 ini juga dalam tahun ini, aku meletakkan column follower. Ternyata, ada juga yg sudi menjadikan blog ku ini untuk diikut dan dibaca setiap kali entry baru dipublish. Terima kasih daun keladi. To my follower, tiada paksaan untuk kalian membaca my new entry. Dan pada bila2 masa juga anda berhak untuk tidak lagi mengikut blog ku ini :) Pada asalnya, blog ini sekadar for personal purpose. Kini sudah menjadi sebahagian coretan untuk diikuti oleh rakan2 yg baik hati :)

Since blog ini wujud juga, sudah pelbagai widget, layout dan header telah menghiasinya. Sekadar menyebut, text bergerak, slideshow, dan etc sudah kuletakkan di dalam blogku ini. And finally, yg ada sekarang ni la yg paling ku suka. Sebab ianya simple dan tidak sarat dgn macam2 widget. Tp tak tahula kan, kut next time nak try layout lain dan letak banyak2 widget (ubah selera kut).

Happy 200th entry Purple Light!!! :)




Tuesday, December 15, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

Baby's smile memang cute kan. As for me, my lil Husna when she's smile... bila nak marah terus tak jadi :) Senyumannya terlalu special for me also for her abah. Her smile juga yg membuatkan hari-hari kami as her parents sangat bermakna dan precious.



Afifah Nurhusna
8 bulan

Memberi kekuatan kepada kami. Sepatah kata abah Husna, balik kerja bila tengok anak senyum hilang segala kekusutan, stress dan penat di tempat kerja. Semuanya dapat dilupakan seketika bila Husna senyum.

tersenyum kegembiraan kerana dapat bermain dgn teddy bearnya :)

Ditambah lesung pipit di pipi kirinya, memberikan keserian yg jelas kepada mereka yg memandang (terutama kamila ibu bapanya) :) Senyumannya juga menyinarkan pagi kami tatkala melihat dia bangun dari tidurnya.


senyuman ketika sedang diagah :)

Husna mudah tersenyum apabila kita mengagahnya. Pantang diagah, ketawa pun pasti melekek2. Begitu juga bila dia sedang menonton iklaneka di tv, pasti akan tersenyum keriangan kerana dia sukakan iklan.

sambil menonton iklan di tv...tersenyum melihat iklan :)


Sehari tanpa senyuman si kecil ini, pastinya dunia jadi suram dan kelam.

"Senyum seindah suria, senyumlah dari hati, duniamu berseri, sayang ummi :)
"




Contest ini telah dianjurkan oleh MomsBloggerPlanet, klik SINI untuk menyertainya...

dan ditaja khas oleh,







PhotoBookMalaysia -
http://www.photobook.com.my






Homesweethome

Alhamdulillah. Sudah pulang ke homesweethome :) Hari Ahad seawal jam 5.30am bertolak from Bakun to Bintulu. Arrived Bintulu at 8.30am. Breakfast. Then, followed Marcos and his wife to the market, Pasar Tamu Bintulu. Ada shopping kain batik Sarawak and ikan terubuk masin (tak banyakla, cash tak banyak time tu).

After that, asked Marcos sent us to the airport, jam masa tu baru pukul 10am. Lepak2 jap kat airport sambil tunggu Oliver, driver Alstorm. Bila Oliver datang, encik abang ajak dia pergi lunch kat Sugar Bun Restaurant (fast food yg sedap, fried chicken dia mmg sedap) Then, Oliver hantar kami semula ke airport. Solat dijamak. Chek in dan tunggu flight jam 4.10pm.

Dalam flight, Husna tak reti nak mengantuk. Ummi and abahnya mengantuk tak ingat (bangun awal kan). Tak dapat nak tidur pun duk melayan si kecik ni yg aktif. Sampai kat kL jam 6pm, my abah dah siap tunggu. So, kami terus berjalan pulang ke Paka our homesweethome. Jam 1am baru sampai rumah. Wah! Lama sungguh our journey. More than 12hrs. So tired.

Semalam sibuk mengemas rumah yg ditinggalkan sebulan lebih. Habukla banyak not good for Husna. Hari ni baru dapat berinternet :) MBP pun macam dah tak sempat nak masuk, hari ni last date kan. Tak apela, may be next year pulak join the contest :)





Friday, December 11, 2009

Tidak Setabah Wifey Orang Lain

Hehe. Apa kaitan aku dgn title di atas? Ok, actually this is all about staying here at Bakun. FYI, aku berjaya juga stay sini dah 2 wks dah pun :)

Jadual harian, pagi lepas Subuh lepak2 jap atas katil dan tertidur (buruk perangai) If Husna tak bangun lagi, aku sama2 la join dia may be til 9 am baru bangun (terlalu peaceful macam mana nak elak?) :) Sedar time abang nak pergi kerja, salam2 kiss2 and hantar abang kat muka pintu. Lepas tu baring semula with Husna. Pukul 9 bangun mandikan Husna. Bukak tv channel AFC ke apa, pastu online jap. Pukul 11 tu dah siap2 prepare utk masak2. Pukul 12 abang balik lunch. Then, 1.30pm abang masuk kerja balik until 5.30pm. But, usually abang sampai bilik dalam pukul 6pm. Kalutla abang solat Asar sebab jam 6.30pm biasa masuk Maghrib. Malam pulak after dinner, tengok tv jap dan tidur. Itu je rutin for everyday. Last wiken tak ada apa nak buat, just stayed at room. Basuh baju.

So, kemuncak kepada semua ini... insyaAllah this Sunday merupakan last day aku and Husna at Bakun. Abang pun may be kut. Balik ni actually abang yg dapat lesen utk balik bekerja kat Paka. Dengarnya, SJSI Paka amat memerlukan abang buat masa ini. Bestnye, dapat balik rumah sendiri. Rindu sama rumah. Homesweethome. Abang may be akan balik ke sini semula or not (dalam schedule until next Jan) So, conclusionnya kami akan angkut semua items yg sudah dibawa ke sini utk pulang ke peninsular of Malaysia. Seriusla cakap, aku memang tidak setabah wifey orang lain kat sini yg sanggup menempuh hutan belantara etc otw to here. (Bukan hutan sangat pun, just Bakun ni di hulu Sg.Rajang)

Staying here memang best for those yg sukakan kedamaian :) Tp tak adalah pantai, dulu ada waterfall but sudah bertukar menjadi empangan :) Will say good bye to Vindina (betul ke aku spell her name ni?) and her cute son, Christ. So far, she's a nice lady (muda lagi kut dalam usia akhir 20an). Very friendly. Tak boleh lupa episod nak bukak tin sardin :) I went to her to borrow if she has a can opener. But, dia tak ada can opener tu, so dia tolong juga aku dgn menggunakan screwdriver and hammer. TQVM!

For those yg akan ke sini (siapa2 aje), welcome to paradise!!! :)


pssstt: later nak post pics sepanjang stay kat sini, ade lah sikit. now tak boleh, cabel pulak rosak :(




Thursday, December 10, 2009

Serius Baby 2009 Giveaway


Kali ni me and Husna nak join 'Serius Baby 2009 Giveaway' (actually ummi Husna yg lebih2 nak join) hik3. Husna ada gak some pictures yg dia tengah serius langsung tak nak senyum. Paling teruk time dia tengah tak sihat or tengah bad mood. Memang serius saja mukanya, buat lawak kat dia pun langsung tak diterima.

Giveaway ini anjuran Mama Rifqi Zuhairi sempena birthday nya yg ke 29 tahun. Dan ianya akan berakhir pada 31st Dec 2009.


Mari kita lihat gambar serius Husna di bawah ini... :)



nama saya : Afifah Nurhusna
umur saya : 8 bulan
dob : 03.04.09


serius tak budak kecik ni? Serius kan? Tak nak senyum langsung bila ummi say cheese. Masa ni dia tengah selsema. Asyik nak meragam dan langsung tak nak main. Luckily, time tu ada nenek yg duk melayan kerenah Husna :)

Nak join juga? Jom klik SINI.

Wednesday, December 09, 2009

Anak Abah

Husna ni dalam kategori anak abah. Uhukz (ummi sedikit frust) :) Bukan apa, mana2 pun dua beranak ni pergi most people will say, muka mereka seiras and sama.

seiras ke? aha...

Tak kisahla. Asalkan keluar from perut ummi bukan perut abah, kan Husna. And bila abahnya balik from kerja, Husna punya suka sampai melonjak2 kehepian :) Sangat jeles. Ye la, even cam hari tu la kan... masa encik abang ulang alik Bakun-Johor 2 minggu sekali, siapa lagi kalau bukan our lil Husna yg abahnya terpa. Ummi terpisat2 di tepi :) Apa nak dikata.

Tp serius, mmg banyak persamaan between both of them. Paling obvious time tidur. Muka 2-2 sebijik sangat. Dah tu, kalau part duk mengusik ummi ni pun 2-2 leh join ventures. Husna dah tau kelemahan umminya so part tu je la dia duk mengusik. Rosak2!!! hehe...Husna suka tengok rancangan memancing kat tv, suka tengok orang main badminton, uhukz...banyak sama dgn abahnya. Dengan ummi ni apa yg dia sama? Tak perasan pulak. Adeh. Poor me :)

abang jangan marah yer :)


Dah tu kalau merajuk dgn ummi, abah yg dia cari. Manja sangat :) Syok kan duk mengata anak sendiri :) Tak pe...if bukan mengata anak sendiri siapa lagi nak dikata? :) Soon, bila Husna dah pandai membaca and menulis and dia terbaca this entry...agaknya apakah response dia ek? Walla...later bila Husna dah besar, me and encik abang mesti rindukan all this moments since dia lahir and so on. How lucky to be a mommy and daddy kan?


buat muka pelik...






Tuesday, December 08, 2009

Sedih kan...

Sedih kan bila orang kata kita macam menyusahkan... Mungkin orang tu tak sengaja. Tp dgn tak sengaja itu sebenarnya telah mengecilkan hati kita.

Mulut orang kan, memang susah kita nak handle. Terpulang masing2. Tp pada aku, for those yg dah terbiasa melazer orang tu patut insaf dari sekarang :) Tak baik tau buat orang kecil hati. Tak pasal2 dapat dosa kering pulak :)

Dahla, yg penting aku masih seperti dulu. Diam sahaja bila dikecilkan hati. Tak mahu panjangkan cerita :) Itu lebih baik kan dari kita bermusuh dan berdendam :)

Bak kata pepatah, "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut habis badan binasa". Sila fikir2 kan :)


psstt: agaknya dah berapa ramai kawan2 ku dari zaman tadika dulu yg dgn tidak sengaja telah mengecilkan hatiku? :)




Monday, December 07, 2009

Apa yang saya buat untuk...?

Entri ini sengaja ditaip untuk aku share some experiences dan juga tips untuk semua rakan2 bloggers :) Just for sharing. Why not rakan2 juga drop a comment to respond bout what i type here? :) ngee...Sharing is caring, right? ok jom tengok apa dia?

Apa yg aku buat untuk slimkan semula body?


:) susah nak jawab ni. Hehe. Tp berkat bf itu jawapan yg the bestla kut takat ni. Else, aku punya metabolisme pun boleh tahan tinggi. So, bila makan tu cepat benar laparnya (since zaman student aku gitu kan Fariza?) Alhamdulillah. Beratku sehingga kini masih di tahap range 50-51kg (tengok keadaan semasa)

Lain2 sebab, time confinement dulu aku ikut semua yg patut diikut :) Ngee... Then, banyak bersenam (poyo je kan) i mean, bersenam ketika nak tidurkan Husna. Si kecikku ini lain sikit fesyennya. Sometimes, suka didodoi sambil aku berdiri (kadang2 aje). Then, ada some part of my body biasa sapukan dgn lotion halia yg cap Yusmira tu (suka baunya kut). Panas pun sanggup :) Sapu kat perut, belakang badan dan juga peha.

Bolehla takat nak maintain gitu2. Kalau terkurang sangat kang, tak normal pulak jadinya.

Teringat last Saturday masa lepak2 dalam bilik ni dgn encik abang. Sedap2 baring atas katil tum tiba2 abang landing his head kat atas my leg. Terpacul from his mouth,..."err..ni kayu ke kaki ni?..keras semacam.." adeh :( kayu dikatanya kakiku ini? aku senyum aje sambil jawab, ..."see the leg la :) "


Apa yg aku buat untuk banyakkan susu for my lil Husna?

Ok ni senang aje untuk dijawab. Biasa amalkan minum susu or soy milk. Sedap kan? Then, like somebody always said, kena percaya yg susu itu sentiasa ada :) Believe that as a mommy, we always have the oppurtunity to bf our babies :) Kan? betul tak? Juga untuk ibu2 yg baru saja melahirkan tu, try urut2 your breast bagi susu keluar. Sambil2 tu selawat. AMIN~

Masa Husna baru2 keluar (ada dalam after 3 jam kut dia lahir), waaa...time tu really hard for me. Suddenly, susu tak nak keluar langsung. Panik. Sedih pun ada. Si kecik ni pulak dah nangis2 sebab lapar. But before that dia dah dapat colustrum tu. 2nd time dia nak bf ni tiba2 susu tak keluar2. Nurse suruh lagi aku try urut2 my breast. But still cannot. Ngadu kat my mom, tp my mom pun dah tak leh nak pikir apa (turut bingung). Encik abang masa tu keluar jap kut. Then bila dia balik siap nak suruh belikan pam. Tp tak jadi. Oh! Tak boleh lupa that time. Rasa macam aku ni ummi yg tak berguna. Tp Alhamdulillah. Peristiwa itu mengingatkan aku yg aku perlu think positif :) Semuanya depend on myself. Peranan encik abang dan my mom yg always support me juga sangat bermakna bagiku. Finally, dapat juga susukan Husna.

psssttt: suka2 nak share aje entry ni :)






Thursday, December 03, 2009

Husna turn 8 months

Today genap usia Husna 8 months! Happy birthday cayang ummi :)
Cepat masa berlalu kan. Pejam celik dah 8 bulan. What to say? As her ummi and abah, we always pray the best for her to become a solehah daughter.


err...Husna dah 8 months :)
  • Husna dah menapak sedikit demi sedikit when dia berdiri sambil memegang sofa, coffee table or katil (dependla on what dia pegang masa nak berdiri tu)
  • Mulutnya sangat ramah bercakap even kat shopping mall pun she can talk whatever she wants (ummi layankan aje), tp dgn orang yg dia tak kenal automatik mulutnya akan terkatup dan senyap.
  • Akan concentrate dekat bacaan surah or zikr or azan kat televisyen, even atuk or abah dia tengah ngaji pun dia akan stop kerja dia dan duduk dekat untuk mendengar sama (may be dia dah terbiasa dengar since dalam perut kan :))
  • Pemalu dengan orang2 yg dia tak biasa even dgn pak cik2 nya pun
  • Semakin berselera makan sekarang ni seiring dengan usianya kan :)
  • Sangat penyibuk if ummi and nenek kat dapur memasak, dia pun nak join sampai sanggup merangkak pergi ke dapur.
  • Dah pandai clap her hands by herself.
  • Mengekek ketawa bila orang nyanyikan dia lagu "bila rasa gembira tepuk tangan..."
Erm, so far itu yg ummi nampak and perasan :) Hehe. Ummi selalu terlepas pandang something yg baru from Husna. Dah 2-3 dia buat baru perasan. Sori sayang... ummi tak sengaja. But, from what yg ummi faham... Husna ada macam2 perkara baru yg berlaku terhadapnya everyday. Macam2 benda dia pelajari dan observe everyday. Samalah juga dgn baby2 lain yg seusianya kan :)




Tuesday, December 01, 2009

Online from Bakun, Sarawak

Im here right now at Bakun, Sarawak. With lil Husna since last Sunday. Ok gak this place. Not so bad. Nice environment, peaceful, dan hijauuuuu :) Husna pun since dalam flight otw to Bintulu dia tak meragam or anything. Im sure dia mesti rindukan her nenek and atok. Sampai Bintulu, 2 friends of encik abang sudah waiting for us. Then, kami pergi shopping kejap kat Bintulu (plan nak masak2 sendiri). Ada cafe kat resort ni, but quite expensive dia punya price. After that, have dinner somewhere kat Bintulu and then teruskan the journey to Bakun for about 3 hrs lagi. Let me tell u something. Along the way to Bakun, jalannya tidakla terlalu teruk. But, u can imagine, if nak tidur tu better watch ur head. Takut terhantuk2 kan :) Some part of the road tu biasa dilalui oleh trailer2, lori2 balak and cars also motorbikes. So that, permuksaan jalan tu not in good conditionla kan :) But ok la.


suasana dalam bilik...ok la kan :)


For the last 2 nights here, the life bolehla dikatakan quite ok. Malam kat sini awal kan, Maghrib start jam 6pm. Then, there's nothing u can do except lepak2 aje kat bilik while watching Astro or internet. Nak buat apa lagi? Bukannya ada kedai2 runcit (ada sebuah but quite expensive kut). So, just play around with Husna and have chit chat with encik abang (aku tengok muka abang, abang tengok muka aku) :)

peti ais and some stuff untuk memasak...


A lot of thanks to Alstorm because ye la, kami dapat tempat untuk tinggal yg bestla juga. Like abang said la, macam hotel. Actually this resort looks like rumah panjang yang diportion2 kan kepada banyak bilik. Providing us, large tv (penting tu), large refrigrator, internet connection (LAN) and also Astro. Ok la kan. That's why I wrote kat Facebook, macam pergi bercuti :). There's also bilik untuk membasuh baju and pengering. Alhamdulillah. One thing yg bagus kan, I can improve my English kat sini...mostly staff here are from France, India, Philipines and etc. So I need to use English to communicate with them.

Pray for me untuk bertahan for at least until end of January :)

psstt: me and encik abang ada plan nak jalan2 kat Sarawak ni nanti2, insyaAllah.





Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi