Thursday, April 01, 2010

Cabaran as a mommy

Sudah tiba April. Rasa sangat pantas masa berlalu dan banyak benda telah dilalui dalam tahun ini. Minggu2 sudah aku sangat malas berblog dan bertenet. Tak pasti apa masalahnya. Mood away kut.

sibuk je tangan tu mengutip yg bukan2 :)

Nak aktifkan diri semula :) Mari story tentang Husna. Si kecik ini suka sangat menjerit bila kita yg dikelilingnya tak memberi perhatian. Ye la kan, sumtimes...ummi abah tengah busy with something. Dia macam boring bila tak ada orang nak talk2 dengan dia or main2 dengan dia. Menjerit juga bila ummi sedang sibuk berblogging dan facebook. Time nak susu juga akan menjerit jika lambat diberi :) Memang nature baby2 begitu kan. Suka nak perhatian orang lain. Ala..sape2 pun suka kan perhatian especially macam ummi ni pun suka bila abah Husna beri perhatian kat ummi :)


dapat dah kertas untuk dikoyak dan dimakan...

Bersyukur sangat sebab rasa diri ini buat masa ini lengkap dengan kehadiran Husna dalam famili kami. Selama melihat dia membesar depan mata sendiri, banyak perubahan yg berlaku dalam diri aku. Boleh dikatakan, cabaran membesarkan anak sangatlah besar sebenarnya dan menuntut kesabaran seadanya. Akan terasa sedih jika berjauhan dengannya. Bila marah2 tu teringat, dulu time my mom membesarkan kami adik beradik if dia marah2 tu sebenarnya dia sayang. Memang betul pun, bila aku marah2 Husna (secara tak sengaja terlepas marah, tp bukan selalula) sori sayang...kemudian akan cepat2 merasa menyesal kerana marahkan dia. Bukannya tahu apa pun budak kecik ni, masih baby dan terlalu kecil untuk memahami. Pokok pangkalnya, kita as a mommy, memang kena kreatif dalam mengharungi detik demi detik bersama anak untuk memahami dan mengenalinya lebih mendalam. Belajar dari pengalaman dan amalkan sikap terbuka :) Sayang Husna...






KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 comments:

ezan said...

bisalah baby ni selalu nak perhatian kan... sebab diorg kat vvip dlm life kita.. hehehehe...

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

biasa lah budak2 tecik suka ngutip pastu masuk mulut...kiter kena peka dengan diorang ni...kalo terlelap kejap pun leh jadik macam2 kan

nieda said...

betul tu, anak adalah anugerah terindah untuk dijaga dan dipelihara dengan sebaik mungkin..

yatie chomeyl said...

tu la, tp kdg2 bila peant sgt x sedar ter'marah' kat si kecik kan huhuuh pastu mula la menyesal x sudah

A N A K - A N A K K U said...

hehehe setuju, lelebih bila dia dh pandai berjalan dan bercakap....mesti ade jer y x kena...kekadang balik keje mcm penat...tp tgk diorg hilang penat, but bila wat hati kiter panas...hahaha terlepas gak geram tp x smp thp mendera juz utk mengajar

Huda said...

ezan - tu la pasal..kene ikut ape mereka nak :)

anje - terlelap kejap tu yg cuak tu..mcm2 bende leh berlaku

nieda - yup..anak anugerah terindah :)

kak yatie - sgt menyesal selepas marah dgn tidak sengaja lg2 time dia tido tu..sian je tengok..

anak-anakku - kdg2 manusia mmg x lari dr nak marah kan..normal la tu as mommy :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi