Wednesday, May 26, 2010

Kembara di Redang Island

Cuti2 di Redang memberi 1000 hikmah dalam diri sy dan juga keluarga. Di samping bercuti, kami dapat menikmati keindahan ciptaan Allah dan segala yg ada di dalam lautan ciptaan Nya. Sungguh indah dan permai. Sukar untuk didescribe melalui penceritaan. Hanya mereka yg alaminya akan faham erti sebenar kembara di laut dalam :) Oh lupa! Kami pergi berkumpulan dgn orang2 stesen encik abang maka, sy pun tak sure kalau pergi sendiri berapa yg kena bayar. If banyak duit, stay saja di Berjaya Redang :) 1 malam ada dalam 500++ kut. Tp nicela, beach dia private, pasir nya halus saja :)

Husna dah ketar dah tu...

all of us :)

Berpeluang menyaksikan sunset yg sungguh cantik pada hari pertama, petang pertama kami di Taman Laut. Sama seperti melihatnya di Tanah Lot, Bali last year. Tp di sini kita jarang sangat dapat lihat sendiri sunset tu.
beautiful sunset...

Snorkeling di taman laut, satu pengalaman yg indah kerana ikan2 di sini sangat friendly dan cute :) Apabila roti ditabur, cepat2 mereka datang berkumpulan untuk makan. Boleh kata, mereka tu sentiasa lapar agaknya :) Coral usah kata la, memang sangat cantik. Ada ikan kembung, bayan etc. Tak tahu nama actually :P


nice corals...wonderful

Other else, kami berpeluang dibawa menaiki bot ke Pulau Kling, and one more pulau sy dah lupa namanya untuk melihat coral2 yg ada. Memang nice and superb. Cantik tak hengatla orang2 sekarang kata. Hehe. Cumanya, sy dan encik abang tak join aktiviti mencandat sotong dan fishing kerana takut mabuk laut kan :) Prefer duduk dalam air untuk snorkeling daripada duduk dalam bot yg teroleng oleng tu :) Kalau 2-2 dah mabuk kang, Husna sape nak handle? Hik3.

snorkeling dan scuba diving...
pelbagai spesis ikan dapat dilihat...

Yg paling memorable, ialah melihat sendiri telur2 turtle menetas dan anak2 turtle tu keluar dari telurnya. Ni aktiviti di pagi hari after kami breakfast. Alahai, cute sangat. Tengok sendiri mereka dilepaskan ke laut. Rasa excited sampai nak menitis air mata sebab masa kita lahir, mak kita ada kan...tp mereka, terus dilepaskan ke habitatnya semula. Dah memang nature begitu kan. Mencari sendiri makanan dan berdikari di dalam laut yg penuh jurang itu. How come? Dalam 10, 000 tu hanya 1 saja yg akan terus hidup dan membesar. Paling lucu, malam ke 2 tu, based on encik abang punya ceritala sebab time tu sy tido awal dgn Husna, mereka ramai2 nampak ibu turtle naik nak bertelur. Tunggu punya tunggu almost sejam gitu, beriya2 mereka tunggu dia naik. Ntah macam mana, dah naik tu ibu turtle tu boleh patah balik turun semula ke laut. Agaknya dia dengar orang bising2 kut and ada cahaya. Tu yg tak jadi nak bertelur tu :)

her 1st journey to the sea...

Sy dan encik abang juga berpeluang untuk mencuba scuba diving as a free. Dulu masa di Bali pun kami dah try tp time tu kena bayar la kan. Best sangat. Macam2 aksi kami buat kat dalam laut tu tp laut yg cetek sajalah siap boleh cecah kaki. Thanks to Cikgu Budi dan Cikgu Faryzal sebab ajar kami scuba.

Pendek kata, semuanya indah dan menarik untuk dikenang. Sepanjang 3 hari 2 malam kami di sana, Alhamdulillah semuanya baik2 saja kecuali itula hal yg itu. Hand phone dan digital camera masuk ke dalam laut. Kenapa? Ceritanya begini, sy nak ambil gambar2 Husna ketika mandi di laut, sy masukkan all the items ke dalam saku tracksuit. Bila dah masuk laut, sy pun masuk sekali dan terlupa langsung semua tu still dalam saku. Hambik ko! Dah basah semuanya :( Masin punya air laut, punah segalanya.


psst: esei ditulis oleh Huda :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

5 comments:

Izan Ishak said...

huda,
baca pengalaman huda pun dah tumpang seronok. apalagi kalau alami sendiri... Subhanallah...indah sangat ciptaan Allah kn!

chugie said...

owh, sangat jeles tengok gambar2 tu lah.. bestnye gambar matahari terbenam tu huda.. cantik! saya syuka lah..

Huda said...

kak izan - alhamdulillah terima kasih :) memang indah semuanya..

chugie - hehe, chugie mesti try pegi ni..mmg cantik sunset tu, jarang2 dpt lihat..

Yana said...

cantik nye..sangat teruja..
xpecially time snorkeling tuh..
kalu la saya ade juga camera yg bole t'benam dalm laut skali kan best..
bole tunjuk kat org betapa indahnye ciptaan allah..subhanallah..

Huda said...

yana - hehe..tul tu :) indah ciptaan Allah..



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi