Thursday, May 20, 2010

Kualiti or kuantiti?

Sesekali bila tersebut dari mulut sy, "Husna jgn nakal2..nanti adik2 semua ikut nakal.." or "..Aih, ni belum ada adik lg, dah ada esok mesti lg jeles.." statement keluar bila Husna nampak sy tengah mesra2 dgn abahnya, diapun dtg menyibukkan diri :)

Tp, apa reaksi abah Husna? "..ala, yg seorang ni pun asik kena marah..sian dia..." encik abang merujuk kepada Husna, sebab sy selalu nampak macam marah2 kat Husna. Sy bukan apa, marah2 sayang. Kadang2 as a wife also as a mommy, sy pun tak mampu nak tahan semuanya. Kita penat, stress, semua tu di dalam. Jarang dapat dilihat oleh mereka dari luar. Sukar juga difahami. Manusia kan, adakala mood nya baik, adakala moodnya away. Tak pasal2, Husna yg kena :) Walhal, dia masih kecil dan langsung tidak faham apa2. Boleh kata, sy ni kurang sabar sikit dalam membesarkan anak ni. Itu yg encik abang khuatirkan. Bagaimana pula nasibnya anak2 yg lain nanti?

Orang kata jadi housewife ni senang, kerjanya membesarkan anak dan buat anak. Tp hakikatnya, siapa yg jadi housewife dia akan faham. Berbeza dgn mereka yg bekerja di luar, tekanannya adalah orang sekeliling dan atasan. Tensennya di kepala. Tp bg kami, semua anggota badan bekerja keras :) Nak tak nak, kita kena tabah dan hadapinya dgn redha. Pd sy, mungkin sudah tersurat sy hanya dapat bekerja sekejap di sebuah syarikat swasta selepas grad dulu. Rezeki sy sekarang untuk melihat anak membesar dgn baik dan sempurna. Tp kalau ada peluang untuk bekerja semula, insyaAllah sy tidak menolak :)

So, sampai sekarang sy masih berkira2 nak makan acid folic or not. Why? Sbb sy rasa, sy perlu makan acid folic untuk pregnant semula. Sy bukan jenis yg mudah lekat :) Masa Husna dulu, after 2 months sy ambil acid folic then ada rezeki pregnant. Alhamdulillah. Ramai orang kata, elok masa muda2 ni pregnant and beranak sebab kita kuat dan cergas. Masuk umur 30 an nanti mudah letih dan lembik. Naik tangga pun penat. Ada benarnya. Hehe. Nampak mudah kan. Ibu sy pun begitu dulu, selang setahun je usia kami adik beradik. Tp itu memang rezeki my mom and abah la kan dapat anak dekat2 :) Tp, my mom ni jenis tabah dan penyabar orangnya. Tak macam sy yg kurang sabar. Sekarang ni, ibu dah advised...tunggula Husna besar sikit baru dapat adik sebabnya dia tak puas lagi manja2 dgn cucu pertamanya itu :) Reasonable gak la. Cucu sulung semua orang sayang :)

So, after all this, sy decided...semuanya atas ketentuan Ilahi. If, ada maka ada lah. Kun Fa Ya Kun. Sy tak merancang dan tak juga ingin cuba menolak. Ada rezeki untuk kami sekeluarga, kami terima dgn seikhlas hati :) Tp kan, sy prefer kualiti dari kuantiti. Hehe. Apa2 je la. At least dapat 4-5 pun jadi la kan, baru meriah keluarga kami :)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

10 comments:

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

yes betul tu...nampak je senang tapi penat tau...semua nak kena jaga lebih2 lagik melayan kerenah anak2...macam2 dugaan ada kan tapi dijanjikan syurga untuk mu

Faryza said...

tak pe huda..saya saran kan awak makan folid acid.emmm mmg laa org tua kate gitu.tp bila dh ada nnt diorg yg lagi seronok..menyebarkan berita smua nye..uiss ckp dr pengalaman.uhuhuh

ApasH said...

Makan aje huda. Kalo lekat alhamdulillah.

Akak dulu 2bln lepas kawin dpt false alarm..bila test 2nd line tu blurr..last2 period. Then terus start amik acid folic sebulan terus lekat.

Kalau akak bersalin normal aritu..mungkin sekarang tgh usaha dgn gigih utk bg adik kt Qaseh. Tapi kami xde plak merancang.

Huda said...

anje - tul tu..insyaAllah syurga bg ibu2 mcm kita..

faryza - hehe..saje je tu mak aku ckp gitu, dlm hati dia mesti suka :)

IbuHakimHaikal said...

Huda..kalau boleh mmg kita pentingkan kualiti dari kuantiti kan..akak setuju ngn huda... ;)bukan mudah urusan membesarkan anak2 kan huda..

ezan said...

ezan pun suggest huda mkn je asid folic tu.. mana tau ada rezeki.. kalo kita leh produce quantity yang berkualiti apa salahnya kan.. hehehe... amin... jom2 join the group.. :P

Huda said...

kak apash - insyaAllah nk mkn gak nanti..if ade rezeki alhamdulillah :)

ibuhakimhaikal - yup tul tu kak, bukan mudah nk besarkan mereka klu kita tak betul2 sedia mental dan fizikal :)

ezan - makan je eh..insyaAllah..mudah2 an kita boleh produce yg terbaik :)

chugie said...

Samalah kita huda.. kadang tu di sebabkan letih dan stress, akan TERmarah jugak kat anak.. lg pun, x boleh manja sangat.. nanti takut die spoilt kan?

saya pun berserah padaNYA, kalau ada rezeki sy terima gak..

nieda said...

betul tu, kalau ada rezeki kita terima dgn hati terbuka..jd housewife mmg mencabar, tapi seronok tgk anak membesar depan mata..

Huda said...

chugie - kan..mmg dh lumrah ibu marah anak :) berserah jua..amin~

nieda - betul nieda, pengalaman memberi bnyk pengajaran..housewife pun kire bekerja juga kan :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi