Friday, June 04, 2010

Hakikat Hidup

Alhamdulillah bertemu kembali kita pada hari Jumaat ini. Masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki :) Awal pagi after Subuh, sy dah online. Saja online nak elak tidur semula. Tak lama kemudian Husna pun bangun. Mandikan dia bagi wangi2 :) Then, encik abang ajak breakfast di Kerteh. Breakfast kami roti kosong 2 keping dan semangkuk lontong yg dishare bersama2 teh tarik and milo suam. Pagi ceria, pagi yg penuh berkat sy kira :)


Pulang dari breakfast, sy menyidai kain baju di ampaian belakang rumah. Dah terasa panasnya matahari Allah Taala ini :) Apa sebenarnya yg ingin sy sampaikan? Hehe. Tiada apa2. Sy cuma ingin menyatakan kesyukuran sy kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Jauh dari kezaliman Israel yg menjajah Palestin sana. Sungguh menyedihkan. Saudara kita dizalimi dan dikejami sesuka hati mereka. Sy pernah mendengar ceramah, yg mana kata Ustazah itu, dalam kitab Talmud versi 'sesuka hati' mereka, memang tercatit bahawa orang Islam ini adalah musuh utama mereka. Dari kecil lagi mereka telah diterapkan dan diajar untuk membunuh orang2 Islam. Sedihkan bila kita dengar begitu. Dah berapa banyak saudara kita mati dibunuh oleh mereka?

Semoga setiap yg berlaku memberi keinsafan kepada diri kita. Sy selalu juga complaint macam2. Rumah besar sangatla, tak larat nak kemas semuanya :). Husna suka merengekla. Itu inila. Macam2. Manusia. Sangat lemah dan tidak reti bersyukur. Astaghfirullah. Kesimpulannya, tepuk dada tanya iman kita. Yg silap kita betulkan. Yg bengkok kita luruskan. Allah Akhbar! Moga Palestin dibebaskan dari jajahan dan kezaliman Israel Yahudi.


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

5 comments:

p!nkerton said...

betul tu huda.. saya pun rasa insaf dgn mcm2 benda yg happened lately, sedih tgk saudara2 kita kat sana & also yg berani pegi ke sana. semoga dipermudah & diselamatkan lah olehNya. kita, syukurlah dgn apa yg ada :)

Huda said...

pinkerton - insaf yg amat :)

Izan Ishak said...

huda,
kalau fikir2kan mmg kita adakalanya jadi org yg tak bersyukur. kadang2 makanan dah ada mcm2 tapi still merungut2. org lain lagi teruk keadaannya...moga Allah lindungi org2 Islam di Palestin...AllahuAkbar!

chugie said...

same lah huda.. rs nye sekarang ni dh mcm2 berlaku kan?? bagus juga huda buat entry ni.. muhasabah diri saya juga..

moga saudara seislam kita di palestin di lindung oleh Allah..

Huda said...

izan ishak - betul tu kak..semuanya adalah ketentuan Allah..moga kita semua terpelihara Allah Akhbar!!!

chugie - yup..moga semuanya di bawah lindungan Allah :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi